بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Perintah solat bukan satu perintah yang boleh dipandang ringgan. Solat merupakan tiang agama. Tanpa tiang , rumah akan runtuh. Begitulah agama. Dengan meninggalkan solat, maka meruntuhkan agama seseorang dalam diri setiap individu.
Perintah solat, diambil langsung oleh Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.
Solat merupakan satu perintah yang tidak boleh ditinggal dengan sengaja. Sengaja tinggal terang-terangan dihukumkan kafir. Ini merujuk kepada : -
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan. Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti
sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab." Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya.
Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).
Solat yang benar mengandungi 2 hakikat. Pertamanya hakikat zahir- Bediri di depan Allah. Keduanya, hakikat Batin- persediaan bagi Menghadap Allah.
Solat seseorang tidak sempurna jika tidak menghadap Allah dengan sebenar-benar batang tubuh dan roh. Otak dan pemikiran tidak melewang-lewang bila menghadap Allah. Jika masih lagi demikian, maka tidak lagi sempurna kita berhadapan dengan Allah ketika solat.
Kesucian juga wajib disempurnakan sebelum memulai solat. Kerana ianya adalah syarat sempurna solat. Kesucian perlu dilakukan dan disempurnakan secara menyeluruh. Baik terhadap diri, pakaian dan tempat solat.
Mandi, juga jika disertai niat, ada pahalanya. Jika tidak, hanya mandi sahajalah. Kesucian ini sangat dititik beratkan, kerana ianya anak kunci bagi sembahyang.
Syarat sempurna wuduk juga terbahagi 3. suci dari hasad dengki, suci dari takabbur (sombong) dan suci dari marah.
Bumi ini kepunyaan Allah, sebab itulah kena ada pemerintah yang beriman. Bila orang beriman memerintah,barulah dapat menyempurnakan segala perintah Allah dengan baik dan teratur.
Batang tubuh kita kepunyaan Allah. Justeru itulah kita tidak boleh melakukan sesuka hati dengan tubuh kita. Mati kita, pasti kembali kepada Allah. Maka sangat penting akhlak kita untuk berhadap dengan Allah.
Sesiapa yang suka dan sengaja melewatkan solat, otaknya lemah. Sebab dia tidak ikut perintah Allah, tetapi ikut perintah Nafsu.
Dalam menentukan solat kita diterima oleh Allah, pastikan tiada perkara haram kita makan. Jika kita makan perkara haram, maka Allah tidak menerima solat kita.
Haram asal seperti babi. Haram atas perbuatan manusia, seperti hasil curi, harta saudara kita makan cara yang tidak betul. Walaupun sampai bongkok melaksanakan solat, samping kurus kering melaksanakan puasa, Allah tidak menerima ibadah tersebut selagi ada sisa-sisa haram dalam tubuh badan.
Allah memerintahkan kita, makan benda yang halal lagi baik. Orang yang tidak hiraukan sumber makanan, Allah pun tidak peduli. Allah akan buka 7 pintu neraka. Benci betul Allah dengan benda-benda yang haram. Rasuah, belit, sapu dan corner kesana ke mari, untuk mendapat hasil lumayan, tetap dihukumkan haram.
Jika pakaian pula haram, seluruh anggota jadi haram dan maksiat. Mata hati Allah butakan, menurut seorang ustaz dalam kuliah subuh di masjid.

Haji /Umrah juga, terbahagi 3. Mabrul, maqbul dan mardud. Jika balik tidak lagi merubah diri, maka haji atau umrah itu tertolak disisi Allah s.w.t.
Apa-apa dari perkara haram juga Allah tidak terima. Baik sedekah yang dilakukan. Makanya, untuk mempastikan ibadah-ibadah kita diterima Allah,maka jauhi perkara-perkara haram dan terlibat dengan benda-benda yang haram.
Allah itu baik, Allah suka yang baik-baik sahaja. Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment