بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Berada di Bumi Makkah suatu nikmat yang tidak dapat diolah dengan kata-kata. Kesempatan menziarahi perkuburan para syuhada di Bukit Uhud, mengingatkan betapa perjuangan rasulallah s.a.w dengan para sahabat dalam mempertahankan Islam yang suci dan mulia.
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup , tetapi kamu tidak menyadarinya."
Surah al-Baqarah :154
Hari ini, bila melihat betapa ramai yang mengingkari jalan hidup islam, ianya sangat menyedihkan. Bagaimana dapat kita mengaku umat Nabi yang mulia, sedang tatkala solat Jumaat sedang berlansung, tidak malu dan segan, kaum lelaki, ada yang berbaring di tepi pantai, ada yang bergurau2 dengan keluarga, ada yang menunggang motosikal dan basikal, makan-makan di restoran. Inikah insan-insanya yang akan memperjuangkan agama Allah hingga tertegaknya Daulah Islamiyah..?
Mereka ini hidup, tetapi bagai orang yang sudah mati. Mati dalam mengenal dan mengamalkan Islam yang suci. Mengingat kembali perkuburan para syuhada yang dilawati tempoh hari, menitis air mata melihat gelagat manusia hari ini. Sangat-sangat mencederakan agama yang suci. Nak di katakan jahil, dimana-mana sahaja hari ini, ilmu sangat mudah didapati.
Sedangkan berada di jalan Islam, menuntut ilmu islam, Allah menjamin rezeki baginya. JAHIL tidak boleh dijadikan alasan. Dalam membicarakan perkara tersebut juga , Ustaz Najhan Abd Halim pada kuliah subuhnya di Masjid Saidina Ali pada 3/3/2010 juga menyentuh pandangan Imam Ghazali.
Imam Ghazali telah membahagikan manusia yang rosak kepada empat tingkat dalam usaha menghadapi pembaikan budi pekerti mereka iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Manusia yang lalai dan bodoh (ghuful ) yang tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, antara yang indah dengan yang buruk. Golongan ini menurut beliau adalah golongan yang mudah diperbaiki. Mereka hanya memerlukan seorang guru yang dapat memberikan tunjuk ajar dan juga menyedarkan mereka untuk mengikuti kembali ajaran yang baik.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ
“Katakan (wahai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)
قُلْ هَلْ يَسْتَوِى الَّذِيْنَ يَعْلَمُوْنَ وَالَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ
“Katakan (wahai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam) apakah sama antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.” (Az-Zumar: 9)
Kedua : Manusia yang tahu tentang keburukan sesuatu perkara namun mereka belum mempunyai kesanggupan untuk mengerjakan sesuatu kebaikan bahkan perbuatan jahat terus menarik dirinya sehingga mereka buta dalam mengikuti keinginan hawa nafsu dan mereka melupakan fikiran yang benar.
Mendidik orang macam ini lebih susah daripada mendidik golongan pertama tadi kerana dasar yang mendorong dia berbuat kejahatan tidak hanya satu tetapi dua.
Pembaikan harus dilakukan dengan dua usaha iaitu yang pertamanya menghilangkan daripada dirinya kebiasaan yang tidak baik sehingga ke akar umbi. Keduanya membiasakan dia melakukan pekerjaan yang baik dan berfaedah.
Ketiga : Manusia yang mempunyai keyakinan bahawa yang jahat itu baik dan indah baginya.
Golongan ini sukar diperbaiki di mana jika dapat melakukan sesuatu yang dapat mengubah keyakinannya semula adalah jarang dan sedikit disebabkan kejahatannya sudah bertambah.
Keempat : Manusia yang tidak sahaja mempunyai keyakinan yang rosak dan biasa terdidik dengan kelakuan jahat tetapi cara berfikirnya telah lebih meningkat daripada itu dengan menganggap suatu keutamaan mengerjakan pekerjaan yang jahat dan maksiat yang dapat merosakkan dirinya sedangkan dia terus berpendapat bahawa perbuatannya itu dapat mengangkat dan menyelamatkan dirinya.
Golongan ini amat sukar dihadapi sebagaimana pepatah mengatakan : ” Adalah suatu siksaan bagi mereka yang ingin mendidik seekor serigala berlaku sopan- santun dan yang ingin bersusah payah mahu mencuci pinggan hitam supaya putih”.
Imam Ghazali menamakan golongan pertama orang yang jahil, golongan kedua orang yang jahil dan sesat, golongan ketiga orang yang jahil, sesat dan fasik dan golongan keempat orang yang jahil, sesat dan penggemar kejahatan .
Kisah Nabi Musa mengingatkan kepada kita 'konsep menuntut ilmu'. Bagaimana adap-adap menuntut ilmu. 'adabun alim wal mutaalim'.
jika kita bersedia, pelajari serba sedikit adap tersebut ;- di antaranya
- Mengaku rendah diri dan kurang ilmu
- Mencari ilmu, pergi belajar - ilmu itu didatangi, bukan mendatangi
- Minta izin ikut mana pun guru nak pergi, konsep untuk pergi ke ilmu
- Sabar- banyak rintangan yang memerlukan sabar.
Yakinlah, orang yang menuntut ilmu, dijamin rezeki oleh Allah.
Sabda Rasulullah:"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah akan melorongkan baginya jalan menuju ke syurga.
"Sabdanya lagi:"Sesungguhnya para Malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya,kerana redha dengan apa yang dibuatnya."
Sabdanya lagi:"Sesungguhnya Allah menjamin rezeki penuntut ilmu."
Menurut Ustaz lagi, alasan jahil tidak melepaskan seseorang. Orang jahil tidak boleh diuzurkan apa yang wajib dan yang difardukan.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment