Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, December 31, 2015

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK

Kategori Tetamu Allah

Saudaraku, fahamilah bahawa ibadah umrah juga adalah ibadah utama bagi yang mampu dan telah terpanggil untuk menunaikannya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 

“Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah para tetamu Allah. Manakala kedudukan dan tahap kesempurnaan jemputannya pula dapat ditentukan berdasarkan kepada ciri-ciri keutamaan dan keadaan persiapan seseorang jemaah sebelum terpilih dan dipilih untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;

1.    Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya
2.    Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
3.    Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam jaminan Allah SWT, iaitu doa dan taubat mereka akan dikabulkan Allah SWT jika mereka memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya serta memenuhi segala syaratnya. Namun terdapat perbezaan dari segi layanan Allah SWT kepada mereka setelah mana mereka tersenarai dalam jemputan-Nya itu.


Ujian adalah kifarah     
   
Namun sifat pengampunnya Allah SWT masih memberi ruang dan peluang untuk para hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri. Walaupun hadirnya mereka mengundang kemurkaan Allah SWT disebabkan sikap yang ada pada diri mereka iaitu memberi keutamaan kepada nafsu dan bukannya untuk menyatakan ketaatan kepada Allah SWT. Tetapi Maha Pengasihnya Allah SWT masih membuka tawaran keampunan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri.

Justeru kepayahan, kesakitan, tekanan yang wujud semasa, sebelum atau selepas menunaikan haji dan umrah adalah kifarat serta ujian Allah SWT untuk para hamba-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah SWT akan menghapuskan segala kesalahannya.”
(Riwayat Muslim)

Inilah hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan para hamba-Nya. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah SWT. Ia mempunyai maksud tertentu untuk dibuat penilaian. Bagi para tetamu Allah khususnya, ia adalah sebagai ingatan atau kifarat daripada dosa moga hamba-Nya itu akan segera bertaubat, menyedari segala kesilapan sama ada dengan Allah SWT ataupun sesama manusia. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia ataupun di akhirat, kecuali jika kita telah bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT mengampuni dosa-dosa tersebut.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mengubah ketrampilan diri bagi mendapat sifat-sifat terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri kepada Allah SWT, harapkan pertolongan Allah SWT, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Semuanya ini tidak dapat kita bezakan melainkan melalui ujian yang disediakan Allah SWT mengikut tahap keimanan kita bagi mencetuskan segala sifatmahmudah dalam diri.

Natijahnya apabila mampu membuat diri terasa berdosa ianya juga adalah hasilan dari sifat terpuji yang telah kita miliki. Kadang-kala Allah SWT dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukannya untuk menghina tetapi untuk memberi ingatan agar kita segera bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu sampai bila-bila.

Banyak kisah pengalaman dari para jemaah haji atau umrah yang bertemu dengan pelbagai keadaan manusia yang dibukakan keaibannya oleh Allah SWT.  Mungkin itulah dia kifarat yang kadang-kala sehingga mencederakan perlaksanaan ibadah haji dan umrahnya. Bagaimana pula status haji atau umrahnya itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Kita hanya mampu bersangka baik dan menilai dari lahiriah perbuatannya sahaja. Bila sah pada syarak maka sahlah hajinya. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan nilai penerimaannya berdasarkan keikhlasan yang telah ditunjukkan sepanjang proses perlaksanaan ibadah tersebut.

Bagi mereka yang dikasihi Allah SWT, di dunia lagi Allah SWT hukum, tidak di akhirat, dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Sekiranya kita boleh sabar dan redha, tentulah ada ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, ianya hanya akan menambah dosa pada diri kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada para hambaNya, tidak mahu menghukum kita di akhirat kerana penderitaan di akhirat yakni di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.

Petikan2 Dari kitab Dhuyufur- Rahman…



NILAI KITA DI SISI ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ramai yang ke tanah suci melahirkan kegembiraan dan kesyukuran.  Namun tidak ketinggalan juga ada yang pergi dengan keadaan diluar dugaan. Mereka sampai dalam keadaan tidak dilayan baik oleh  Tuan yang punya rumah.  Suasana kelam kabut sentiasa menghantui.  Ada waktunya sebelum dan dalam perjalanan bermula sudah agenda-agenda kesusahan yang pelik-pelik.

Nak di kata agensi salah. Sampai juga mereka.  Ada penerbangan, ada makanan ada hotel ada lawatan dan segala yang dijanjikan.  Tetapi kesukaran yang ditempuh sangat berbeza.  Tetiba Visa tidak keluar. Tetiba jadual penerbangan terpaksa ditukar.  Tetiba ada ahli rombongan tidak ada kenderaan menyebabkan kelewatan. Tetiba terpaksa menghadapi masa transit yang lama. Tetiba jadi kelam kabut  urusan  seterusnya. Penginapan, lawatan dan sebagainya. 
 
Hotel yang sama dengan jemaah lain juga di rasa masih tidak sesuai dengan cita rasa. Ada sahaja yang dirasa tidak kena,  apakah tanggapan dan sangkaan-sangkaan yang bermain di fikiran sebelumnya terbayar cash dengan kesusahan tersebut. Allahu a’lam.

Yang mampu untuk beselesa-selesa yang membayar mahal  di saat akhir tertaqdir pergi dengan pakej biasa, melahirkan kegembiraan yang teramat… MasyaAllah… Hebat insan ini..


Hebatnya bandingan seorang dengan seorang yang lain untuk sampai ke Tanah Haramain. Moga kita tidak termasuk di kalangan mereka  yang disulitkan Allah, untuk mejadi TetamuNya. Moga  Allah permudahkan kita semua. Aamiin, ya Rabbal Alamiin.

Sunday, March 03, 2013

BUAT APA NAK STRESS...

بسم الله الرحمن الرحيم 



Jika anda sentiasa mnghrp sesuatu yg belum pasti milik anda... Jiwa anda tidak akn tenang.

Jika anda sakit hati melihat org lain dpt apa yg anda hendak... Jiwa anda tidak akn tenang.

Jika anda ingin tenang... Hrp pd yg betul2 milik anda... Anda akn dpt... Anda akn tenang... Harap dan miliki ALLAH. ...

Jangan sakit hati apa sahaja yg org lain dpt... Kerana itu mmg sudah tertulis bahawa Allah katakn itu rezeki dia... Sejak azali lg...

Jadi... Jgn henti berharap pd Allah... Yg mmg rezeki anda sendiri... Makanya... NAK BUAT APA TENSION.... BUANG JAUH-JAUH....!!!

Wednesday, February 27, 2013

PEMBERSIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم 



Masih terasa suasana berada di Haramain sejak mula bertolak 9 Feb hingga lah kembali 23 Febuari 2013 yang baru sahaja pergi...

Teringat ana, rentetan berbagai perkara yang memberi keinsafan, betapa kita ini hamba Allah yang tidak dapat lari dari ujian yang telah ditentukan Illahi...  Terkenang...... suatu ketika...


Ramai yang mengeluh, apabila berhadapan dengan kehilangan wang, hand phone dan beg tangan. Sedih juga melihat 3 hari berturut-turut 3 orang wanita tidak tentu arah mundar mandir ada yang menangis,.. ana fikirkan apa… rupanya mereka tengah sujud kehilangan tas tangan mereka.

Apa yang ana boleh lakukan hanya istiqfar sahaja pada Allah…  sungguh, semua ini bagi ana penyucian hati, jiwa dan harta. Baik pada yang melihat atau yang menghadapinya.

Teringat ana, 4 tahun lepas ana kehilangan wang belanja ana dan anak-anak berempat. RM2,000.00 yang dikumpul hilang di hari sampai di Makkah. Namun sedikit tidak membuat ana rasa gelisah, melainkan ana Cuma terfikir ini adalah ujian Allah.  Ana tidak bimbang, kerana bagi ana, hotel dan makan minum telah termasuk kesemua dalam harga pakej. Cuma berpesan pada anak-anak, kali ini kita tidak perlu membeli  ye... Makan aje apa yang ada…. Mereka akur… Cuma si adik rasa terkilan kerana telah berjanji dengan kawan-kawan sekolah…

Cuma ana memberitahu rakan petugas travel yang wanita, wang tersebut hilang.  Sekelip mata tiba-tiba tidak disangka ustaz yang menguruskan ana sewaktu bersalin di makkah 4 tahun sebelumnya pula datang memberi wang RM1,000.00.  kutipan derma dari  jemaah pun di beri oleh petugas tersebut. Dan terjumpa jiran yang membawa travel lain juga memberi RM1,000.00.

Oh Tuhan, sekelip mata, ana mendapat lebih dari yang hilang…. Itulah janji pertolongan Allah… ada  rasa pelik dan terharu juga dengan datangnya pertolongan Allah segera dan tidak disangka-sangka.

Setelah melihat 3 kejadian kehilangan tas tangan sewaktu bersujud, ana dikhabarkan beberapa orang pak cik dan mak cik hilang wang dan hand phone dalam perjalanan ke masjid.. ada lagi berita, sehari sampai di Madinah seorang jemaah kehilangan wang RM3,000.00 berserta IC, kad kredit, kad-kad ATM, lessen memandu dan apa sahaja dalam dompet.  Menurut cerita, seorang lelaki berbangsa negro  telepas plastik berisi barang, minta di tolong kutip.  Pak cik ni tolong lah… kemudian, bila orang itu  berlalu, dirasa dompet dalam poket hilang … apa lagi… bayangkan perasaannya tika itu..

Ana mendengar terus mendengar, betapa semua ini, satu ujian dari Allah, professional sungguh mereka yang melakukan.  Namun ini semua satu bentuk pengajaran yang memberi satu peringatan untuk mereka yang datang ke sana…

Tidak di sangka dalam berhati-hati, ketika ana menunjuki rakan rakan sebilik kedai kurma,  sebaik ana meletak telefon di dalam poket, hati ana rasa berdebar tak sampai seminit. Membuat ana merasa poket, sah……..  telefon ana hilang.  Sekelip mata sahaja…

Ana terus menoleh belakang, ana tenung satu-satu muka orang-orang disitu… ana terlihat seorang wanita  india mendukung bayi  menghulur hulur tangan  meminta sedekah tidak jauh dari situ, ana terus pergi kepada nya… tiba-tiba ana bersuara,  “ anti la tahaf Allah….    Ana mengulangi berkali-kali sambil menunjuk ke Masjidil Haram….  Tidak terduga oleh ana, dia mengeluarkan telefon ana dari bajunya dan menyerahkan kepada ana, terus melarikan diri bersama bayinya di celah-celah kereta yang banyak di kiri dan kanan jalan….

Subhanallah…..  2x ana diuji oleh Allah… dan mendapat kembali  apa yang hilang…

Ana bersyukur kepada Allah.. namun ana belajar dari peristiwa-peristiwa demikian, bahawa, Allah ingin melakukan pembersihan dan menguji  kebergantungan kita kepada Allah…. Mereka semua itu hanya Allah kirimkan pada insan  seperti ana.

Ya Allah… ampuni kami semua… kami datang menyahut panggilanMu ya Allah…..

Monday, January 28, 2013

TUMPANG MAHRAM

بسم الله الرحمن الرحيم 



Macam-macam  pendapat  dan kemungkinan-kemungkinan yang  di agak-agak, kenapa Arab Saudi tidak membenarkan kaum wanita tumpang mahram.

Memang terlalu menyedihkan sebenarnya, lebih-lebih  ada keluarga yang dijangka pergi bersama terpaksa mengundur diri atas keadaan ini.

Percayalah semua perkara tidak akan berlaku tanpa  keizinan Allah. Dan berlakunya satu-satu perkara itu tersembunyi hikmah yang sangat besar.

Mungkin ada yang tidak dapat menerima keadaan tersebut, lebih-lebih mereka fikir, tidak terjadi pada diri, senanglah cakap.

Apapun keadaannya, berbalik kepada perkara dasar, semua itu ketentuan Allah. Penyebab-penyebab tersebut sahaja yang jadi melalui manusia dan masalah-masalah terknikal. Ye lah… tiada satu perkara pun terjadi secara kebetulan. Tidak juga terjadi satu perkara, hatta sehelai daun kering jatuh ke bumi melainkan dalam ketentuan Allah s.w.t.

Cukup berat dan sedih jua perasaan ini, bila mana adik ipar sendiri terpaksa berendam air mata, mengundur diri. Namun hikmah di sebaliknya… in sya Allah, dia akan pergi bersama-sama suaminya yang tercinta selepas ini. Moga kali ini, ketentuan yang jauh lebih baik untuk dirinya.

Tumpang mahram ini, tidak dibenarnya  sememangnya secara peribadi, ana menyokongnya.  Ini kerana,  lebih-lebih lagi mengikut nasihat agama... juga  diri ini pernah mengalami kesukaran yang teramat untuk melepasi imigresen Jeddah,  7 tahun lepas bila mahram tumpang,   balik ke Malaysia meninggalkan ana dan emak kerana  menghadapi satu masalah  yang tidak dapat untuk di elakkan.

Bayangkan, bila ana ditakdirkan bersalin belum masanya, ditambahi anak meninggal dunia di sana, maka  ditinggalkan mahram tumpang terlalu perit melepasi  imigresen Jeddah dalam keadaan baru lepas bersalin..  Atas dasar masalah ana itulah,   Tahun itu, ada juga dengar desas desus arab Saudi  mengenakan  arahan yang  sama seperti sekarang di mana tumpang mahram tidak dibenarkan.

Bukan setakat melepasi imigresen, tetapi untuk urusan mengebumikan  bayi yang meninggal dunia, agar dituntut di hospital Arab Saudi pun satu masalah juga. Namun semuanya mendapat pertolongan Allah yang sangat menakjubkan. Masalah yang diberi jalan keluar yang sangat  besar kurnianya dari Allah s.w.t. itulah hikmah nya sekarang, bila selepas dari itu, setiap tahun Allah s.w.t mengizinkan ana kesana untuk  ditemani dgn mahram anak lelaki sulong ana.  Berkali-kali anak sulong ana menziarahi  kubur adiknya di  al ma’la. Dimana tempat isteri RAsulullah s.a.w. di semadikan… MasyaAllah… hebatnya ketentuan Allah….

Atas dasar inilah, maka secara peribadi, bagi ana,  apa yang dikenakan syarat bermahram yang sah,   untuk  ke Makkah dan Madinah adalah wajar..   jika tidak, terjadinya masalah wanita sakit, mampukah  dijaga, ditemani, dan tukar pakaian luar dan dalam oleh orang lain… maka tiadalah syarak membenarkan perkara demikian…


Sunday, January 20, 2013

ADUHAI... BERUNTUNGNYA KAMI

بسم الله الرحمن الرحيم 

Qasidah yang membuat kian rindu dengan Nabi Muhammad s.a.w...







Friday, January 11, 2013




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

إِن تُبْدُوا شَيْئاً أَوْ تُخْفُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً




Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu.   (Al-Ahzab : 54)



Ada waktu kita merasa sedih dan seolah-olah kita rasa betapa seksanya hati.. apatah lagi jiwa terumbang- ambing  memikir kemungkinan demi kemungkinan.

Namun percayalah, Allah sentiasa mengetahui keadaan hamba-hambanya. Dialah penolong kita, Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang dilahir dan di sembunyikan.

Terus –terusan lah bermohon kepada Allah. Allah amat pemurah dan menyanyangi hamba-hambaNya. Lebih-lebih mereka yang beriman dan bertaqwa….