بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dalam membicarakan penghuni syurga dan neraka, dalam tazkirah pagi di MARA pada 30/4/2010 ustaz Abdullah membicarakan kitab 40 hadis penawar hati. Alangkah ngerinya bila membayangkan keadaan ahli-ahli neraka.
Apa tidaknya, hari ini wanita berpakaian pun tubuhnya macam dibalut nangka. Lelaki ajnabi juga memandangnya seksa. Tak kiralah mak orang atau anak dara. Lagaknya serupa saja. itu yang dikatakan oleh ustaz selalu, Allah benci pada orang muda melakukan maksiat. Tetapi Allah lagi benci pada orang tua yang berbuat maksiat. Orang memandang pun sudah cukup meluat. Alangkah ruginya jika tidak sempat bertaubat.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda"-
Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir-miskin dan aku menjenguk ke neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (HR. Ahmad).
Dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah diperlihatkan perkara ghaib oleh Allah s.w.t. tentang keadaan syurga dan neraka. Mungkin akan timbul pertanyaan, Mengapa orang fakir yang banyak menghuni syurga?. Tidak lain, di dunia ini, orang miskinlah yang biasanya memperbanyakkan ibadah. Golongan ini jugalah di zaman Rasulullah yang banyak beriman. Orang kaya biasanya sibuk menghimpun harta dan menghabiskan harta. Kebanyakkan mereka dalam menikmati angan-angan dikejutkan dengan kematian yang tiba-tiba. Bila kematian datang mejelma, saat itu penyesalan tiada lagi berguna.
Mengapa pula ye, wanita banyak di neraka?
Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita.
hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".
Bagaimanapula halnya dengan hadis di atas. Apa yang disaksikan oleh Rasululullah di Neraka kebanyakkan penghuninya perempuan?. Ini kerana ramainya perempuan tidak taatkan suami, bahkan tidak berterima kasih dengan suami serta tidak menjaga diri dan maruahnya bila ketiadaan suami. Aurat tidak dijaga dengan betul, mereka banyak keluar dengan berhias diri dengan persolekan dan wangian. Pergaulan mereka juga kurang dijagai.
Justeru itulah kenapa kita diperintahkan menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Dengan penjagaan disulami taqwa yang sebenar-benarnya sahaja, insyaAllah boleh menyelamatkan keluarga kita dari neraka Allah.
Allah berfirman :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka..
Semua seruan ini membawa kita ke arah ketaqwaan. Betapa kasih Allah terhadap kita semua, dengan memberi petunjuk kepada kita jalan yang salah dan jalan yang benar. Dengan ketaqwaan yang sebenar-benarnya lah yang boleh menjamin mati kita di dalam Islam yang menyelamatkan kita dari neraka yang tersangat perit azabnya.
Allah berfirman dalam surah ali imran :102
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment