بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dalam Tazkirah pagi di MARA pada 28/4/2010 Ustaz mengajak kita bersama-sama merenung sejenak sepotong hadis yang memberitahu kepada kita siapakah orang yang bijak. Tazkirah hari ini, ustaz memetik daripada buku Empat Puluh Hadis: Penawar Hati susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi.
Hadis Riwayat Imam at Tirmizi
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah
Dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa orang yang bijak adalah orang yang memperhitungkan dirinya dan sentiasa beramal untuk menghadapi mati. Sedangkan orang yang tidak cerdik adalah orang yang mengikut nafsunya bahkan hanya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah tanpa melakukan amal soleh dalam hidupnya.
Terdapat banyak perbezaan kefahaman orang tentang yang dikatakan cerdik dan bahagia. Perbezaan ini timbul berpandukan garis panduan penilaian fahaman masing-masing. Bagi yang bekefahaman kebendaan bagi mereka bahagia itu mempunyai banyak harta dan wang itu adalah bahagia. Ada yang mengatakan bila dapat menikmati dunia, kelab malam, bersukan itu adalah bahagia. Mereka lupa dan tidak menghitung kehidupan beragama dan pengakhiran kehidupan. Mereka tidak fikir bagaimana menghadapi kehidupan dalam kubur dan tiada perancangan untuknya. Bahkan tiada persediaan untuk berhadapan dengan Allah.
Berlainan dengan kefahaman orang beriman yang mempunyai pendirian sendiri serta mereka beriman dengan Allah s.w.t dan Rasul-rasulNya. Mereka bersedia untuk menghadapi hari pembalasan dan dunia hanya dianggap sebagai jambatan yang akan menyampaikan ke akhirat. Bagi orang beriman dunia bukan tempat untuk bersuka-suka maka mereka memperbanyakkan ibadat dan membuat persiapan menghadapi akhirat. Mereka memperincikan sebarang perkara sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bagi mereka ini, dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan dituai dan dipetik di akhirat nanti.
Bagi orang yang beriman dunia diguna untuk mencari sara hidup melaksanakan tanggungan makan-minum keluarga, rumah seadanya sahaja. Bagi yang beriman makan dan minum yang dicari untuk menjalani hidup bukan hidup untuk makan. Semua perkerjaan yang dilakukan untuk melengkapkan akhiratnya.
Namun bagi mereka yang lalai jauh sekali mengingati mati, seolah hendak merancang hidup 100 tahun lagi. Mereka suka bermain-main dan berseronok hingga lupa dalam melaksanakan pekerjaan juga mereka tidak mengira halal haramnya lagi. Bahkan solat tidak dipeduli apatah lagi ibadat lainnya. Sebaliknya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah. Mereka ini tidak banyak melakukan amal soleh untuk bekalan akhiratnya.
PENGAJARAN HADITH
i) Orang yang beriman menyakini kematian adalah sesuatu yang pasti

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

ii) Kita dituntut mengimbangi keperluan dunia dan akhirat sebagaimana hadith :-
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari".
iii) Orang yang bijak menjadikan dunia sebagai ladang dan jambatan untuk menyampaikan ke akhiratnya. Sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Dunia ini ibarat ladang. Di sinilah tempat kita bercucuk tanam. Hasilnya akan kita tuai di Akhirat.
Bersamalah kita mengambil menafaat apa yang telah disebutkan di atas, orang yang bijak adalah orang yang sentiasa melaksanakan segala pekerjaannya untuk menuai hasilnya di akhirat kelak.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment