KULIAH SUBUH DI SURAU AR-RASYIDIN TAMAN GOMBAK 17/4/2010
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah al-I’Imran : 110
Dari ayat di atas, jelaslah kepada kita, tugas kita adalah untuk menegur kesilapan, yakni mencegah kemungkaran dan menyuruh berbuat baik di dalam masyarakat ini. Namun, perasaan ingin menegur kesilapan hari ini sudah tiada. Di dalam sebuah hadis, kita di seru agar mengerjakan tugas ini.
Ia adalah hadis sahih riwayat Imam Muslim. Berikut makna penuh matan hadis berkenaan. Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar
Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
Sekurang-kurang kita ada perasaan benci pada perkara mungkar ini. Inilah selemah-lemah iman. Atau ada tidak perasaan hendak tegur kesalahan tersebut. Kalau ini pun tiada, tidak tahulah nak letak tahap keimanan mana lagi, kata ustaz.

Sekarang ini, kita dengar di sana sini macam-macam gempa, macam-macam bala. tetapi sekiranya kita tidak melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan tidak peliklah Allah turunkan bala.
sebagaimana firman Allah:
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur hancurnya. (Al Israa’: 16)
Aspek akhlak Rasulullah s.a.w. dalam riwayat yang sahih di antaranya :-
i) Rasulullah s.a.w. kalau di rumah baginda sendiri akan menyiapkan keperluannya. Membantu keluarganya dalam melakukan kerja-kerja rumah.
ii) Namun begitu, baginda seorang yang begitu pemalu sekali.
Sifat malu, menandakan iman seseorang, maka apabila seseorang tidak malu melakukan maksiat kepada Allah, bermakna imannya telah dicabut oleh Allah dari diri nya. Ini dijelaskan oleh sebuah hadis :-
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda: ''Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung, bila berkehendak menjatuhkan seseorang maka Allah cabut dari orang itu rasa malunya. Ia hanya akan menerima kesusahan (dari orang banyak yang marah kepadanya). Melalui ungkapan kemarahan itu, hilang pulalah kepercayaan orang kepadanya. "
iii) Baginda Rasulullah s.a.w, apabila hendak makan, akan makan apa yang dibawa kepadanya. Jauh sekali baginda mencaci apa yang dibawa.
iv) Baginda Rasulullah s.a.w. juga suka kepada wangi-wangian.
v) Baginda Rasulullah s.a.w. juga terlebih dahulu memberi salam pada para sahabat.
vi) Baginda Rasulullah s.a.w. juga bercampur dengan orang yang baginda tidak mengenalinya.
v) Baginda Rasulullah s.a.w. juga kurang bercakap.
kita hari ini, terlalu banyak bercakap. bila banyak bercakap, banyaklah mengata, memfitnah dan memburukkan keadaan pada orang lain. Jauhilah dari dzan (sangkaan buruk). ini satu sifat mazmumah yang perlu dihindari. Dilarang sebar fitnah di kalangan manusia.
Semoga Allah memelihara kita, keluarga kita, masyarakat kita dalam negeri yang penuh fitnah hari ini. Semoga kita semua hidup dalam iman dan di mati juga dalam iman. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment