Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, April 18, 2010

MAKHLUK BERAKAL TIDAK WAJAR DISAMAKAN DENGAN KERA













بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Anak-anak Tahfiz ini, gembira dan merasa lucu dengan telatah kera di tepi pantai Taman Gelora, sewaktu ana membawa mereka di tepi pantai.

Kera ini, pun pandai, bila anak-anak ini nak mengambil gambar, bukan main ia bergaya. lantas fikiran ana terkenang waktu dulu-dulu.

Masih teringat, waktu mula-mula masuk tingkatan 1, seorang guru permpuan berbangsa cina, memberi kerja rumah supaya membuat karangan mengenai 'Teori Darwin: manusia berasal dari seekor kera ". Bahwa teori tersebut menyatakan bahwa manusia berevolusi dari seekor kera.

Dalam umur yang demikian, yang masih belum dewasa tiba-tiba jauh dipersada hati ana, terasa sangat marah, geram, namun ana pendamkan. Ana sendiri tidak mengerti kenapa ana rasa begitu. Ana terlalu mentah memikirkan persoalan tersebut. Namun, hati ana berkata-kata, tunggulah.... ana akan jelaskan sekuat kemampuan ana dalam karangan nanti.

Tidak di sangka-sangka, semua pelajar mempunyai hujah masing-masing, ada yang berkata betul, ada yang tidak tahu nak kata apa, dan kebanyakan landai sahaja. Namun, bila semua pelajar sudah mendapat kertas masing-masing, ana tertanya-tanya. Mana karangan ana. apakah, guru berbangsa cina itu, marah. lantaran, membuang kertas karangan ana.

Akhirnya persoalan terjawab, bila guru tersebut, menyatakan dia sangat tertarik dengah hujah ana. Ana mampu menegaskan sebenar-benarnya manusia di ciptakan oleh Allah s.w.t. Manusia pertama adalah Nabi Adam a.s. Ana diberi markah paling tinggi, 9.5 / 10.

Sejak itu, ana yakin, ana boleh meneruskan hujah-hujah ana dalam tulisan untuk memperjelaskan tentang agama Allah, mana-mana ilmu yang telah ana belajar. ana pasti melakukan dengan keizinan Allah. Ilmu perlu di sampaikan. Jika seorang berbangsa cina, boleh menerima hujah-hujah agama dari ana, apatah lagi orang yang sememangnya islam.
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda "Sampaikan dari ku walau satu ayat.."




No comments:

Post a Comment