بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
PETIKAN KULIAH ZOHOR 15/4/2010 DI SURAU MARA
DUNIA DAN ISINYA
Dalam menyatakan perkara-perkara yang menghalang ibadat, ustaz menyambung lagi kuliah yang lepas dalam bab ‘AWAIQ’ yakni godaan atau rintangan dalam mengerjakan ibadat.
Bagaimana caranya kita hendak mendampingkan diri dengan Allah dengan halangan yang disebut sebelum ini. Dalam membincangkan masalah ‘AWAIQ’ yang menghalang kita sampai kepada Allah s.w.t. caranya ialah perlu ada keinginan yang kuat dan makrifat pada Allah taala.
Kita tinggalkan dulu masalah pahala, kita capai keinginan yang kuat untuk beribadat kepada Allah taala. Bila orang berdamping dengan dunia, dunia yang sia-sia, dia tidak akan Nampak perkara lain yang lebih hebat, tapi bila kita berdamping dengan Allah kita rasa dunia ini, suatu yang memang kita hendak lepaskan. Namun jika kita tersangkut dengan dunia. Kita rasa hebatnya perkara dunia.
Orang yang sampai makam kepada Allah, dia rasa Allah itu hebat. Orang yang terpedaya dengan dunia, dia rasa dunia semata-mata untuk kemewahan hidup. Para Sahabat guna harta untuk jalan akhirat.

Namun Ahli dunia kata, saya usaha, saya punya hal. Ramai lagi orang lain berusaha.. Bila kita berkeinginan kuat berdamping dengan Allah. Barulah kelazatan sebenar itu ada dan dapat dirasakan. Kena ada rasa, keinginan yang kuat, baru timbul rasa lazat.
Persoalannya, Lazat tu apa..? Apa yang dimaksudkan lazat tu. Kita nak rasa lazat ibadat tu macam mana. Kemanisan beribadat pada Allah, tiada teori yang lain. yang ni.. kata ustaz, Allah yang angkat seseorang itu. Allah yang pilih orang itu.
Hasil pembacaan ustaz, kunci kelazatan ibadat ni, tiada lain. ..kuncinya bangun tengah malam. mengorbankan tidur. Malamnya digunakan untuk beribadat kepada Allah taala. Siapa yang tidak boleh buka pintu ini, dia hanya berangan-angan untuk mendapat lazat dalam ibadat. Bangunlah... seru ustaz, walau solat 2 rakaat. Tetapi ..
Makin panjang masa yang dikorbankan atas niat ‘lillahi taala’ untuk berdamping dengan Allah lebih-lebih waktu orang lain sedang nyenyaknya tidur, maka inilah cara mempercepatkan proses berdamping dengan Allah taala. Tapi syaratnya kena ada ikhlas. Walaupun keikhlasan ini payah untuk diukur.
Keinginan yang kuat perlu ada. Orang yang target untung sejuta, pasti dia kerja untuk untung sejuta. Begitulah ibadat.. patut lebih lagi, kerana ianya bersangkutan dengan redha Allah. Maka keinginan dan fokus perlu ada. Suka tak suka kita akan mati. Kena berdamping dengan Allah. Kalau tidak syaitan yang akan sambar kita.
Barang siapa berkehendakkan akhirat dan usaha akan dia akan usahanya bahawasanya di isyaratkan akan dia, ia perlu ada keinginan. Semua kita wajib jawab, hidup kita, hanya untuk mencari redha Allah s.w.t. satu matlamat sahaja kita nak redha Allah.

Kalau kita hanya fikir untuk hitung pahala, pahala yang ada tak akan cukup untuk masuk syurga. Tetapi dari jalan pahala itu menyebabkan sampai amal kita mendapat redha Allah. Maknanya suka tak suka kena buat baik. Bila buat baik adalah pahala di sisi Allah. Benda yang tidak perlu dirisaukan . Sebab itu adalah urusan Allah s.w.t. kita hanya perlu ambik fokus yang paling tinggi, mengharapkan redha Allah.
مَّن كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاء لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَّدْحُوراً

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
surah al-israa' : 18
وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً
Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.
surah al-israa' : 19
Semua orang perlu ada cita-cita akhirat. Satu pembohonganlah jika di katakan dunia akhirat dalam masa yang sama kena 'balance'. Buat dunia, akan tinggal akhirat. Jadikan semua perkara akhirat. Semua perkara patut di katakan kena akhirat. Menurut Istilah tasawuf, dunia itu perkara yang lalai. Contoh sahabat masuk ke dalam masjid kaki kiri. Orang dengar suara ‘ hei.. bapa anjing. . tak berdosa , tapi termasuk dalam sesuatu yang lalai. Satu langkah berapa saat kita ambik. cuba bayangkan kelalaian tersebut .
Rugi pada benda yang sia-sia, kita hidup atas masa. Sampai saat terakhir kita akan mati. Tidak berganjak sesaat kebelakang atau terdahulu ke depan. Bila istilah tasawuf, kita kena faham betul-betul. Bila sebut dunia, itu maknanya perkara haram, dan perkara yang melalaikan.
Makan minum yang kita lakukan, Allah proses, ada yang jadi darah, ada yang ke tulang, dan Allah aturkan ada yang hampas, jadi najis. Allah letakkan di satu tempat, Allah beri isyarat dengan sakit perut. Namun bila keluar tandas tidak baca doa. Kufur nikmat namanya. Kalau kita nak proses sendiri macam mana..? tak akan terbuat. Orang ahli tasawuf, perkara ini di ambil berat. Bila kita berjinak dalam tasawuf, menghampir diri dengan Allah, melakukan perkara sunat, sebagai tanda kita ibadat pada Allah. Sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah.
Semua pekerjaan kena dengan niat. Tak ada niat jadi lag'ha. Solat tak niat tak diterima. Walau baca surah berjela. Dalam mencari nafkah, Niatlah membantu dan mencari nafkah keluarga. Dapat pahala. Dengan niat sahaja, perolehi pahala yang tak sempat di kira. tetapi....Tanpa niat semua tak di terima.
Jadi kena faham istilah dunia, dalam ilmu tasawuf, dunia segala perkara yang haram dan melalaikan, ianya tak jadi ibadat. Nak buka kitab, ada doa buka kitab. Sekurang-kurang baca
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . Namun, kita jarang sangat berbuat begitu... buat buat sahaja tanpa terasa.
Paling tidak, baca basmalah dalam memulakan perkara-perkara yang baik. Akhirkan segala-galanya dengan doa. Pada zahirnya nampak dunia, tapi ianya akan jadi akhirat bila jauh dari pelanggaran hukum. Nak pergi ke akhirat kena jadikan ia satu cita-cita, meninggalkan dan menceraikan dunia. Dalam satu masa tak boleh pilih dua-dua. Dunia itu kita pilih, mencari nahas. Menurut istilah tasawuf.
Jogging di tengah laman yang penuh dengan yang tak tutup aurat contohnya. Tidak selayaknya kita berada ditempat tersebut. Penuh dengan maksiat mata. Tinggalkan. Cari tempat yang sesuai . tempat jauh dari orang. Tapi itulah teorinya.

Betullah ... walau pun ada yang kata, dah kerajaan buat tempat... Tugas kerajaan sedia tempat untuk kesihatan. Tapi tugas ilmu kita, menilai..... Adat jogging untuk bagi sihat. itu adat je.., Allah boleh bagi sakit. Tapi penyakit hati itu bagaimana. Penyakit hati lebih berat dari penyakit jasmani tu. Penyakit hati hanya boleh dirawat oleh ‘mursyid’. Macam doktor pakar, letak alat periksa, dia dah tahu ubat apa nak bagi. Kita bukan doktor, satu badan letak tak tahu nak letak mana dan tak tahu ubat apa nak bagi.
Sahabat pernah bertanya, pada rasulullah, agar memberi satu amalan yang boleh dia masuk syurga. Rasulullah s.a.w. kata zikir (لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله) nabi tahu penyakit hati sahabat ni. Keyakinan dia pada Allah, goyang-goyang. Bila ada nikmat dia kata Allah sayang dia, bila kena bala’ dia kata Allah zalim dia.

Sahabat lain Tanya perkara sama, rasulullah kata, banyakkan sedekah. Umpama Solat malam bagus, tapi bersedekah, mengeletar. Itu penyakit hati dia.
Yang lain bertanya, Rasulullah suruh baikan hubungan dengan ibu bapa. Sebab sahabat ni, yang lain bagus, tapi hubungan dengan ibubapa bermasalah.
itulah kelebihan Rasulullah s.a.w. , soalan sama, jawab berbeza. bergantung kepada keadaan sebenar seseorang itu. Itulah cara penyakit-penyakit untuk di rawat. Ramai yang ada penyakit hati ini.
Penyakit hati seperti dengki, riya’ ada amalan nak bagi tahu orang. maka Doa lah supaya ada guru yang boleh tunjukkan kita. Jibril, guru rasulullah s.a.w. Bagi orang macam kita, Wajib ada guru. jika tidak... , maka Jadilah orang yang hanya perasan hebat.

Meninggalkan menuntut dunia dan barang yang dihimpun. Maknanya mana-mana yang bukan hak dia, atau dia tak kaya, dia tidak berlagak seperti orang kaya sampai membuat dosa. Tak ada duit bawah meja. Haram-haram di tinggalkannya. Ambil peruntukan yang jelas pada kita. Menceraikan barang yang luput. Tanggung jawab dan apa yang ada akan ditanya kan oleh Allah sw.t.
Mencantikkan zahir, kadang kala jadi tabaruj. Dosa pula . Tumpukan pada pembersihan dalaman. Semua zahir terdedah pada syaitan dan nafsu. Banyakkan selawat ke atas nabi kita.

Soalnya, Berapa kali kita selawat pada rasulullah s.a.w. Seorang mulia yang menanggung kesakitan sakaratul maut seluruh umatnya. Kalau beginilah sakitnya sakaratul maut seorang nabi yang mulia, yang paling lembut pun sakit, bahkan baginda sanggup tanggung semua kesakitan itu. Sebagai yang mengatakan cintakan Rasulullah, Berapa kali kita selawat kepada nabi kita? Kalau tak solat, tak selawat lah kebanyakkan kita. Kalau selawat pun tiada kesungguhan bahkan main-main, bunyi tak tentu hala.
Hadiahkan pahala belajar pada rasulullah, sahabat, muslimin muslimat, keluarga. Sampai tak sampai itu kerja malaikat. Nak bagi jelas, hati kita ini, berbolak balik. Keingginan perlu kuat untuk mencapai makrifat pada Allah dan untuk berdamping pada Allah.
Kalau ada target untuk mendamping diri pada Allah, kena buat solat malam. Beli jam loceng besar. Atau siap-siap sebelum tidur untuk bangun malam.

Perkara yang bukan hak kita, maka tinggalkanlah. Kalau PPRT, rumah untuk orang miskin. Jangan pandai-pandai kita minta.
Apapun utamakan fisabillillah. Menceraikan apa yang ada pada kita. Bawa kepada akhirat, semua perkara, baru diberi taufik pada kita. Dan fokus keinginan kena jelas, untuk itu mencari redha Allah perlu di utama. Bila kita dah ada keinginan, kita ada sifat menyerah bulat-bulat pada Allah. Kadang-kadang, kita buat ibadah banyak, tapi tak rasa lazat lagi.
Bila kita bertaubat, lafaz astaqfirullah. lapis pertama, ya Allah ampunkan aku lapis kedua, ya Allah jadikan aku kekasih engkau. Buat aje, bila Allah nak bagi, bila masanya, itu hak Allah. Ada orang bandingkan dengan orang kafir. Dia kata dia buat ibadat pun tak dapat jugak. Ada ker banding dengan orang kafir. Allah amat pemberi dan pemurah.
Buang yang kita gengam, yang membinasakan. Ukur harta, untuk menjelaskan, sebab semua orang faham dan boleh Nampak. Bila kita orang kaya, banyakkan bersedekah. Bila kita miskin jangan banding dengan orang kaya hingga datang kedengkian kita. Sebab berbuat sesuatu kena fikir keperluan. Jika ambik bukan keperluan akan mendatangkan azab. Beli juga, perlu mengikut keperluan.
Bila kita ditakdirkan kerja di tempat itu, kena jaga hukum dan hubungan dengan Allah. Ada orang pegang istilah, ‘niaga kalau tak nipu tak boleh lah’ ada ker ini yang dipegangnya. Kalau gitu, tak payah niagalah. Bukan makan ikan jerung. Makan ikan bilis, ikan kembung jugak . pergi pasar orang kaya pilih ikan sama juga. Allah tidak larang cari harta, tapi jangan cari perkara haram. kata ustaz.
Akhir zaman ini orang –orang yang kuat aje boleh pertahankan akidah. Matlamat kita perlu jelas. Cara kita bermuamalat kadang-kadang menyebabkan kebinasaan. Syafaat nabi, untuk mendapatkannya dengan redha Allah. Kalau Allah tidak redha macam mana. Islam tidak menghalang berniaga, tetapi jangan terlibat dengan yang haram.
Ulama kata dunia adalah bangkai, penuh dengan maksiat. Orang lelaki dan perempuan kena jaga melihat satu sama lain. Kalau lihat dengan bernafsu, di larang. Kalau ada nafsu , binasa. Yang boleh tengok, mak, isteri anak. Kecuali keperluan syariat, bermuamalat. Tapi kena jaga nafsu. Jaga mata. Jangan tengok drama. Banyak yang merangsang syahwat. Tengok tom and jerry je kata ustaz. Melawak.
Bunuh anak orang, bayi, menjadi isu hangat sekarang. takut kita tengok hari ini. Umur kita tak berapa lama. Banyakkan berdamping dengan Allah. Tinggalkan bola. Yang dulu tu, sudah-sudahlah. Beberapa hari lagi kita akan menghadap Allah. Nak tinggal perlu ada keinginan yang jelas. Cara senangnya dengan berjemaah. Berkawan dengan orang –orang yang solih. Dunia banyak fitnah, segera binasanya. Hati. Makin hari, makin kurang,kurang ibadat. Dulu masa keja boleh dengar kuliah. Bila pencen, sembahyang dah lewat. Kelam kabut.
Kata-kata ulama, bila kita berkerja pastikan awal-awal, solat ok tak..., tuntut ilmu dapat tak , baca quran ok.. boleh lagi buat perkara-perkara sunat, maka , jangan tukar kerja. Tahan jer karenah di situ. Ada orang bila tukar kerja je, semua yang boleh buat ini dah tak boleh buat dah. Hingga nak solat jumaat pun susah. Yang utama nak cari Allah. Dunia ni, sekejap je. jadi kena bijak merancang masa dan usaha.
Menurut ustaz, Gurunya, ustaz Abdullah. Masa hidupnya Pukul 3 pagi dah bangun. Khatam ibadatnya, waktu dhuha.

Ada sahabat tu, Lepas VSS, katanya nak beramal. Tapi dia bekerja balik. Hingga amalan yang biasa dibuat tidak lagi dapat dibuatnya. Jadi dia Pergi sebab nafsu. Disibukkan dengan dunia balik. Ustaz sendiri, dapat izin dari guru dia , baru mengajar bila disuruh oleh gurunya supaya ustaz mengajar. Pergi mengajar setelah di izin oleh guru. Nak beritahu fungsi mursyid tadi.
Umpama, Kalau orang kuat company, dia tahu rahsia-rahsia. Gitu lah yang hampir dengan Allah. Nasihat ustaz, Cari guru mursyid, jangan cari guru muzik.
Apa yang baik itu daripada Allah s.w.t. yang tidak itu adalah kelemahan pengolahan saya sendiri.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment