TAFSIR SURAH YA-SIN (AYAT 51-60)
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ
Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Surah Ya-sin:51
Dalam membicara ayat ini dalam satu Tazkirah pagi di MARA pada 23/4/2010 menjelaskan kepada kita inilah janji Allah yang disampaikan melalui Rasul kita. Bahawa manusia akan dihimpun kembali untuk mendapat pembalasan dari Allah atas segala perilaku mereka di dunia ini. Baik akan di balas baik begitulah sebaliknya.
Tidak siapa yang akan diiniayai. Mana-mana yang dijanjikan syurga oleh Allah akan mendapat kelazatan dan kebahagiaan sebagaimana yang telah banyak di nyatakan oleh Allah dalam ayat-ayatnya.
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Surah Muhammad: 15)Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.
Namun bagi mereka yang kafir dan maksiat kepada Allah mereka adalah orang-orang yang berdosa. Allah menempelak mereka, kerana telah diberi ingatan pada mereka jangan mengikut langkah-langkah syaitan.
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",
Surah Ya-sin:60
Telah banyak diberitahu kepada kita, bahawa syaitan itu asalnya telah menghasut Nabi Adam dan Hawa seterusnya ia akan menghasut manusia hinggalah ke hari kiamat.
Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil". [Surah Al-Israa (17): 62]
Hari ini, ramai yang melakukan maksiat, meninggalkan solat. Ramai yang lupa bahawa syaitan tidak akan dapat menganggu orang yang benar-benar bertaqwa. Itulah janji Allah. Tetapi kebanyakkan kita tidak memilih jalan taqwa.
Hinggakan di ajarkan kita berlindung dengan syaitan walaupun masuk ke tandas.
Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan “Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina. al-Bukhari Muslim
Sayugialah kita selalu berdoa kepada Allah. Terlalu banyak rezeki yang telah kita kecapi, namun kebanyakkan manusia sombong kepada Allah dan suka membesar diri.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". Surah al-Mu'min:60
Maka perbanyakkanlah mengingati Allah dengan solat dan membaca al-Quran, serta membuat amalan-amalan yang baik. Sebagaimana yang telah dinyatakan, balasan baik adalah syurga yang penuh kenikmatan. Sebaliknya bagi yang ingkar, neraka jahanamlah tempat yang selayaknya bagi orang-orang yang demikian. Nauzubillah.
Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu dari diri ana sendiri.
Allahu a'lam.
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment