Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, December 02, 2011

لو كان بيننا

law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين


Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين


Saturday, November 26, 2011

PERNIAGAAN YANG TIDAK AKAN RUGI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Berbicara pasal perniagaan, maka akan tergambarlah betapa hebatnya Rasulullah s.a.w dalam perniagaannya. Kenapa perniagaan kita hari ini tidak Berjaya? Bagaimana kita ingin mengarap keuntungan sebagaimana disebutkan bahawa 9/10 rezeki dari perniagaan.

Bukan kerana orang tidak pandai berniaga, bahkan sijil, kepakaran bejela-jela. Namun masih kedengaran ramai yang gagal, ramai yang kecundang. Jadi apa sebabnya ye…

Perniagaan kita hari ini tidak sejujur sebagaimana Rasulullah s.a.w. perniagaan kita tidak menjaga dan menyegerakan solat, perniagaan kita tidak menginfakkan rezeki , dan banyak lagi yang kita lupa dan lalai untuk memeliharanya sebagai sumber rezeki. Kalau pun di gantung ayat seribu dinar di premis-premis, namun inti pati ayat tersebut mengarah kepada ketaqwaan, mengingat kepada Allah, tidak diguna pakai,malah dijadikan sekadar tangkal sahaja.

Sedangkan peniaganya tidak menunaikan solat tidak juga menutup aurat. Maka bagaimana hendak didatangkan oleh Allah s.w.t rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Maka renungilah maksud ayat ini, jika inginkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ


Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,.. surah Fatir :29


Allahu a'lam

Friday, November 11, 2011

TARIKH ISTIMEWA...?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

11.11.11 - Istimewakah tarikh ini..?

Menyentuh tentang tarikh istimewa yang kadang-kadang ada yang sanggup membedah kandungan agar lahirnya anak pada tarikh tersebut, juga ada yang beriya-iya untuk akad nikah pada tarikh-tarikh demikian, apakah ianya memberi satu impak yang baik dalam kehidupan.

Pandangan yang mampu ana lontarkan menjawab persoalan yang dikemukakan difacebook warna pagi ikim.fm seperti ini “Yang paling istimewa apabila hingga ke saat ini, kita masih istiqamah dalam ketaqwaan kepada Allah s.w.t. disamping mendapat redhaNya. Tarikh 20 11 2011 insyaallah menjadi tarikh jatuh lagi peningkatan umur saya , hanya pada andaian.. sekiranya Allah masih lagi memberi saya nafas ketika itu. Jadi istimewanya pembicaraan tarikh datang hanya jika hidup saya dalam mardhotillah sentiasa dan pengakhirannya mendapat rahmat Allah... INSYAALAH...”

Bagi ana, bukan tidak boleh kita mengabadikan satu program atau acara istimewa pada tarikh-tarikh sedemikian, namun sejauh mana tarikh tersebut menjana kita menjadi dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Sejauh mana kita dapat mengekalkan keimanan kita dalam suasana yang penuh fitnah di akhir zaman ini. Banyak masa dan ketika bagai mengenggam bara api sakitnya dihadapi untuk menembusi program-program yang diwajibkan oleh manusia untuk dihadiri dalam keadaan kita sama sekali tidak redha akan adanya perkara bercanggah syarak yang jelas dihadapkan.

Moga pertambahan hari menjadikan kita semakin matang menterjemah nilai sebuah keimanan yang sebenar yang perlu dipegang sehingga akhir hayat kita. InsyaAllah.

Allahu a'lam.

Friday, October 07, 2011

BANYAKNYA NIKMAT ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah... banyaknya rahmat Allah yang tak kunjung padam. Moga Allah terus menerus memberi keberkatan sepanjang kehidupan di bumi Allah ini.

Rasa kecukupan, adalah satu nikmat yang sangat indah bagi hidup seorang muslim. Manusia sememangnya tidak pernah cukup dengan satu nikmat. Bila nikmat bertambah, maka perancangan akan menjadi bertambah. Lantas, masih tidak berkecukupan.

Maka jadilah insan yang merasa cukup apa yang ada. Pasti nikmat hidup akan anda rasa.. InsyaAllah...

Monday, August 29, 2011

RAGAM INSAN DI BULAN RAMADHAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sejauhmana kesungguhan kita mengambil segala hadiah dan peruntukkan yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada semua kita di sepanjang bulan ramadhan. Apakah kita telah merasa puas dengan hanya melalui sahaja tanpa merasakan betapa nikmatnya berada di bulan tersebut?

Hari ini ramadhan akan berakhir.. berakhirnya segala peluang yang disediakan oleh Allah untuk direbut pada tahun ini. Ada di antara kita menanti-nanti sahaja datangnya laillatul Qadr. Tak kurang yang serkap jarang dan memilih-milih mengikut pembentangan hadith-hadith yang dibacakan. Namun tak kurang juga yang bersungguh dari awal kerana tidak sedikitpun mahu terlepas peluang tersebut. Apa yang penting untuk mendapat redha Allah sepenuh keikhlasan. Ganjaran itu, terpulang lah kepada Allah. Apa yang penting, bila melakukan amal berterusan, maka pastinya malam-malam bermakna itu dilalui tidak dengan sia-sia.

Pasti malaikat tersenyum melihat hamba-hamba yang benar-benar mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. tanpa menanti ganjaran-ganjaran yang di serkap jarang. Sayangnya, masih ramai yang melalui dengan penuh kemaksiatan. Meskipun di mulut menyebut bulan yang barakah. Bulan yang berkat. Namun waktu berbuka juga sudah bergambar bercampur gaul bahkan tidak segan silu meletakkan tangan dibahu dan peha lelaki rakan seperjuangan… inikah yang dikatakan mencari keberkatan..?

Anak-anak remaja, tidak segan silu memakai baju yang menjolok mata. Biasa sahaja bagi mereka, dibulan biasa atau bulan yang mulia. Peniaga juga tidak segan silu berniaga walaupun tidak berhenti untuk bersolat, bahkan pemandu-pemandu, ada yang biasa sahaja memandu sambil rokok terselit di tangan, dan menghidu asap dengan megahnya. Bahkan biasa bagi mereka-mereka yang uzur berlonggok-longgok bergelak ketawa dengan bungkusan makanan di tangan dan ada di antara lelaki yang menumpang sekali sama.

Inikan yang dicerminkan oleh umat islam di akhir zaman…? Sedih..sedih.. sungguh sedih sekali… belum tentu kita ketemu bulan ramadhan seterusnya. . Allahu a’lam.

Wednesday, August 17, 2011

DOA SHOLAT DHUHA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bacaan Doa Sholat Dhuha Lengkap Bahasa Arab – Bahasa Indonesia dan Artinya




اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقَى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ



ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.



Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Saturday, July 30, 2011

QASIDAH YA BADROTIM

QASIDAH : YA BADROTIM

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Antal ladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antal ladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Fama hauta bil anwari kulla dholaali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Wa bikastana rol kaunu ya ‘alamal huda
Bin nuri wal in’ami wal ifdholi

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi da iman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi da iman
Abada ma’al ibkari wal asooli

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashaab iman
Qod khosso hum robbul ‘ula bikamaali..

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamaali
Maza yu’aab, maza yu’aab
Yu’ ‘an ‘ulaka ma qoli

Saturday, July 16, 2011

INDAHNYA BAHASA ARAB..

بسم الله الرحمن الرحيم




الحمد لله نحمده ونستعينه و نستغفره، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له و أشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمد عبده ورسوله .
أما بعد






Pertama-tama kepada Allah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana hari ini masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini.

Alangkah bahagianya jika dapat memahami seluruh maksud al-Quran yang pastinya menambah keimanan setiap kali membacanya. Itulah satu harapan yang sering mendorong betapa penting bahasa Arab itu untuk dipelajari. Lebih-lebih bila tibanya saat Nifsu Sya’ban ini. Pastinya sangat bermakna sekali dengan pantas boleh memahami maksud al-Quran dalam bulan-bulan yang sangat besar janji Allah bagi mereka yang bertaqwa. Memahami ayat-ayat yang dibaca imam ketika solat.. pastinya sangat menyentuh hati kerdil kita semua.

Bercakap mengenai bahasa ini, hanya kesungguhan yang jitu dapat menguasainya. Lebih-lebih jika berada dipersekitaran yang berbahasa arab. Itulah yang mencuit kembali ingatan ketika berada di 3 negara Arab. Jordan, Syria dan Lubnan. Ketika di sana, rasa lebih lancar lidah untuk bercakap. Dorongan untuk bertaaruf begitu tergalak. Membuatkan bercakap itu, serasa lancar. Paling gembira bila mereka memahami dan membalas dengan baik sekali.

Namun ianya tidak kekal lama, kembali ke sini, seolah-olah asing sekali. Nak cakap pun tak reti. Nak belajar sendiri selalunya semangat tidak sekental mana. Nak berguru, masyaAllah, bayaran sangat tinggi.

Moga Allah mempermudahkan bagi mereka yang mencintai bahasa Arab untuk menguasai bahasa Syurga ini..
Ameen ya rabbal alamin..

NISFU SYA'BAN.. AMBILLAH KESEMPATAN..!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Terlalu pantas masa berlalu. Baru saja rasanya ceramah tentang kelebihan beribadah di bulan Syaaban. Kini kembali lagi, bermakna sudah setahun berlalu. Namun apakah sepanjang setahun, amalan semakin bertambah baik, atau berlalu begitu sahaja secara statik atau semakin menurun pengabdian seseorang hamba kepada Khaliq. inilah suatu perkara yang terlepas yang serasa alangkah ruginya jika berlalu dengan sia-sia masa hidup yang diberi Allah Taala.

Kesibukan kerja, satu ujian daripadaNya. Jika dulu tidaklah sesibuk sekarang. Hingga terpaksa juga turun kerja ke pejabat memikirkan tingginya fail di atas meja yang secara tiba-tiba mendadak, sebaik pembantu bertukar, rupanya banyaknya fail yang tersimpan yang diberi serentak. MasyaAllah..

Atas rasa tanggungjawab, maka pengorbanan masa perlu dibuat untuk tugas sedemikian.Maka ku gagahi juga turun ke pejabat waktu cuti sebegini. Itulah hikmahnya bila ditaqdirkan ada masanya tiada suami di sisi. Namun jiwa serasa meronta-ronta, di sini tidak seperti ditempat lama, berani untuk keluar malam-malam mencari pengajian. Di Shah Alam, rasa takut bila tidak ditemani suami.

Maka keterbatasan ke majlis ilmu ini, membuat hati jadi sepi. Sepi yang sukar untuk diaplikasikan dalam apa bentuk untuk disebuti. Teringat ceramah Ustaz semalam, bahawa terlalu banyak ruang dan peluang Allah buka untuk hamba bermohon keampunan. Itulah perkara yang utama dilakukan bagi seorang hamba. Tiada manusia yang tidak membuat dosa. Kita bukan malaikat, bukan juga nabi yang sentiasa terpelihara. Maka, peluang yang Allah buka sangat luas. Cuma kita... kemana kita waktu yang begitu banyak peluang Allah buka. Kita sangat terleka.

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Hatta dikatakan jika kita membaca penghulu Istigfar juga pagi dan petang, peluang kesyurga Allah dibuka. Namun peluang yang diberi dipandang sepi dan berlalu sia-sia. Banyak kita tidak mengambil peluang seadanya. Malam ini, malam nisfu syaaban, alangkah bahagianya bagi siapa yang kembali kepada Tuhannya dengan penuh pengharapan memohon keampunan.

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang diqabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Allahu a'lam.







Sunday, June 19, 2011

ANDAINYA KAU TAHU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Andainya kau tahu Allah rindu pada mu
Pasti kau tidak akan lepaskan peluang untuk selalu bertemu

Andainya kau tahu Allah memerhati setiap perbuatan
Pastinya kau malu untuk melakukan sesuatu kemaksiatan

Andainya kau tahu kesombongan itu Allah benci
Pasti miskin mana sekalipun kamu tidak tinggal solat walau sekali

Andainya engkau tahu Allah lebih dekat dengan dirimu dari urat leher
Pastinya bila mohon pertolongan engkau tidak meletak Allah ditempat terakhir

Andainya engkau tahu jodoh itu dalam ketentuan Tuhan
Tidaklah orang engkau persalahkan jika berlaku perpisahan

Andainya engkau tahu keredhaan ibubapa adalah keredhaan Tuhan
Maka pastinya engkau takut untuk melakukan kederhakaan

Andainya engkau tahu makanan yang haram itu merosakkan
Pastinya makanan haram tidak diberi anak isteri makan

Andai engkau tahu dunia ini adalah tempat ujian
Pasti amalan baik dan amal soleh engkau persiapkan

Andai nya engkau tahu untuk kesyurga memerlukan rahmat Tuhan
Pastinya engkau bersedia dengan amalan untuk mendapatkan

Andainya engkau tahu azab neraka penuh dengan kesakitan yang tak tertahan
Pasti engkau membuat persediaan agar dirimu akan dijauhkan

Andainya engkau tahu malaikat maut sentiasa datang menziarahi
Pasti hari ini engkau telah membuat persediaan untuk menghadapi MATI..

Friday, June 03, 2011

USAH TAMAK

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Betapa ingin ku mencari peluang untuk terus memanjangkan ilmu diblog ini, untuk dikongsi bersama. Namun terlalu sukar ku mencari masa untuk membuka blog. Setiap kali pulang ke rumah, terasa tersangat letih. Lebih letih bila line internet macam kura-kura.

Last-last, ku tutup sahaja. Namun, beginilah... tiap kali datang kerja, tahu-tahu masa berganti terlalu pantas. Tahu-tahu dah petang. Tak terasa masa berjalan. Hanya dikejutkan dengan setiap kali azan ku meninggalkan tempat mencari makan. Sibuknya... menghadapi fail dan peminjam yang berbagai ragam.

Namun begitu, terus menerus ku dapat menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan. Dalam tugas, pastinya peringatan demi peringatan ku berikan baik mengingatkan diri, maupun hamba Allah di depan. Pastinya program perbincangan, perundingan akan mendapat rahmat Tuhan. Hanya mengingati Allah hati menjadi tenang dan tenteram.

Alhamdulillah, semalam sempat ku sambung lagi pengajian di Surau sebelah bangunan. Banyak ilmu bermenafaat yang dapat di petik untuk dijadikan pedoman. Samalah seperti apa yang sering ku ingatkan kepada peminjam-peminjam.

Hidup ini, kata ustaz, kita tidak boleh tamak. Bila kita terlalu mengejar kekayaan, sepatutnya kita ada satu kereta, kita membeli lebih dari sepatutnya. Maka kita telah boros dalam bebelanja. Banyak kereta, banyak pula karenahnya, dengan cukai jalan, insuran dan sebagainya. Mungkin kita rasa kita kaya, simpanan banyak di bank. Kita sangka duit kita, tapi bila orang tanya kita kata, duit kita. Namun yang ada pada kita, angka di buku atau di paparan mesin. Bukan duit yang kita pegang. Bila kita mati, bukan milik kita. Jika tidak sekali pun, bank punya. Bank melaburkan duit kita. Keuntungan banyak miliknya. Kita... dapat sedikit sahaja.

Bila kita hendak keluar melalui ATM ada kadar-kadarnya. Walau kita kata semua duit kita. Begitu juga, rumah yang kita ada, yang kita guna kita punya. Orang lain sewa... yang merasa nikmat rumah tersebut adalah yang menguna. Begitu juga kereta, sebesar mana, yang mengunakan, yang merasa nikmatnya. Begitulah kita...

Setiap yang kita telah guna, kita makan, kita merasa nikmatnya. Tanah yang berekar-ekar, jika kita kata kita punya.. terbiar dengan lalangnya, maka merasa punya sahaja bukan bermakna kita mendapat nikmatnya. Maka, sedarilah segala-gala adalah pinjaman Allah. Semua akan kembali kepadaNya bila tiba masa. Apa yang kita sedekah, kita beri pada orang, pada yang dinafkahkan, maka itu sebetulnya kita punya. Pahalanya adalah milik kita. Walaupun kita rasa ia keluar dari kita dan mengurangkan harta kita, sebenarnya itu sebenar milik yang kekal buat kita. Pahala yang besar dari yang berKuasa.

Jadi, apa guna kita tamak dengan merasakan kita ada segala-galanya. Sedangkan semua itu belum tentu milik kita, jika kita masih belum mengunakannya. Maka pergunakan segala yang ada pada dikita di jalanNya. Baik memberi nafkah, menginfakkan, sedekah jariah dan sebagainya adalah satu jalan yang pasti mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t.
Tidak rugi kita berbelanja untuk mencari ilmu, kerana ilmu boleh menjadi ilmu yang bermenafaat dan jariah yang menyampaikan pahala sewaktu kita telah meninggal dunia. Tidak rugi kita menafkahkan rezeki kepada anak-anak, yang mana anak yang soleh akan mendoakan bila kita sudah tiada di dunia. Tidak rugi kita bersedekah lebih-lebih pada jalan Allah, kerana ia adalah jariah yang terus mengalir sehinggalah kita bertemu dengan Allah s.w.t.

Pergunakan segala apa yang kita ada dijalanNya, mudah-mudahan kita mendapat rahmatNya.

Allahu a'lam.

Sunday, May 08, 2011

TAUHID RUBUBIYAH

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام علیکم و رحمه الله و برکاته


Sejak berpindah di Shah Alam, banyak perkara yang rutin dilakukan mengalami perubahan. Jika dulu dapat juga menyimpan wang sedikit sebanyak, namun di sini keterlaluan kos yang melambung diluar jangkaan. Namun keyakinan yang tinggi atas pertolongan Allah sentiasa dipertahankan.

Disebalik yang demikian, ternyata terlalu banyak pertolongan Allah yang datang dari segala arah. Tidak terkecuali tugas yang sangat disukai, menjadi suatu yang menyenangkan. Menjadi satu yang mendatangkan keberangsangan dan minat yang mendalam untuk terus melakukan dengan gigih dan cemerlang.

Pengalaman juga bukan sedikit yang boleh diambil pelajaran. Sementelahan itulah, pengalaman menuju ke Mahkamah Klang, merungkai lagi kebenaran yang dinyatakan dalam al-Quran. Benar..., orang bukan islam percaya Allah. Sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, itulah kebenaran. Bercakap sewaktu menaiki kenderaan awam, benar, bahkan pemandu itu juga bercita-cita ingin masuk islam kalau ada yang ingin berkahwin dengannya dari kalangan orang islam.

Ana merungkai keadaan, kenapa menunggu perkahwinan, belajarlah tentang islam. Walaupun tiada paksaan, tetapi belajarlah. Moga kamu mendapat kefahaman.

Keyakinan sebagian orang kafir terhadap tauhid rububiyah Allah telah dijelaskan Allah dalam beberapa firman-Nya:
“Kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka? Mereka akan menjawab Allah.” (QS. Az Zukhruf: 87)

“Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan? Mereka akan mengatakan Allah.” (QS. Al Ankabut: 61)

“Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi setelah matinya? Mereka akan menjawab Allah.” (QS. Al Ankabut: 63)

Rububiyah Allah adalah mengesakan Allah dalam tiga perkara yaitu penciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan pengaturan-Nya. ALLAH YANG MAHA PENCIPTA, MAHA KUASA DAN MAHA PENGATUR.

Allah yang merencanakan PENCIPTAAN, KEKUASAAN DAN PENGATURAN, suatu kejadian/penciptaan sebut saja proses penciptaan apa juga dari sebelum ada, akan menjadi ada.

Maknanya, menyakini bahwa Allah adalah Dzat yang menciptakan, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, mendatangkan segala manfaat dan menolak segala mudharat. Dzat yang mengawasi, mengatur, penguasa, pemilik hukum dan selainnya dari segala sesuatu yang menunjukkan kekuasaan tunggal bagi Allah. Dari sini, seorang mukmin harus meyakini bahwa tidak ada seorangpun yang menandingi Allah dalam hal ini.

Allah mengatakan: “’Katakanlah!’ Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya sgala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya.” (QS. Al Ikhlash: 1-4)

Bukankah kebanyakan dari manusia itu tidak mengenal Allah dengan sebenarnya ' Awaluddin Ma'rifatullah /awal agama mengenal Allah" mengenal Allah tidak hanya kenal nama dan tidak kenal dengan Yang Empunya Nama, kalau tidak mengenal Allah dengan sebenarnya kemungkinan akan bertingkah laku, beranggapan, memuja terhadap sesuatu termasuk kepada Syirik (Menyekutukan Allah) inilah dosa yang tidak akan diampunkan.

Begitu juga bila ditanyai jiran-jiran yang bukan Islam, mereka percaya Allah yang menjadikan segalanya. Allah jugalah yang mematikan.

Lantas, jika beginilah keadaan, ternyata hanya manusia yang sengaja tidak mahu faham. Tidak mahu mengikat diri dengan pengibadatan terhadap Allah, Tuhan sekelian alam.

Binggung juga memikirkan keadaan insan hari ini, terlalu banyak hidup membuang masa, lupa pengibadatan yang sepatutnya, bahkan sambil lewa melakukan segala suruhan Allah baik perkara yang diwajibkan maupun perkara-perkara baik yang mendatangkan rahmat Tuhan.Jika sembahyang pun berani ditinggalkan, apa beza dengan orang yang bukan islam?

Sayang lah.. keadaan demikian, terlalu banyak pemerhatian yang boleh dilakukan untuk menjadikan diri seorang yang benar bertaqwa dalam erti yang sebenar-benarnya. Juga menjadikan diri seorang hamba yang benar takutkan Tuhannya. Sehingga mereka sentiasa istiqamah di jalan mencari redhaNya.

Allahu a’lam.

Saturday, May 07, 2011

PERKEMBANGAN JANIN DALAM RAHIM






















































KETENTUAN ILLAHI..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Kehendak Allah akan menyampaikan sesuatu perkara. Kehendak Allah juga akan menghalang sesuatu perkara. Namun semua itu ada kebaikan yang tidak kita tahu. Hanya Allah yang tahu sebab musababnya.

9 kali bukan sedikit jika anda keguguran. Namun di sebalik itu, dapat ana rasakan betapa banyaknya rahmat Allah tersebut.

Sebagai manusia pasti terlalu banyak harapan dan permintaan kita. Pastinya pemurahnya Allah akan menyampaikan maksud-maksud kita. Jika 2 perkara bertentangan dalam satu masa, pasti mendatangkan masalah kepada kita.

Benar, jiwa bercita-cita untuk setiap tahun ke tanah suci, di sampaikan oleh Allah hajat tersebut. Dalam masa yang sama, ana Nampak hikmahnya, jikalah kita mempunyai bayi, pastinya berat hati untuk meninggalkannya…

12 kali mengandung… banyak perkara yang dapat di ambil pengalaman… Setiap tahun ke Haramain banyak yang di rasa kenikmatan iman ..

Ya Allah… betapa pemurahnya Engkau hai Tuhan…

Friday, April 22, 2011

KELEKAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A’araf :





أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩٩﴾





Maksudnya : Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97) Atau patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi (99)




Bersukaria adalah satu sifat manusia yang memandang tidak ada apa yang menanti di kemudian nanti. Sekiranya mereka tahu bahawa azab itu sangat pedih, pasti mereka sangat berhati-hati dalam menjalani hidup seperti ini.





'Ini yang kita mahu...." jeritan seseorang bila terdengar muzik mula dipasang kuat. Selama ini mereka merasakan sepi tanpa kunjungan orang adalah kerana tiada muzik. Tiada program yang grand-grand hingga tidak kiralah program tersebut bertentangan atau tidak pada syarak.





Masih berani, meninggalkan solat Jumaat bagi kaum lelaki dengan santai-santai di restoran, di kompleks-kompleks, sehingga tidak diambil iktibar Tsunami, gempa bumi, ribut taufan berlaku secara tiba-tiba di mana-mana sekarang ini.





Perjalanan yang lebih panjang selepas kita mati yang tiada penghujungnya, menuntut kita memilih jalan mana yang ingin kita tempuh. Sekiranya kita serius memikirkan tentang akhirat, betapa kita akan sedar dan insaf, masa sudah terlalu suntuk untuk kita menebus masa yang berlalu dengan penuh sia-sia.



Sekiranya kita masih leka sukar untuk kita rasa besedia. Namun bagi seorang yang taqwa, rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud:



“Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan." (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)



Insafilah, sebelum tiba hari yang dijanjikan, pastikan kita bersedia dengan amalan, bagi meraih kerahmatan dari Tuhan semesta alam. Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.



Allahu a'lam.


Sunday, April 10, 2011

PERINGATAN YANG DIABAIKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Sedih melihat keadaan ummah akhir zaman ini. Walaupun peringatan demi peringatan datang dari Allah s.w.t, mereka masih tetap terus menerus melakukan perkara-perkara yang di larang Allah. Mereka mengambil mudah dalam soal hukum hakam Allah. Mereka berani melakukan perkara yang terang-terang mungkar di depan khalayak tanpa rasa salah.

Keadaan ini meluas hingga masuk meyelinap ke setiap sekolah-sekolah. Poco-poco contohnya, tak boleh tidak di anggap baik dan tidak bertentangan dengan hukum. Mana mungkin perkara yang Allah larang itu boleh di benarkan. Pergaulan bebas, beraksi di depan yang lelaki yang ajnabi, semua itu di larang. Wanita bukan untuk dipertontonkan. Mana mungkin manusia yang menjamin kesihatan. Untuk program kesihatan, boleh dijalankan yang mana bagi wanita di dewan tertutup tanpa seorang lelaki pun. Masalahnya atas dasar apa ianya dibuat dikhalayak?

Tidak solat Jumaat, menjadi-jadi di kalangan kaum lelaki. Lebih merimaskan, mereka ‘rilex’ membeli makanan bersama anak isteri, duduk-duduk makan. Bagi peniaga yang tidak tahu azan atau khutbah, elok saja menghisap rokok, berbual-bual dengan rakan sewaktu khutbah berkumandang. Elok saja turut sama membantu isteri menjual makananan. Sedangkan semua yang diberi Allah itu adalah milik Allah, berupa pinjaman. Baik kesihatan maupun tubuh badan.

Bila saat membayar hutang, membayar sewa, merekalah orang yang paling bising tidak dapat untuk membayar hutang dan sewa. Alasan kedai tidak berapa maju. Orang tidak berapa ramai mejadi alasan menyokong tindakan tidak membayar hutang. Jika menurut logik akal, banyaklah duit yang mereka dapat. Ramailah orang yang makan minum dan membeli di kedai. Apa tidaknya, sampai tak sempat pergi solat Jumaat.

Inilah perangai umat islam. Umat islam ramai yang gagal dalam perniagaan walaupun bukan semua. Namun mereka gagal kerana meraka gagal berniaga dalam ketaqwaan. Waktu seruan azan memanggil, mereka pekakkan telinga. Mereka leka. Aurat tidak dijaga. Seolah-olah usaha mereka yang mendatangkan keuntungan. Rezeki adalah dari Allah. Allah boleh memberi pada yang dikehendaki, Allah juga boleh menarik kembali apa yang telah diberi olehNya.

Wajarlah jika majoriti dalam suatu bangunan yang hampir 100% islam, baik pekerja atau berniaga, jika gologanan inilah yang merunggut, biasanya peniagaan malap di tempat-tempat begini, berbanding tempat perniagaan yang tidak sepenuhnya islam yang Nampak lebih laris. Semua ini menjadi peringatan buat umat bergelar Islam, bahawa jika kamu itu islam, kamu perlu laksanakan islam. Jika kamu mempermain-mainkan islam, jika kamu ambil mudah soal hukum hakam islam, ingatlah azab Allah itu sangat pedih.

Janganlah kamu lupa, bahawa, dunia adalah syurga orang kafir. Syurga kita di sana, di akhirat sana. Dunia ini, tempat ujian bagi kita. Jika dalam kerja, dalam berniaga, kita merasa kan , tidak apa melakukan perkara-perkara yang boleh menarik orang ramai walaupun ianya bertentangan dengan hukum Allah, demi menarik pelanggan, anda sebenarnya silap. Anda sebenarnya tewas apabila di uji Allah. Allah yang menjamin rezeki kita. Allah juga yang menurunkan hukum hakamNya. Mana mungkin, perkara maksiat boleh menjamin rezeki anda. Mana mungkin manual Nokia di guna dalam Motorolla. Mana mungkin manual Toyotta diguna dalam Produa. Itulah sebahagian dari contohnya.

Selagi ada yang memberi peringatan, InsyaAllah, dengan anda-anda yang mengambil mudah soal hukum hakam Allah masih selamatkan. Namun jangan kita semua lupa, bala Allah, peringatan Allah telah mencetus di sana sini. Supaya di buat iktibar. Tentera Allah, ribut, taufan, api, air dan sebagainya adalah maklhluk yang patuh pada perintah Allah. Bila-bila sahaja ianya melaksanakan apa yang diperintahkan Allah. Cuma beringat… jangan kerana perbuatan kamu… mereka-mereka yang masih tidak mahu berhenti dari kemungkaran, menjadi penyebab kemurkaan Allah s.w.t.

Berhentilah… jika kamu mengaku kamu semua adalah ‘HAMBA ALLAH’..

Itulah nilai seorang hamba… taat dan patuh dengan perintah Allah. Tinggal dan jauh segala larangan Allah.

Allahu a’lam.

Friday, April 08, 2011

TERSELAMAT DARI FITNAH DAJAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Tidak termampu rasanya untuk ku kejar masa yang terlalu pantas berlalu. Baru selesai tugas perbincangan. Beginilah sibuknya tugas sejak ditukarkan ke sini. Sebelum ini, masih ku sempat menjengak blog hari-hari. Paling tidak ku mampu bertahan sampai tengah malam untuk menulis blog. Namun, kini, lepas Isyak, rasa sangat letih...


Itulah kelemahan insan bergelar manusia. Sangat lemah...! Badan serasa sakit sana sini.. semua itu mengingatkan betapa hampirnya MATI..!!!. Mati adalah satu kepastian yang tidak boleh di tolak lagi. Subuh tadi, dapat berita lagi, ibu kawan anak ku meninggal dunia jam 2.30 pagi tadi. Terkedu sejenak, bila ku memikirkan ujian Allah pada keluarga tersebut. Namun bila kita memandang baik ketentuan Allah, kita akan jumpa hikmahNya.


Anak ku sering menyambut hari lahir di rumah kawannya, kerana tarikh lahirnya adalah sama. Kemungkinan juga bersebelahan semasa di wad HKL ketika mereka dilahirkan. Namun waktu itu tidak tahu mereka akan menjadi kawan. Di sebabkan ku tidak menjadikan sambutan hari lahir sebagai upacara rasmi seperti ibu-ibu yang lain.. berbetulan tarikh lahir anakku sama dengan kawannya yang sama sekolah, sama tempat tinggal sebelum ini yang tidak jauh dari rumah, maka biasanya hari lahirnya di sambut bersekali di situ. Hingga anakku menjadi sebahagaian dari anggota keluarga mereka.


Taqdir Allah tidak dapat di tolak, bermula kematian bapa kawan anakku di bulan Ramadhan, di ikuti, Datuk, dan kemudian kawan anakku.. sendiri... sedihnya... bersambung ke nenek dan malam tadi ibunya...


Berita yang didengari dari anakku bertali arus, menyentak perasaan terharu kerana mengenangkan hubungan akrab anakku dan keluarganya. Kini, kami telah berpindah jauh juga dari sana, mendengar kematian tersebut, dalam keadaan anakku tengah menjalani praktikal. Sedih juga.. Itu lah taqdir Allah. Namun, apa yang ku lihat... keluarga tersebut terselamat dari FITNAH DAJAL....


Itulah kelebihan mereka. Mereka telah meninggalkan dunia sebelum di datangkan Dajal. Selamat mereka, selamat aqidah mereka.


Kita... bila lagi bahagian kita. Semoga Allah memberi taqdir yang baik untuk kita semua. Semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik, dalam tempat yang baik dan dalam perbuatan yang baik.


Mati itu pasti, maka bersedialah kita untuk istiqamahkan diri, dalam keredhaan Illahi...


Allahu a'lam.

Tuesday, March 22, 2011

TIDAK REDHA PENYEBAB TIDAK TENANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tidak banyak orang yang melakukan muhasabah diri. Sedangkan bila berbuat demikian akan menghasilkan ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang itu akan memancarkan gelombang-gelombang emosi positif yang akan diterima oleh orang sekeliling. Hasilnya ketenangan jiwa kita tadi mampu membuat orang lain mencapai keharmonian fikiran serta beremosi positif. Jika sebaliknya, keadaan ketidak tenangan tersebut boleh membuat orang lain juga tidak tenang. Bahkan mengancam ketenangan orang lain.

Perlu diketahui ketenangan minda dan ketenangan jiwa adalah dua perkara yang berbeza. Jika seseorang itu mengalami ketenangan minda dia belum tentu mencapai ketenangan jiwa. Namun jika di mengecapi ketenangan jiwa sudah pasti mindanya tenang.

Persoalannya kenapa jiwa tidak tenang?. Jiwa yang tidak tenang adalah jiwa yang tidak dapat menerima ketentuan Allah s.w.t. dengan baik. Sentiasa melihat keadaan terjadi di sebabkan oleh orang lain. Sedangkan ia terlupa bahawa manusia hanya mampu merancang, dan Tuhan yang menentukan.

Jika perancangan itu gagal, kita harus melakukan muhasabah diri dan berfikiran positif dan bertindak secara positif. Tidak boleh bertindak membabi buta sahaja. Kesannya ia akan mempamerkan akhlak kita yang sebenarnya.

Akhlak yang berselindung disebalik sesuatu yang zahir akhirnya akan terkeluar bila kita diuji dengan sedikit kesusahan atau kesulitan. Saat itu, terbongkarlah kebenaran nilai diri kita. Lantaran demikian kita akan melontar untuk menyalahkan orang lain. Mencari kesilapan orang hasil dari akhlak realiti dan ketidakan tenangan kita menerima ketentuan Allah s.w.t.

Sebenarnya orang demikian, adalah seorang yang bermasalah. Untuk mengelak dari di ketahui keadaan demikian, mereka akan mula mencari kesilapan demi kesilapan orang lain. Sehingga ia terlupa manusia hanya mampu merancang, yang memberi ketentuan adalah Allah s.w.t

Belajarlah menerima ujian dengan penuh keredhaan, agar jiwa menjadi tenang.

Allahu a’lam.

Monday, March 21, 2011

NIKMAT KESIHATAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Betapa bila difikirkan, selain nikmat iman dan islam, nikmat yang agak besar kurniaan Allah adalah nikmat kesihatan. Bila sakit datang, saat itu longgokan wang, harta, makanan semua sudah tidak dihiraukan. Semua itu tidak ada makna. Semua itu juga tidak boleh mengembalikan kesihatan yang telah ditarik oleh Allah s.w.t.

Ada juga yang dipulihkan oleh Allah, namun sebanyak mana pula kesyukuran atas perkara tersebut. Masih ada yang melupai, sehingga hidup tidak sudah-sudah mengejar duniawi. Dalam mengejar duniawi yang perkara dikejar boleh ada dan boleh juga tidak, ada waktu kesihatan jadi terganggu atas keletihan teramat yang ditanggung tanpa rehat. Mencari dan terus mencari wang untuk memenuhi keadaan yang diwujudkan. Sedangkan, jika perkara demikian tidak ada pun, tidak mendatangkan kemudaratan.

Nikmat kesihatan yang diberi Allah dibumi Haramain, setiap ke sana, sungguh menimbulkan keinsafan. Allah juga boleh menguji dengan ditarik sedikit kesihatan tersebut, sebagai ingatan, betapa deritanya nikmat yang ada ditarik sedikit oleh Allah. Ya.. Allah, menjejak kaki di tanah air semula, serasa seluruh sendi menjadi lemah, tiada upaya melainkan dengan pertolongan Mu. Sekejap dapat menjaga abah, kesihatan ku sudah mula terganggu. Hampir diriku juga di masukkan ke wad. Lemahnya diriku. Untuk bangun pun tidak berdaya, sehingga ku diuji lagi, dengan kesakitan lainnya bila hampir jatuh.

Ya..Allah, namun ku redha dengan ujianmu. Ku dapat rasakan kemanisan nikmat iman sekembalinya dari Haramain. Semua ini, membuat ku banyak membisu mengenang kebesaranMu. Berbagai perkara telah Engkau bentangkan di depanku. Sungguh kebesaranMu ya Allah. Sukar untuk diucapkan dan di olah dalam bahasa percakapan. Sungguh kerinduan yang pasti tidak kunjung padam. Serasa tidak boleh ku tinggalkan bumi Haramain lagi...

Pastinya atas keizinanMu, ku akan menjejak lagi bumi suci yang sangat dicintai..

Allahu a'lam.

Friday, March 18, 2011

BESARNYA KURNIAANMU YA ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang masih menjemputku dan anak-anakku ke bumi suci Makkah dan Madinah untuk kesekianan kalinya. Rindu yang tersangat mendalam rasa terubat sebaik mejejak kaki dibumi Haramain ketika menjelang fajar 2 Mac lalu.

Bermula menziarahi Rasulullah s.a.w, sungguh tidak dapat untuk diluahkan betapa bahagia berada dibumi tercinta tersebut. Rindu yang tersangat, membuatkan segalanya menjadi sangat bermakna. Kecintaan yang mendalam membuat semuanya indah belaka. Bahkan segalanya dirasakan sangat mudah untuk dilaksana, atas dasar rasa yang penuh cinta.

Hanya mereka yang mengerti erti dan nilai cinta yang memahaminya. 2 minggu di bumi Haramain serasa sekejap sahaja. Namun begitulah, berbagai perkara dapat dibuat iktibar dan dipandang penuh mempunyai hikmah. Macam-macam hikmah yang ana nampak atas segala aturan Allah s.w.t, bermula dari berdaftar tahun lepas lagi. Dari situ semakin meningkatkan keimanan, bahawa Allah sangat sayang dengan hamba-hambaNya. Banyak perkara yang diluar pengetahuan kita.

Bila abah jatuh sakit, ana nampak betapa perlu adik-beradik lelaki menjaganya. Jika isterinya pergi bersama ana, pasti urusan persekolahan anaknya terganggu bila kes demikian. itulah hikmah atas ketentuan tersebut. Dengan berada di sana dapatlah ana berada ditempat-tempat yang tersangat makbul doa bagi mendoakan abah yang dikatakan tidak mengenal ahli keluarga. Alhamdulillah...berita yang didengar berubah-rubah sehinggalah abah dapat mengenali semua. Ya Allah, benar janjimu, engkau sentiasa mengabulkan doa hamba-hambaMu. Ada masa tersangat cepat dan ada masanya lambat. Semua itu sangat mempunyai hikmah. Alhamdulillah.. besar sungguh kurniaanMu ya Allah, bila Engkau sentiasa menjemput aku ke sana...

Pasti ku akan berusaha ya Allah, untuk terus menerus ke sana, sehinggalah kembalinya aku kepadaMu. Itulah nekad yang tertanam dilubuk sanubariku..

Saturday, February 26, 2011

PRINSIP MANUSIA HEBAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Banyak nasihat yang kita dengar tentang bagaimana ingin menjadi seorang yang Berjaya atau hebat. Ramai juga pakar-pakar bersedia mengongsikan ilmu mereka untuk diperdengarkan. Semua ini, perlu kita kongsikan bersama.

Semua insan inginkan kejayaan. Sayangnya bila kita melihat di sekeliling kita, lebih ramai mereka yang gagal dari yang Berjaya. Persoalannya , ‘Kenapa mereka gagal?.

Manusia boleh dibahagi kepada beberapa kategori. Manusia yang gagal, manusia yang biasa dan manusia yang hebat. Manusia yang gagal adalah mereka yang sentiasa mensia-siakan peluang yang ada dalam tangan mereka. Manusia biasa pula adalah manusia yang melihat peluang berlalu begitu sahaja. Sebaliknya manusia yang Berjaya adalah mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menambahkan kejayaan mereka, menambah ilmu mereka, bahkan menambahkan pahala dan mencari ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Manusia yang hebat adalah manusia yang tidak mensia-siakan peluang bahkan tidak melihat sahaja peluang berlalu begitu sahaja. Bukan setakat mereka mencari peluang sahaja, bahkan mereka mencipta peluang. Peluang yang dicipta pula bukan sahaja untuk kegunaan dirinya, malahan mereka sanggup berkongsi kemenafaatan dengan orang lain. Mereka boleh berkongsi dengan keluarga, dengan masyarakat dan semua orang boleh menumpang dan berkongsi sama peluang tersebut.

Dari perkataan HEBAT itu sendiri boleh diterjemahkan kepada intipati perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang yang hebat.

H- Hasrat yang sungguh-sungguh
E- Emosi yang sentiasa terkawal
B- Berani bertindak
A- Attitute atau Sikap
T- Tindakan diambil dan Tawakal

Ramai yang berkata ingin menjadi kepada yang lebih baik, mempunyai kedudukan yang sempurna, mempunyai gaji yang besar. Sayangnya cuma sekadar berkata sahaja. Tidak pula mempunyai hasrat yang sungguh-sungguh. Ibarat menanam tebu ditepi bibir.

Orang yang hebat punyai Hasrat yang begitu sungguh-sungguh untuk Berjaya. Mereka tidak akan mengalah sebelum bertindak. Sebaliknya ada yang ingin Berjaya, tetapi mempunyai jangkaan kegagalan dari mejangkakan untuk Berjaya. Jika mejangkakan kegagalan, bagaimana mungkin mereka hendak berusaha bersungguh-sungguh sebab mereka punyai sangkaan akan gagal.

Ekoran demikian, tindakan yang akan mereka buat adalah secara main-main, sambil lewa, buang masa, acuh tak acuh dalam setiap perkara. Untuk Berjaya kita perlu melihat seolah kejayaan menanti, maka kita perlu meletak hasrat yang sungguh-sungguh, berusaha gigih dan jangan berundur. Meskipun berundur tidak beerti kalah. Namun ramai yang tidak belajar dari apa-apa kegagalan. Mereka juga terus mengikut jalan yang gagal.

Orang yang Berjaya tahu ada sesuatu yang diperolehi dari pengalaman-pengalaman kegagalan dan seterusnya melakukan perancangan-perancangan yang lebih baik secara fleksibel. Jika jalan A tidak Berjaya, mereka cuba jalan B dan seterusnya. Jalan yang dicari bukan alasan yang diberi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja pengorbanan dari segi masa, tenaga dan idea. Itulah sebabnya bila ada hasrat yang sungguh-sungguh, mereka terus-menerus bergerak kedepan dengan penuh semangat.

Perkara kedua penting untuk menjadi seorang yang hebat, mempunyai Emosi yang terkawal. Tidak dinafikan kita sebagai manusia ada rasa malas, kecil hati dan rasa tertekan. Namun bagi seorang yang hebat, mereka sentiasa mengawal emosi tersebut. Mereka faham tanggapan itu suatu perkara yang kita rasa melalui keadaan diri kita sendiri, bukan keadaan yang sebenar. Kita hendaklah berbaik sangka dengan semua orang dan berbaik sangka dengan apa sahaja yang berlaku ke atas kita. Hindarkan dari memikirkan keburukan-keburukan bahkan fikirlah apa hikmahnya dari ujian Allah tersebut. Apa hikmahnya di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku yang menimpa kita ini. Dengan ini, kita dapat mengawal emosi kita.

Ketiganya, manusia hebat Berani bertindak, berani menanggung risiko dan berani untuk mengeluar idea bahkan berani berhujah. Mereka adalah manusia-manusia yang berani menegak kebenaran dengan kata-kata mereka. Jadi.. janganlah jadi manusia-manusia yang akhirnya dihina dengan ketakutan sendiri.

Manusia yang hebat punyai satu ‘Attitute’ atau sikap yang positif. Apabila mereka lakukan sesuatu mereka akan melakukan sebaik mungkin. Bila mereka lakukan satu-satu pekerjaan, mereka akan lakukan sebaiknya dengan menyerahkan hasil kerja yang berkualiti. Mereka sentiasa bersikap positif, meskipun didatangi masalah. Mereka menganggap masalah itu adalah ujian Allah. Orang yang hebat sangat redha tentang ujian Allah dan apa yang berlaku pada dirinya.

Dengan hal yang demikian mereka akan lakukan Tindakan. Ramai disekeliling kita yang boleh berkata nak Berjaya, boleh mengeluar idea yang cukup bernas, tetapi soalnya berapa ramai yang sanggup bertindak sungguh-sungguh melakukan usaha tersebut supaya hal tersebut menjadi reality. Tidak ramai yang sanggup bertindak. Meskipun mereka boleh bercakap, berkata, berhujah, namun tindakan adalah “0”. Dalam keadaan demikian, bagaimana jadi dengan penhujung hidup kita. Tindakkan perlu disertai tawakal ala Allah. Itu sahaja jalan mencapai kejayaan.

Meskipun dalam melakukan satu-satu tindakan ada yang keterlaluan. Jika demikian halnya pastinya lantunan kritikan akan diterima. Namun itulah perlunya berlapang dada. Walaupun kritikan tersebut memang ada niat jahat yang ingin menjatuhkan atau menjahanamkan kita. Sebagai orang yang hebat, kita tetap mencari nilai-nilai murni dan perkara-perkara yang boleh disaring dari berbagai perkara buruk yang datang kepada kita.

Dengan melakukan mahasabah diri, nilai dimana silapnya dan dimana silapnya perancangan kita. Buka mata seluas-luasnya memulai dengan mencari idea, matlamat baru dan memulakan hasrat yang sungguh-sungguh sebab adanya perancangan-perancangan baru yang telah kita gubal semula.

Meskipun sukar, namun tidak mustahil kita akan menjadi lebih baik dari semalam. Esok pula kita bertambah baik dan menjanjikan sesuatu yang lebih tinggi peratusnya hasil dari kesungguhan kita. Semakin hari semakin baik dan cemerlang. Maka teruslah melangkah ke depan dengan penuh kesungguhan. InsyaAllah.

Allahu a’lam.

Thursday, February 24, 2011

BENARKAH KAMU MENCINTAI NABI S.A.W?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bila tiba sambutan maulidur rasul, dimana-mana sahaja tempat tidak melepas peluang mengadakan sambutan, baik berupa perhimpunan, perarakkan, ceramah, persembahan anak-anak dan sebagainya. Persoalannya, mungkin ada ditimbulkan “Penting atau tidak mengadakan sambutan Maulidur Rasul tersebut?

Pastinya jawapan adalah sangat penting. Ini kerana sekurang-kurang dengan sambutan itu mengeratkan silaturrahim umat islam. Paling tidak kata Ustaz, mereka dapat makan dan yang memberinya mendapat pahala dari Tuhan. Namun yang sangat penting adalah kita dapat berkenalan dengan nabi kita. Siapa nabi kita. Apabila sudah kenal baru datangnya cinta.

Hadith riwayat Anas bin Malik r.a. ia berkata:Rasulullah bersabda: Seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang. (HR Muslim)

Anas r.a mengatakan bahwa Nabi SAW bersabda, “Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya, dan semua manusia.” (HR Bukhari)

Seorang ustaz mengemukakan pantun bila menyebut tentang perkara sayang ke Nabi s.a.w. Pantunnya lebih kurang begini maksudnya :

Bila ayam jantan berkokok
Tanda hari hendak siang
Kena berhenti hisap rokok
Kalau Nabi s.a.w. awak sayang

Timbul persoalan lagi, Apa pula faedah mencintai Nabi s.a.w. ? Tidak dapat disangkal lagi, faedahnya terlalu dan tersangat besar. Bagi sesiapa yang mencintai Rasulullah s.a.w, akan dibangkitkan bersebelahan Rasulullah s.a.w. di Mahsyar. Maka letakkanlah cinta hati pada yang boleh menolong kita di akhirat nanti. Jika memberi cinta kepada orang, akan dibangkitkan dengan orang yang dicinta pada hari akhirat. Maka tidak rugi kita sangat mencintai Rasulullah s.a.w, manusia yang mulia diciptakan oleh Allah buat kita, kerana kita akan dibangkitkan besebelahan dengan baginda di akhirat kelak.

Menyebut tentang mahsyar, ada yang dibangkitkan dengan jalan atas muka kerana terlalu jahat sangat, jalan atas perut kerana suka sangat makan yang haram dan berbagailah keadaan. Suasana yang sangat menakutkan. Kerisauan yang teramat duduk di mahsyar. Maka bagi sesiapa yang sayang dan cinta pada Nabi s.a.w. maka nabi akan datang disebelahnya. Persoalannya, betul ker cinta kepada Nabi s.a.w?

Tanya diri kita, Adakah masih kita menyokong dan memakai barang-barang yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menghina nabi kita?. Ramai lagi yang menyebut cinta pada nabi, rokok pun tidak mahu tinggal. Sen yang dibayar membeli rokok, membedil umat Rasulullah s.a.w. yang memperjuangkan islam. Umat Nabi s.a.w saudara seislam kita yang perlu dipertahankan jika benar cinta kita kepada rasul kita. Untuk kenal Nabi s.a.w, kena dengan ilmu. Soalnya berapa ramai hari ini yang suka ke majlis ilmu. Memang kita nampak ramai yang pergi menuntut ilmu. Sebaliknya ramai lagi yang tidak pergi mendengar dan menuntut ilmu agama. Orang islam jahil tentang agama sendiri.

Kejahilan agama menjadi-jadi. Sebuah hadith mengambarkan perkara berikut :-

بَادِرُوا فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْي

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang lelaki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad No. 8493)

Adalah sangat dituntut agar semua kita merisaukan keislaman diri dan keluarga hari ini. Langkah segera perlu dilakukan agar memberi ilmu-ilmu agama pada keluarga. Hayati agama sebaiknya. Contohi Nabi kita, dimana baginda adalah suami dan ayah yang sangat baik. Satu benda haram pun dia tidak mahu ada dirumah. Kita pula, bagaimana kita dapat mengenal halal dan haram tanpa ilmu agama. Betapa banyak perkara haram dalam rumah kita. Tepuk dada tanyalah jiwa. Sungguhkan kita benar-benar mencintai Nabi kita..?

Allahu a’lam.

Sunday, February 13, 2011

BERGADAI FIKRAH KERANA MEREKA..?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pergaulan yang tidak ditapis akan menyebabkan seseorang bergaul dengan orang yang salah. Jika rakan-rakan yang dipilih adalah rakan-rakan yang tidak menjaga solat, pengaruh maksiat tersebut kemungkinan akan menyebabkan terikut dengan ajakan dan kemahuan mereka kesana kemari dengan melalai atau meninggalkan solat. Mungkin juga melakukan kejahatan yang lain. Secara tak langsung mereka akan melakukannya kerana tidak mahu dikatakan tidak sehaluan dengan mereka. Sangat mendukacitakan jika terpaksa dipasangkan dengan mereka jika melibatkan urusan kerja.

Ramai yang sanggup dan rela, demi orang lain sanggup mengorbankan dan mengotori urusan akhiratnya. Sungguh berdosa sikap seperti ini. Jika tidak mengikut mereka, mereka akan membenci dan menganggunya. Malah mereka akan mengata kepadanya. Mereka mencemuh dirinya, hingga terganggu urusan dunianya. Semua ini akan menghilangkan ketenteraman. Lantaran, bila sudah berkawan dengan mereka, terpaksakah mengikut rentak mereka..?

Sebaliknya, perkara ini pula akan menimbulkan masalah baru dan dia akan jatuh ke kancah kejahatan. Apalah diharap pada kawan sebegini. Kalau mereka memujipun, bukan layak bagi manusia menerima pujian, bahkan akan mendatangkan rasa bangga diri dan sombong. Walhal orang-orang sebegini, di depan biasa memuji, sedang di belakang bersikap mengeji.

Seandainya mereka menghina secara terang-terangan pula, pasti dia akan bersedih dan berduka cita. Kemungkinan sekurang-kurang akan marah, tetapi marah bukan kerana Allah. Marahnya kerana nafsu. Semua reaksi ini sangat membinasakan.

Perlulah di ingat, bila kita mati, orang-orang sebegini akan melupakan kita, berlainan jika mempunyai sahabat yang soleh. Meskipun dulu mereka baik, kemungkinan atas satu-satu sebab yang memberi kepentingan kepada mereka. Perlu di sedari, yang sentiasa berhadapan dengan mereka dan kita adalah Allah s.w.t. Allah tetap bersama dan sentiasa bersama kita. Adalah merupakan satu kerugian bagi mereka yang menghabiskan masa pada yang lagha dan kawan-kawan yang melaghakan. Lebih-lebih mereka meninggalkan ibadat kepada Allah. Mereka tidak menjaga pakaian yang sebetulnya, mereka tidak menjaga waktu solat sebaiknya, malahan merasa biasa sahaja meninggalkan solat sedangkan waktu solat itu berlalu begitu sahaja tanpa disusuli rasa salah pada mereka. Masih ketawa.

Segala urusan adalah semata kepada Allah. Keperluan kita semua juga datang dari pada Allah. Bukan dari manusia. Seharusnya dalam setiap perkara kita berserah diri dan menunaikan hak-hak Allah. Demikian juga segala perlindungan dan rezeki dari Allah bukan dari manusia. Sayangnya ada yang sanggup meninggalkan segala-gala hak Allah demi kerana orang lain.

Inilah yang sebenarnya berlaku, dan memang nyata berlaku. Sedih melihat ada yang sanggup meninggalkan solat semata-mata urusan dunia yang mengisi perut. Ada yang meninggalkan pakaian menutup aurat yang betul semata-mata dengan alasan mudah melangkah kesana kemari dalam urusan. Sedih suasana ini. Bila mereka merasakan kehadiran kita menganggu mereka, mereka akan mengata kepada kita. Mereka memberi riak muka yang merimaskan pada kita. Namun, inilah yang diibaratkan, untuk mengekalkan diri dalam pengawasan Allah, memang kita perlu bagai mengenggam bara api di akhir zaman ini. Namun, kita perlu istiqamah melakukan, kerana Allah adalah segala-galanya buat kita yang bergelar hambaNya.

Ya .. Allah, berilah kekuatan pada diri kami yang ingin sentiasa berada di jalanMu. Bantulah kami dalam menghadapi suasana yang cukup menguji keupayaan kami. Meskipun kami terpaksa bersendiri dalam menegakkan agamaMu, kami rela.. kerana kami tetap mengharap keredhaanMu ya Allah..
Allahu a'lam.

Saturday, February 12, 2011

TEKNIK SEKAWAN ANGSA



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tidaklah ana faham kenapa setiap kali bergambar, selalu sahaja melihat ada yang menunjukkan 2 jari berbentuk V. Ana sendiri kurang pasti samada yang berbuat demikian bermaksud atau tidak. Namun setelah mengkaji tips yang diberi oleh Penceramah Motivasi yang muda belia, Saudara Amin Idris pada kursus di Pulau Pinang tempoh hari, dengan mencontohkan kerja berpasukan dari sekawan angsa, sangat teruja dan mecuit kesebakan didada dengan cerita angsa dan keadaan kerja mereka terbang bersama yang telah menjadi ketentuan oleh yang maha Kuasa agar dapat difikirkan bersama. Bukan setakat fikir, malah perlu dijadikan contoh untuk meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan kepada kita dalam sesebuah pusat.

Apa yang dapat dipetik dari kisah tersebut seperti berikut :-


Fakta (1) :
Kepakan sayap angsa di depan, memberi “daya dukung” bagi angsa dibelakangnya. Angsa di belakang tidak perlu susah-payah menembus ‘airwall’ di depannya. Hasilnya, seluruh kawanan angsa dapat menempuh jarak terbang 71 % lebih Jauh dari pada kalau setiap angsa harus terbang secara sendiri-sendiri.

Pelajaran yang boleh kita ambil dari keadaan ini, ialah bila arah dan tujuan kita sama, dan kita bersedia untuk saling boleh mengagihkan tugas, maka pencapaian tujuan kita akan menjadi lebih cepat dan lebih mudah. Persoalannya, Mampukah kita untuk saling dorong mendorong dan saling dukung mendukung antara satu sama lain dalam pencapaian tujuan bersama ?. Jika angsa boleh, sudah tentu kita boleh!. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Fakta (2) :
Kalau seekor angsa terbang keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sukar untuk terbang sendirian. Dengan cepat ia akan kembali ke dalam formasi untuk mengambil keuntungan dari daya dukung yang diberikan angsa di depannya.

Pelajaran yang boleh kita ambil dari keadaan ini, Secara logik, kita akan tetap berada dalam pasukan bersama ahli lain dan pengelolanya. Kita membuka diri untuk menerima dan memberi bantuan dari dan kepada ahli lainnya. Lebih sulit untuk melakukan sesuatu seorang diri daripada melakukannya bersama-sama dalam pasukan yang akan menjadi milik kita bersama.

Fakta (3) :
Ketika angsa pemimpin yang terbang di depan menjadi lelah, ia terbang memutar ke belakang formasi, dan angsa lain akan terbang menggantikan posisinya.

Pelajaran yang boleh kita ambil dari keadaan ini, Adalah masuk akal untuk melakukan tugas-tugas yang sulit dan penuh tuntutan secara bergantian dan memimpin secara bersama. Kita yakin keupayaan dan potensi semua ahli. Tapi, manusia saling bergantung satu sama lain dalam pengetahuan, keterampilan, kemahuan, kekuatan, kurnia lain dan kelebihan yang unik dari Allah s.w.t., serta tandingan atau sumber daya lainnya.

Fakta (4) :
Angsa-angsa yang terbang dalam formasi mengeluarkan suara riuh-rendah dari belakang memberi semangat kepada angsa yang terbang di depan sehingga kecepatan terbang dapat dijaga.

Pelajaran yang boleh kita ambil dari keadaan ini, Kita harus memastikan bahwa ucapan kita akan memberi dukungan kekuatan, bukan melemahkan. Semua ahli dalam pasukan kita dan akan saling memperkuat, sehingga hasil yang dicapai akan menjadi lebih besar. Dukungan dalam satu kesatuan hati dilandasi nilai-nilai luhur adalah kualiti suara dan ucapan ahli yang diharapkan bersama oleh semua ahli dalam pasukan .

Fakta (5) :
Ketika seekor angsa menjadi sakit, terluka, atau ditembak jatuh, dua angsa lain akan ikut keluar dari formasi bersama angsa tersebut dan mengikutinya terbang turun untuk membantu dan melindungi. Mereka tinggal dengan angsa yang jatuh dan berusaha untuk mendorongnya agar dapat terbang lagi, tidak sampai mati. Setelah itu mereka akan terbang dengan kekuatan mereka sendiri atau dengan membentuk formasi lain untuk mengejar rombongan mereka.

Pelajaran yang boleh kita ambil dari keadaan ini, Kalau saja kita berperasaan seperti seekor angsa, kita akan tinggal bersama ahli yang berada dalam kesulitan, seperti ketika segalanya baik, dan berusaha untuk mendorongnya agar dapat bangkit kembali.

Ini adalah cerita angsa yang menyentuh hati. Kita percaya setiap perkara yang dijadikan oleh Allah agar kita turut fikir bersama. Terciptanya helikopter, hasil pemerhatian kepada pepatung. Terciptanya keretapi pastinya dari lipan atau gonggok, terciptanya kapal selam, adalah dari pemerhatian ikan lumba dilaut. Berbagai lagi lah yang Allah jadikan supaya kita turut berfikir dan terus berfikir tentang kejadian alam. Berfikir seminit itu adalah kebaikan yang dianjurkan. Bahkan pahalanya sangat besar di sisi Tuhan.

Allahu a'lam.

BUKAN PERKARA KECIL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kebersihan hati sangat dituntut dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Sayangnya masih ramai lagi yang suka melihat dan mendengar khabar-khabar yang entah kan ia, entahkan tidak. Masih!.. Keseronokan menyebut hal orang itu dan ini, bahkan membuat kesimpulan begini dan begitu terhadap seseorang. Itulah satu sikap yang tidak patut ada pada sesiapa jua.

Lebih-lebih perkara yang dicerita itu tidak pernah kita tahu, tidak pernah kita tonton. Keaiban saudara kita, memang ramai yang suka mendengarnya. Namun bagaimana jika keaiban kita yang terbuka atau diketahui orang.

Manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Orang yang paling baik ialah orang yang menyedari telah melakukan kesilapan, lantas segera melakukan taubat kepada Allah.


"Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat". Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya dari Anas.


Sayangnya perkara yang dipandang besar disisi Allah di pandang kecil dengan mudah. Dosa mengata orang, adalah sangat besar disisi Tuhan. Tidak tertebus dosa tersebut melainkan Allah menyerahkan kepada mereka yang dizalimkan. Ini adalah dosa terhadap anak adam. Takuti lah doa orang-orang yang dizalimkan. Dalam membicarakan hadith-hadith Nabi s.a.w. sering kita diingatkan oleh Ustaz bahawa,

"Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab ( halangan)"


Mengata orang, mengaibkan orang, dan mengumpat orang adalah dosa besar yang tidak mudah terlepas begitu sahaja kerana ianya melibatkan kezaliman pada seseorang anak adam. Namun begitu sedap pada sesetengah orang untuk mengatakan.

Rata-rata ianya melibatkan hati insan. Bila hati seseorang suka melihat kejatuhan orang lain, melihat keaiban orang, itu tandanya hati itu ada masalah. Bila bertambah suka bila ianya diketahui orang banyak dan diwar-warkan lagi, itu menandakan hati itu tersangat bermasalah dan ianya dikategorikan hati yang ada penyakit.

Hiduplah dengan hati yang putih bersih. Hati yang dipenuhi dengan nilai mazmumah perlu dihindari sejauh-jauhnya, dimana hati tersebut, memang tidak akan senang melihat orang senang. Dan suka melihat orang susah. Namun sebaliknya pula, hati ini telah hilang sebuah nilai ketenangan. Melainkan ianya digantikan dengan hati yang bersifat mahmudah. Sayangi saudara seislam kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita sendiri. Allahu a'lam.

Sunday, February 06, 2011

HIDUPLAH DENGAN MULIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Biasa kita mendapati ayat-ayat al-Quran dimulai dengan sumpah oleh Allah swt. Tidak terkurang juga di dalam hadits, ternyata terdapat juga sumpah Nabi Muhammad Saw sehingga apa yang menjadi sumpahnya itu sangat penting untuk kita perhatikan agar kita semakin yakin dengan akibat-akibat pesanan baginda Rasululllah s.a.w.

“Tiga hal yang aku bersumpah atas ketiganya: tidak berkurang harta karena shadaqah, tidak teraniaya seorang hamba dengan aniaya yang ia sabar atasnya melainkan Allah Azza Wa Jalla menambahinya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran”
(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) *) Al Jamiush Shagier Jil-2, hal.392

1. HARTA TIDAK BERKURANG KERANA SEDEKAH

Nabi s.a.w. juga bersumpah siapa bersedekah tak akan miskin. Secara logiknya bila berderma, duit akan kurang. Tapi bersedekah duit tidak pula kurang. Bila kita memerhati dan tanya orang yang derma darah, tak pernah kering darahnya. Semakin dia menderma semakin lagi dia sihat. Allah ganti dengan darah yang segar dan sihat. Demikian bandingan dengan orang yang derma harta benda atau duit. Sahabat Nabi s.a.w. bernama Talhah al Judj, sifatnya suka berderma. Gelaran tersebut kerana beliau tidak boleh tengok orang susah, pasti akan ditolongnya. Jika dia tidak boleh bagi banyak dia akan bagi sikit.

Maka di sinilah kenapa Nabi s.a.w. bersumpah 3 perkara tersebut. Bagi mereka yang bersedekah harta bendanya , pasti harta itu tidak akan kurang. Ini dalam dilihat dalam ayat al-Quran dimana Allah Swt berfirman:



مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir. Pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) dan Maha Mengetahui.
“(QS Al-Baqarah:261).

2. PENGANIAYAAN MEMBAWA KEMULIAAN.

Ada banyak contoh tentang orang yang dianiaya, manakala mereka tetap sabar dan istiqamah dalam mempertahankan kebenaran yang diyakininya akan membawa pada kemuliaan dirinya dan si penganiaya yang merasa sebagai orang yang jauh lebih mulia menjadi manusia dengan segala kerendahan martabat kepribadian yang disandangkan kepadanya.

Orang yang kena zalim dengan orang, apabila dia tahan dan bersabar, maka kesabaran dia akan diganti oleh Allah dengan bertambah kemuliaan pada dia. Menyebut Ujian semua kena ujian dari Allah s.w.t., ada kena ujian yang berat ada sedikit. Barangsiapa sabar menghadapinya, maka Allah ganti dengan Izzah, yakni kemuliaanlah yang Allah ganti.


3. MENGEMIS BERTAMBAH FAKIR.

Seorang muslim sangat dituntut untuk mencari rezeki dengan jalan yang halal dan terhormat. Apabila Nabi s.a.w. bersumpah dan tidaklah satu hamba sekiranya dia buka pintu minta tolong, ia akan jadi tabiat minta tolong, Nabi berpesan di sini, kurangkan tabiat minta tolong. Kalau boleh buat dan usahalah sendiri.

Satu cerita seorang sahabat Nabi s.a.w., dia sudah tua, suatu hari tongkat dia terlepas jatuh, dia tak minta tolong pada sesiapa, bahkan di ambilnya sendiri . Sudahlah seorang yang ‘ajuz’ , yakni lemah, kerana dia ingat Nabi s.a.w. berpesan… “orang islam jangan suka minta tolong”. Seorang hamba yang buka pintu masalah (minta tolong) Allah akan buka pada dia, pintu kefakiran. Lumrahnya seumur hidup dia akan harap ditolong orang.

Menyentuh tentang ini, Nabi s.a.w. berpesan lagi, dalam hadith.. yang lain disebutkan “dunia ada 4 macam manusia. Pertama, manusia yang Allah bagi dia harta dan ilmu. Yakni senang lenang, duit ringgit dan ilmu, dia bertaqwa kepada Allah s.w.t. cantik Allah bagi ke dia. Dia pula jadi manusia yang bagus. Duit ringgit yang ada, dia hubung silaturrahim. Allah bagi dia kelapangan hidup dia tahu dalam harta dan ilmu yang Allah bagi ada hak Allah. Zakat dia tak pernah mungkir. Ilmu di sebarkan maka dia pun menyampaikan. Dengan harta dan ilmu dia guna dengan jalan Allah. Ini orang paling bagus dan bertuah dalam dunia ini.

Kedua, golongan yang Allah bagi ilmu, harta Allah tak bagi. Allah jadi dia seorang yang tempat rujuk. Tempat orang mengadu masalah. Marjij (tempat rujuk) Orang balik selepas bertemu dengannya, akan merasa lega. Dia dapat merungkai masalah orang, dan orang rasa lega. Sahabat bila dengar pesan nabi, dia ingat. Ini yang dia kata jangan banyak bergantung dengan orang. Sahabat nabi bukan minta tolong duit, dia ajuz, dia ambil tongkat dia sendiri. Sedangkan orang yang sihat walafiat hari ini, suka sangat meminta bantuan orang.

Inilah yang perlu di ambil iktibar dan ingatan bahawa apabila Nabi s,a,w, bersumpah, orang yang suka minta tolong dan selalu minta duit orang, dia akan kena fakir, bahkan sentiasa mengharap tolong orang. Bila Nabi s.a.w. berpesan, satu hadith, naka menjadi tugas kita lah memelihara hadith ini.

Allahu a’lam.

Wednesday, February 02, 2011

MENGAMIT LAGI....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tabarakallah... subhanAllah... benarnya janji Allah. Allah lah yang menjanjikan kecukupan dan menambah lagi nikmatnya, menganti pula yang telah diguna untuk jalanNya.. Benarlah Allah. Haramain mengamit lagi. Sentiasa di hati ini, terlekat, terpanggil ke sana. Ya .. Allah sentiasanya engkau memberi peluang kepada hambaMu ini. JanjiMu sangat benar. Berkali-kali engkau mengantikan wang yang keluar untuk memenuhi panggilan untuk menjadi TetamuMu ya Allah.

Berkali juga engkau menunaikan segala yang dihajati. Ya Allah, kekalkan diriku sentiasa bersamaMu ya Allah. Sesungguhnya hidup ini rasa terisi dan terpenuh dan sentiasa ditemani. Engkaulah ya Allah. Melonjak-lonjak rasa dijiwa untuk menjejak kaki di bumi suci lagi. Bumi Haramain yang sentiasa mengamit kerinduan. Bumi yang Allah janjikan dengan timbunan ganjaran yang tidak dapat untuk dihitungkan.

Rindu hati ini ya Allah. Tiada nilai apa yang ada di sini dengan bandingan di sana. Kerahmatan yang sentiasa. Bumi yang tidak akan di masuki dajal yang durjana. Bumi Nabi tercinta Rasulullah s.a. w. yang mulia.

Selagi diri ini diundang oleh Mu ya Allah selagi itu, ku berpeluang untuk ke sana lagi. Panggilah ku berkali-kali ke sana ya Allah. Serasa ku ingin terus menetap di sana. Dengan izin Mu ya Allah ku ingin datang menyahut panggilanmu lagi....


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ
إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ
لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَكَ


"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"


Terima kasih ya Allah..

ALLAH YANG MENCUKUPKAN KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ini ramai yang sanggup melakukan berbagai-bagai kezaliman kepada orang lain kerana sifat rakus dan tamak. Manusia tidak pernah merasa cukup kerana ramai di antaranya yang telah di serang dengan kuman tamak. Namun Allah berkuasa untuk mencukupkan segalanya. Allah juga berkuasa menahan rezeki seseorang. Begitulah.. Allah yang berkuasa mengatur kehidupan kita. Allah jualah yang memberi ketentuan pada diri kita. Allah sahaja. Tuhan kita adalah Tuhan yang sama yang membantu Nabi Ibrahim. Api yang mempunyai sifat panas dan membakar, menjadi sejuk dengan perintah Allah untuk menyatakan Allah yang memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Jadi.. mintalah pada Allah, nescaya Allah akan perkenankan. Itu janji Allah.

Terharu juga mendengar cerita ustaz dalam kuliah Zohor tadi, sewaktu beliau dan beberapa sahabat ke Pakistan untuk membantu saudara islam yang di landa Tsunami sedikit masa dulu, sewaktu pulang, wang sudah tiada di saku. Penerbangan di batalkan atas masalah tertentu. Namun kehadiran seseorang yang entah dari mana datang menyewakan hotel, memberi makan dan membeli tiket pernerbangan pada keesokkannya melalui negeri lain. Hebat pertolongan Allah di saat-saat kesusahan ada jalan keluar. Begitulah.. sebenarnya begitulah, kehendak Allah bagi mereka yang bertaqwa, selalu ingat pada Allah setiap ketika, sentiasa memohon pertolongan Allah, sentiasa menjaga hukum hakam Allah. Saat kesusahan, Allah beri dan datangkan pertolongan dalam berbagai rupa dan bentuk. Sehingga terlupa ustaz dan kawan-kawannya meminta nombor telefon saudara yang memberi pertolongan tersebut.

Begitulah perjalanan hidup kita, kita tidak sempurna. Banyak perkara yang orang lain ada, tiada pada kita. Begitu pula sebaliknya. Kadang-kadang keperluan cukup, kasih sayang pula tiada. Kita ok, anak pula tidak ok. Berbagailah.. Maka bermohonlah kepada Allah memberi kita kecukupan. Kerana bila Allah memberi kecukupan kita akan sentiasa rasa cukup. Bila Allah tidak mahu memberi kecukupan itu yang kita rasa tidak cukup-cukup. Janji Allah itu, ada didunia dan ada juga di akhirat. Allah berfirman

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ آمَنُواْ وَاتَّقَوْاْ لَكَفَّرْنَا عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخَلْنَاهُمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ

Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan. Dalam surah al-Maidah ayat 65

Benar janji Allah, siapa yang bertaqwa pasti ada jalan keluar. Sebesar mana masalah bila ada jalan keluar, masalah jadi kecil. Sebaliknya sekecil-kecil masalah, bila tiada jalan keluar, maka ianya akan menjadi besar. Ustaz mencontohkan daging kecil yang teselit di gigi. Bila ditarik-tarik tak keluar, tak menimbulkan rasa selesa, ditarik-tarik, bukan gusi sahaja sakit, tangan juga sakit. Bila gusi membengkak.. lagi sakit. Maka ianya jadi masalah besar bila terpaksa mencari doktor pula. Disitulah kita dapat melihat, masalah yang besar sekalipun, bila ada jalan keluar, kita akan rasa tenang. Sebaliknya masalah kecil yang tiada jalan keluar sangat memberatkan.

Bila mana seseorang yang suka mencuaikan hak Allah, bila dia menghadapi kesusahan.. maka Allah akan biarkan. Sedangkan bagi orang-orang bertaqwa, bila di timpa kesusahan, maka ada sahaja didatangkan bantuan oleh Allah s.w.t. Allah menjaganya. Ini yang sering kita dengar, dalam al-Quran juga disebutkan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sabar berbeza dengan pasrah. Pasrah lebih menuju kepada putus asa. Pasrah ini, di hari pertama diuji tidak pernah bersabar. Sabar adalah kematangan hati dan pemikiran yang sering mengakui bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini yang membuat dia akan semakin tenang. Dia yakin ada, walaupun masih belum nampak hikmah itu. mungkin dalam sehari dua, mungkin memakan bulan dan tahun. Apa sahaja yang berlaku bukan kebetulan. Ianya dalam pengetahuan dan ketentuan Allah s.w.t. Manalah tahu kata ustaz.. suatu hari kita ditaqdirkan jadi orang besar, sedang kita pernah di uji, diaibkan, ditentang, maka tatkala berlaku disaat itu kita akan menjadi orang yang tenang. Mungkin pernah suatu ketika kita ke tempat yang tidak pernah kita lalui, kita tersesat dan mundar mandir di situ. Suatu hari, kita ada urusan penting, ke suatu tempat, rupanya kita sudah mula teringat itulah tempat yang kita sesat 6 bulan dulu. Begitulah hikmah suatu perkara... mungkin dia akan datang 6 bulan kemudian.

Bila dosa banyak, kadang-kadang Allah beri penyakit yang berpanjangan, maka bila dia sabar, maka ianya menjadi penghapus dosa. Bila saat dia meninggal dia tersenyum. Rupa-rupanya dia nampak syurga yang ditontonkan oleh Allah s.w.t. Allahlah yang maha menyempurna dan mencukupkan. Lebih-lebih lagi kita sebagai manusia sangat mudah mendapat rezeki dari makhluk lain. Nyamuk contohnya, untuk mendapat makanan terpaksa menghadapi risiko mati di tangan kita atau semburan racun. Kadang-kadang tengah makan, di tepuk orang.. mati. Kadang-kadang dah kenyang, diburu hingga ke lubang silling yang terakhir.

Namun manusia jugalah yang mudah rasa tamak. Bila tamak... rezeki Allah tahan. Sedangkan bagi mereka yang bersyukur, Allah akan tambah rezekinya. Apa yang kita pakai hari ini, inilah rezeki kita hari ini. Apa yang kita makan hari ini, inilah rezeki kita hari ini. Ingatlah.. orang yang mulakan dengan tamak maka dia tidak akan merasa cukup. Allah lah yang tunaikan hajat pada apa yang kita kehendaki. Maka banyakkan minta pada Allah. Khususkan permintaan. Doa yang umum adalah baik. Namun yang khusus lagi baik. Bila kita telah memulakan minta dengan Allah, maka barulah kita beralih pada manusia dengan menyatakan hasrat tersebut. Namun kebanyakkan kita hari ini, mencari manusia terlebih dahulu. Seolah manusia itu yang akan menunaikan hajatnya. Sedangkan Allah lah sebenar-benar yang menunaikan hajat seseorang hamba itu.

Sebagai insan yang besyukur atas segala nikmat dan kurniaan Allah, maka yakinlah dengan taqwa kita akan sentiasa bersama Allah. Allah menjanjikan kebaikan yang tersangat banyak bagi mereka-mereka yang bertaqwa. Allah lah yang menyempurnakan segala kehendak dan hajat kita. Dengan kata lain, Allah lah yang mencukupkan kita.

Allahu a'lam.

Tuesday, January 25, 2011

JANGAN SAKITI ORANG TUAMU..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Banyak perkara yang menghalang seseorang untuk ke syurga Allah. Diantaranya di sebutkan... dalam sebuah hadith

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga:
1) orang yang durhaka kepada dua orang tua;
2) laki-laki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarganya;
3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

"Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa saja yang Dia kehendaki, kecuali durhaka kepada dua orang tua, maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum meninggal." (Riwayat Hakim)

Janganlah di sakiti orang tuamu, baik dengan kata-kata, perbuatan dan apa sahaja, kerana ianya boleh mendatangkan kesan dan padah yang buruk pada pelakunya. Allah memperkuat pesannya untuk berbuat baik kepada dua orang tua ini, ketika kedua orang tua tersebut telah mencapai umur lanjut, kekuatannya sudah mulai menurun, mereka sudah mulai sangat memerlukan pertolongan dan menjaga perasaannya mereka yang cepat tersinggung dan terasa.

Dalam hal ini Allah berfirman sebagai berikut:
"Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepadaNya dan berbuat baik kepada dua orang tua, jika salah satu di antara mereka atau keduanya sudah sampai umur tua dan berada dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata 'uff' (kalimat yang tidak menyenangkan hati), dan jangan kamu bentak mereka, tetapikatakanlah kepada mereka berdua kata-kata yang mulia.

Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan karena kasih, dan doakanlah kepada Tuhanmu: Ya Tuhanku! Berilah rahmat mereka itu, sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu aku masih kecil." (al-Isra': 23-24)

Jasa mereka terlalu besar dan tidak dapat ditebus dengan apa sahaja. Maka muliakan mereka, agar Allah sentiasa merahmati kita semua.

Allahu a'lam.

Thursday, January 20, 2011

KEADILAN ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Setiap cubaan dan pengalaman dalam hidup ini, semestinya membuat kita berfikir dan memahami beberapa perkara. Paling tidak kita akan dapat rasakan, apa sahaja yang kita lihat dan perhati kembali kepada kehendak dan keadilan Allah s.w.t. Di situ kita akan nampak sebab musabab apa yang ditentukan oleh Allah tersebut.

Namun untuk menerima satu keadaan dan ujian sememangnya berat pada sesetengah orang. Pada orang-orang tertentu, apabila dihadapkan ujian dan cubaan tersebut, mereka mampu menempuh dengan penuh keredhaan. Itulah keadilan Allah. Hidup kita tetap akan diuji. Namun ujian pada seorang dan seorang yang lain berbeda-beda. Hanya mereka yang mengharap keredhaan dan pertolongan Allah akan dapat merasa nikmat dari ujian tersebut.

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Al-Baqarah:286)

Terlepas ujian, umpama lulus peperiksaan. Semakin susah dan sukar ujian tersebut, jika masih mendapat markah yang cukup cemerlang, akan membuatkan kita rasa sangat gembira dan bahagia. Bahkan penganugerahan juga di terima. Apa lagi bila melepasi ujian yang maha hebat dari yang Maha Kuasa. Ganjarannya, anugerahnya adalah syurga. Ya.. salam, hebatnya anugerah Allah dengan tidak terhingga.

Hati yang bersih dan tulin akan dapat memerhati dan menerima baik ketentuan Allah tersebut. Keadilan Allah akan dapat di lihat. Namun sebaliknya, pada yang tidak redha pada Allah. Umpama bila kita melihat ujian yang teruk di hadapi oleh seorang isteri yang mempunyai suami yang buruk laku, penagih, pemukul, namun wanita tersebut mampu membesarkan anak-anak, bahkan anak-anaknya berjaya dalam kehidupan. Betapa ia boleh menempuh dengan penuh kesabaran. Banyak di dengar kawan-kawan sekeliling mengatakan, ‘kalau aku.. dah lama aku minta cerai’. Betul lah tu… itu kalau kamu.., tidak pada wanita ini. Keadilan Allah, memberi wanita ini dengan sifat kesabaran dan sentiasa bersifat memaafkan, dan murah pula senyuman. Apa di kata, tetap dia senyum. Hebat dan terpukau dengan keadaan wanita tersebut.

Juga seorang ibu, yang mempunyai anak yang sangat menyakitkan dan melukakan hati. Tatkala perginya ibu ini kembali kepada Illahi, anak tadi dijumpai menjadi seorang yang sangat warak dan mendekat diri kepada Allah s.w.t. Setelah kisah silam di kaji, ternyata anak ini adalah anak yang pernah menderhakai orang tua. Namun, apa terjadi kepada anak ini, dia menjadi seorang yang mendekatkan diri kepada Allah. Jika dipandang dengan mata kasar, pastinya anak derhaka akan dibalasi oleh Allah dengan keburukan di dunia. Inilah keadilan Allah, dengan redhanya ibu tadi dengan ujian Allah, amanah yang diberi, tetap di jalani, nasihat agama tetap diberi pada anak ini, namun yang paling besar, sifat redha dan mendoai dan mengampuni anaknya sentiasa di hati. Adilnya engkau ya Allah…, kemungkinan jika anak ini menghadapi ibu yang tidak redha dan memaafi setiap kederhakaannya, pasti buruk padah pada anak ini. Namun, sayangnya Allah pada hamba-hambanya…, orang begini akan ditemu dengan orang begini. Oh Tuhan…. Terlalu pemurahnya engkau untuk melihat umat Nabi Mu.. sentiasa mendapat limpah rahmat yang sangat tinggi.

Ketidak bersihan hati manusia hari ini, sentiasa bersangka buruk dengan apa yang beri Allah. Mereka masih mencari-cari sesuatu yang tidak terletak dalam garis keredhaan Allah. Mereka masih berebut-rebut dalam perkara yang bakal menjanjikan sesuatu yang tidak dapat menyelamatkan mereka di kemudian hari. Sedangkan terbentang luas sesuatu jalan lurus yang Allah janjikan di depan mata.

Ya Allah, selamatkan kami, dari jalan-jalan yang menjuruskan kami ke arah yang engkau murkai ya Allah. Istiqamahkan kami dijalan Mu dengan keredhaanMu yang tidak kunjung putus ya Allah….

Kami ingin menjadi hambamu yang mensyukuri nikmat yang engkau beri….

Friday, January 14, 2011

MUKMIN YANG MENGAGUMKAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bagaimana untuk kita membentuk kepribadian kita sebagai seorang mukmin yang mengagumkan serta dicintai Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana hanya keperibadian yang mulia akan menyebabkan Islam itu terpelihara.

Hari ini, perbuatan segelintir manusia yang tidak mahu mengikat diri dengan ketetapan agama, sangat mendukacita. Betapa ramai yang sanggup meninggalkan sembahyang, berapa ramai yang tidak menutup aurat, berapa ramai yang suka berkerja di pub-pub dan berapa ramai lagi yang menentang habis-habisan untuk menguatkuasakan undang-undang yang tertera di dalam al-Quran dengan pelbagai alasan yang diciptakan.

Rasulullah Saw. menyebutkan ciri-ciri mukmin yang mengagumkan yang harus kita miliki ialah, sebagaimana baginda bersabda: -

"Menakjubkan urusan orang beriman, sesungguhnya semua urusannya baik baginya dan tidak ada yang demikian itu bagi seseorang selain bagi seorang mukmin. Jika ia memperoleh kesenangan ia bersyukur dan itu baik baginya. Jika ia tertimpa kesusahan ia sabar dan itu baik baginya." (HR. Ahmad dan Muslim).

MENCARI REDHA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pertemuan dan perpisahan adalah suatu lumrah dalam kehidupan. Kita tidak dapat lari dari perpisahan tersebut. Samada berpisah hidup atau berpisah mati.

Apa yang menjadi kesan, ialah peninggalan seseorang yang bakal terpisah. Paling tidak jika baik yang ditinggalkan, maka ianya menjadi ingatan manis pada seseorang. Namun, jika kenangan buruk yang ditinggalkan, ianya merupakan satu noktah hitam pada hati seseorang.

Tidak dapat di nafikan, boss yang baik pastinya bila berpisah dengan staf, meninggalkan sekurang-kurang rasa sedih di hati staf nya. Baik, adalah baik pada pandangan agama. Memang akhlaknya baik, pesananan-pesanannya juga baik serta setiap arahannya juga baik dan tidak bercanggah dengan agama.

Maka itulah boss yang baik bagi ana. Memang ada boss yang baik dimata manusia, namun kebaikkannya tidak mencakup baik di sisi Allah s.w.t. diantara perbuatan dan arahan-arahannya yang hantam saja tidak kira dari syarak mulia atau sebaliknya, maka bagi ana, tidaklah baik dinilai mengikut kaca mata ilmu agama.

Semoga mereka-mereka yang menjadi pekerja, juga menjadi boss akhirnya, bersamalah memegang amanah dengan penuh nilai yang diajar oleh agama. Setiap kebaikan yang antum laksana, disana ada redha di sisi yang Maha Kuasa.

Allah tidak pernah menzalimi hambaNya, hamba itu yang menzalimi sendiri dirinya.

Allahu a'lam.