Anak-anak yang soleh adalah penyejuk mata dan penawar hati bagi kedua ibubapa. namun untuk membentuk anak menjadi insan soleh bukan satu tugas yang senang mentelahan dunia yang penuh fitnah hari ini. Anak yang soleh bukan setakat dapat membahagiakan orang tua di dunia, bahkan bantuan mereka kepada ibubapanya hinggalah ke akhirat.
Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang sangat mencabar. Tersilap didik, anak yang putih bersih boleh tercemar dengan kekotoran yang sukar untuk dipadamkan. Ibubapa memain peranan penting memberi pendidikan fardu ain dan fardu kifayah pada anak-anak.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi..
Pendidikan yang sempurna akan melahirkan anak yang soleh. Inilah satu harta yang tiada tolok bandingnya di dunia ini. Harta yang menyelamatkan ibubapa, dengan doa anak tadi.
Sabda Rasulullah s.a.w :
" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan anak-anak kita insan yang soleh, diantaranya :-
i) Sering berdoa kepada Allah. seperti
Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38
Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
ii) Menanamkan aqidah yang mantap pada anak-anak. Seringlah berkata, bila ummi tiada, ustaz tiada, tetapi Allah tetap ada..., Allah melihat, Allah mendengar, Allah mengetahui...
iii) Menekankan tuntutan Syariah dalam diri anak-anak. Menyatakan dan mendidik ibadah khusus yang mana ianya melambangkan ketaatan dan kepatuhan kita semua terhadap Allah s.w.t.
iv) Mengajarkannya keperibadian muslim sejati dan menjadikan Rasulullah s.a.w. Uswatun Hasanah.
v) Memelihara, menjaga dan memberi anak makan minum yang halal lagi baik dari zat dan sumbernya. Makanan haram akan merosakkan akhlak anak-anak. Bahkan Mengelapkan hati kita semua.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." surah al-Baqarah ayat 168 :
Hari ini, penyakit masyarakat yang tidak terkawal berpunca dari makan-minum yang tidak halal dan didikan yang tidak sempurna dari ibubapa. Anak-anak adalah amanah kita semua. maka bersamalah kita, membentuk anak-anak dengan pelajaran agama. Hanya iman dan taqwa yang boleh menyelamatkan semua kita.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment