Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, October 23, 2016

SEJENAK FIKIR DAN RENUNGKAN



Lihat di sana ibumu
Wajahnya dan kulit yang kedut seribu
Tubuh susut tulang yang ditemu
Imbas kembali seorang ayah
Mencari nafkah dalam susah payah

Rezeki kecil usaha ditambah
Memanjat pokok2 buah
Rumput rumah orang ditarah
Subuhnya diladang getah
Tengaharinya di sawah..

Kamu di hantar sekolah
Pasti sampai sekolah
Tiada kereta biliknya pun di celah2
Hawa dingin tiada di kisah

Tapi kamu.. hidup nak bermewah
Tersergam rumah kereta berbuah2
Keselesaan yang kamu impi
Jangan pada ibuayah kamu nk menadah
Mana malu dan maruah..

Semudah itu kira halallah..

Allah..... Allah...

Astagfirullah...

Mana hati kalian letak
Itu.. ibuayah ... ibuayah..
Di miliki oleh yang lain2 yg sedarah..

Terluka hati kami tidak kamu kisah
Sayang kami pada ibuayah
Sedikit kami tidak mahu dia disusah
Kenapa tergamak berbuat begitu

Oh ibu... oh ayah..

Bergenang airmata mendengar
apa-apa yang engkau luah...

Lihat tubuh mereka serta wajah
Jangan wang harta sedikitnya kalian nak tadah..

Sejenak fikirkan
Sejenak renungkan
Mana maruah...

Astagfirullah...


Ya Allah.. beri kesihatan yg baik pada setiap bergelar ibuayah

Lapangkan hati fikiran
dan qalbu setiap ibu ayah
Serta rahmati setiap ibuayah

Masih tergiang2 dibenak
Luahan luahan yang dicurah

Ya Allah... tiada ibu mau anaknya susah

Tetapi Ya Allah..
kenapa anak-anak suka beri susah
pada ibuayah..

Disusuli berbagai hujah
Menegak benang yang basah


Hai anak-anak di luar sana
Tidak kira kamu siapa
Jangan sekali kamu ambil kesempatan
Pada orang tua kamu

yang pastinya..
Tidak sanggup mendengar
kesusahan kalian

Mereka susah ..
mereka buat kerja tambahan..
Susah mereka nak cari makanan
Mengisi perut kamu ..

Hai anak-anak sekalian
usaha yang perlu kamu tambahkan
Bukan tangan patut kamu tadahkan

Tapi kamu.. suka bermewahan
Hujah kamu susah untuk menambah kenderaan..
Menambah keselesaan
Menambah kenyamanan
Kemudahan pelbagai yang kamu hitungkan

Kembalilah..kembalilah
Sejenak direnungkan..

Belajarlah erti dan nikmat kesusahan...
Pasti kalian jumpai..

Apa erti keberkatan...


Sejenak .. renungkan...

No comments:

Post a Comment