بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah, hari ini, bukan sahaja kita mendapati betapa buruknya laku manusia, yang mengakui sebagai hambamu Ya Allah. Namun, mereka sangat buruk dalam mengeluarkan kata-kata dari lidah yang engkau kurniakan buat mereka Ya Allah. Sedangkan segala mahlukmu di langit dan bumi bertasbih kepada mu. Pohon-pohon disekelilingku ini, juga bertasbih kepadaMu...Hatta desiran ombak membadai pantai ini juga sering bertasbih kepadamu. cuma hanya manusia yang tidak mendengar dan tidak mahu mengakui realiti tersebut.
Membuka internet, banyak kata-kata nista yang terpampar, lebih-lebih hari ini laman FB atau apa jua yang boleh mereka ini berkomunikasi. Walaupun ada yang memelihara kata-kata, namun tidak ramai Ya Allah. Mereka senang dan berbangga pula dengan kata-kata yang tidak baik dan sopan, bahkan mencederakan agama, sebagai seorang yang mengaku mukmin.
Hinggakan di pejabat-pejabat, suka sangat mereka yang tidak menjaga kata-katanya mengeluarkan kata-kata yang jijik untuk di dengar Ya Allah. Bukan setakat luaran, dalaman pakaian jua dijadikan gurauan dengan rakan, yang tidak mengira, anak, isteri, suami, bapa, ibu pada insan yang lain. Dimana sifat malu mereka ini Ya Allah...?
Bila menghayati ayat Quran dan hadis, serasa tenang hati ini, semua telah engkau ajarkan Ya Allah, pada mereka-mereka yang mahu mengambil pelajaran dan iktibar.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.
وَمَثلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِن فَوْقِ الأَرْضِ مَا لَهَا مِن قَرَارٍ
Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.
Di dalam hadis juga, banyak diterangkan mengenai perkara tersebut :-
Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.”
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejian itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”
Dalam banyak berkata-kata, ramai yang tidak sunyi juga untuk mengata. Alangkah besar dosa perbuatan ini... Ya Allah..... Wahai saudara mukmin semua, Bersama-sama lah mengambil iktibar, agar kita sebagai hamba Allah yang mengakui beriman, menjauhi terlibat dengan suasana dan perbuatan yang sangat di larang oleh Allah dan Rasul kita yang mempunyai akhlak yang terpuji.
Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment