Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, April 17, 2010

USTAZ NAJHAN : Golongan Sedikit Di jalan Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
KULIAH MAGHRIB DI SURAU AL-FALAH 16/4/2010

Membicarakan tajuk ini, Ustaz Najhan Abdul Halim, membawa kisah-kisah nabi dalam perjuangan di jalan Allah. Diantaranya :-

Surah al-Baqarah ayat 246-252 mengisahkan cerita kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. bahawasanya Allah telah menunjukkan bahawa yang duduk dengan Nabi-nabi, yang bersama memperjuangkan islam itu tidak ramai. Dari yang tak ramai ni, pula berapa kerat yang benar-benar beriman dan Ikhlas.

Sebagaimana yang dikisahkan oleh surah di atas bagaimana Allah memberitahu kepada Nabi Daud bahawa Allah akan menguji mereka-mereka yang ingin berperang tersebut dengan sebatang sungai. Untuk Allah menguji mana yang benar-benar beriman. Dari tapisan tersebut yang sedikit juga, ada yang gerun.

Hendak ceritanya kata Ustaz, bagaimana Allah saringkan mana yang benar-benar beriman mana yang berdusta. Sesungguhnya golongan yang sanggup berada di jalan Allah ini sangat sedikit yang istiqamah.

Persoalannya, bagaimana kita hendak menguatkan istiqamah kita?. Dalam hal ini, di nampakkan barang siapa yang dapat menahan lapar, itu satu amalan yang cukup baik. Yakni puasa. Maka latihlah diri kita dengan berpuasa untuk sampai ke tahap ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu perisai, maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" Aku berpuasa".Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.(Allah berfirman)"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan,minum serta syahwatnya keranaKu,dan aku yang akan memberi ganjarannya".dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh..
Jadi ‘puasa itu perisai’. Tarbiyah yang cukup besar maknanya.

Keadaan yang menolong agama Allah juga di jelaskan Dalam Surah di bawah.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. Surah al-Saff :14


Dimana Nabi Isa, menyeru siapa yang ingin menjadi pembantu agama Allah. Nabi Isa Tanya Umatnya. Hanya lingkungan 12 orang sahaja yang sanggup dari golongan Hawariyuun. Mereka ini jugalah yang percaya Nabi Isa tidak di salib.

Setiap Nabi itu, melalui kesusahan dalam menjalankan dakwah dan menyeru umat ke jalan Allah. Mudah-mudahan kita termasuk golongan sedikit. Di mana golongan yang di pilih oleh Allah menyumbang untuk islam, baik berupa harta, tenaga, idea dan sebagainya. Sedikit sekali orang yang ada kesedaran untuk mengubah masyarakat. Dari masyarakat yang gelap kepada yang bercahaya, dari yang jahil kepada yang berilmu dan dari masyarakat yang maksiat kepada yang taat.

Mereka yang mampu melakukan ini, adalah mereka yang menyambung tugas perjuangan Nabi s.a.w. Medan dakwah seperti rantai yang sentiasa bersambung-sambung. Sesiapa yang duduk di dalamnya, ada keberkatan kerana ianya adalah jalan yang dilalui oleh nabi-nabi dan rasul-rasul. Dari segi method, cara, dan targetnya adalah sama. Jalan yang mempunyai pahala yang besar di sisi Allah s.w.t.

Disebut dalam firman Allah, satu perniagaan yang tidak akan rugi-rugi. Sebagaimana firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? surah as-saff :10
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Surah as-Saff : 11

Maknanya, Setiap harta. Masa dan sebagainya yang digunakan di jalan Allah, ada ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. sekiranya kamu mengetahui. Sebagaimana yang di sebut di dalam ayat di atas. Menyambung perjuangan nabi dan rasul. Bukan sahaja ganjaran akhirat kita dapat. Habuan dunia juga Allah kurniakan. Bagi yang mendapat pertolongan Allah dia akan Nampak pertolongan Allah itu sangat dekat. Bantuan Allah itu dia Nampak.

Walaupun seluruh penduduk Taif menolak Nabi s.a.w. Datang seorang lelaki yang ingin beriman kepada Allah. Datang lagi segolongan Jin yang ingin beriman kepada Allah. Tiada kerugian di jalan Dakwah. Walaupun jalan ini, orang tolak, orang hina, Allah akan bantu kita. Kemenangan sangat hampir di sisi Allah s.w.t.

Kemenangan dunia, mendapat pertolongan Allah. Kemenangan Akhirat, Allah nak ampunkan dosa-dosa kita. Akuilah..... Dosa kita banyak, samada kita sedar atau tidak, ketahui atau tidak di ketahui. Maka bila kita buat kerja-kerja dakwah, Allah beri keampunan kepada kita. Dan lagi ganjaran yang hebat, Allah nak masukkan kita di dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan kekal di dalamnya.

Maka sumbangkan apa termampu oleh kita, samada wang, tenaga, idea, berdakwah, ilmu, apa sahaja yang boleh disumbangkan. Seru ustaz di dalam kuliahnya..

Kesimpulannya... sebagimana yang telah diterangkan di atas tadi, itulah punca kenapa sedikit golongan yang mengikut jalan dakwah ini, kerana tiada kesedaran. Kerana itulah hari ini, maksiat masuk dalam rumah kita.

Sebab kedua, sedikit golongan yang mengikut jalan ini, kerana sedikitnya yang benar-benar yakin dan yang mengharap janji Allah. Matlamat membuat kerja-kerja dakwah juga lain, bukan kerana Allah. Bahkan tidak ikhlas berada di jalan ini. Amanah yang dipikul jadi goyah bila Nampak habuan dunia di depan mata.

Seterusnya para ilmuan atau ulama’ yang betul-betul mempertahankan agama Allah juga adalah sedikit. Dengan sebab ini, lah.. maka layaklah Allah menurunkan bala nya. Seperti yang kita dengar disana- sini. Tidak mustahil Allah turunkan kepada kita. Nauzubillah.

Al Isra’ Ayat 16) Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Maka kuatkan istiqamah kita di jalan Allah. Kuatkan amalan sunat kita, kerana habuan dunia kita boleh tolak dengan kekuatan rohani kita, seru ustaz. Menjadikan kisah-kisah umat terdahulu sebagai motivasi, yang diuji lebih dahsyat dari kita. Sehingga sahabat bertanya rasulullah s.a.w . Adakah pertolongan Allah itu dekat?

Percayalah pertolongan Allah itu dekat dan macam-macam bentuk. Pokoknya kita ikhlas. Maka kita akan Nampak pertolongan Allah. Amal solih yang kita buat tidak sia-sia. Namun orang-orang ikhlas, ini, apabila ilmunya tidak di ambil oleh manusia, maka Allah akan matikan mereka.

Dalam kitab hadits shahihain dari shahabat Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu dia berkata bahwa Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu (dari manusia) secara langsung, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Sehingga ketika Allah tidak menyisakan seorang ‘alimpun, orang-orang mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh, lalu orang-orang bertanya kepada mereka, lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan." (HR. Bukhari, no. 100)

Maknanya, Allah tarik ilmu dengan meninggalkan yang jahil-jahil bila manusia tidak lagi mahu mendengarkannya. Bila agama Allah itu ditolak. Ilmu orang-orang yang iklas ini orang tidak terima. Allah beri habuan kepada mereka orang tidak mahu, tetapi Allah mahu. Dan Allah akan memberi habuan kepada ulama’ ini dengan syurganya.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak itu adalah dari kelemahan diri ana sendiri, sebagai pengolah dari kuliah-kuliah yang didengari.
Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment