Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Monday, April 26, 2010

USTAZ SYARHAN : 6 Penyakit Umat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
KULIAH ZOHOR DI MARA 26/4/2010

Sebagai Muqaddimah ceramahnya Ustaz Syarhan Abdul Halim Memulai dengan membaca Surah Maidah ayat 3 serta mengucapkan kalimah-kalimah yang indah dan sangat menyentuh hati sanubari kita sebagai yang mengaku mukmin. Ustaz menyapa hati kita dengan mengajak kita pertama dan selamanya marilah kita merafakkan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada Allah s.w.t kerana alhamdulillah di atas taufik dan hidayah dariNya dapat sama-sama kita menjalani kehidupan diatas muka bumi Allah s.w.t ini dengan kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dan kita bersyukur kepada Allah s.w.t alhamdulillah hingga ke saat ini Allah s.w.t masih lagi memberikan hidayah kepada kita, kita berdoa mudah-mudahan hidayah Allah s.w.t itu akan berkekalan kepada kita InsyaAllah.

Alhamdulillah dan InsyaAllah pada tengahari ini ustaz dapat berkongsi dengan kita semua mengenai sebuah hadis yang berbunyi :-

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
(رواه الحاكم)
Maksud:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”.
( Hadith riwayat al-Hakim )

Menyebut soal penyakit ini kata ustaz selalu kita dengar 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Ni nabi tunjuk kat kita 6 serangkai. umat dulu dah terkena. Ni datang pula mengenai umat nabi. Memang tiada siapa yang mahu kena penyakit, kata ustaz. tiada siapa yang suka. jaranglah kita jumpa yang suka sakit, melainkan makam dia tinggi sungguh lah.. celah ustaz.

Daripada hidung selsema, kena selsema, apalagi senyum sikit turun...,senyum sikit turun... Siksa.. rasanya. Untuk mengelak penyakit, punya banyak ubat disimpan dirumah . Makjun tu usah kiralah banyaknya. Sekarang ni Nabi nak kata ada 6 penyakit yang jauh lebih dahsyat dari penyakit yang kita tengok dan dengar hari ini. Doktor pun tak dapat ubat penyakit ini.

Penyakit yang Nabi sebut yang melanda umat Nabi dan pernah melanda umat terdahulu sehingga Allah turun bala pada umat dulu, hingga Allah datangkan bermacam-macam bentuk musibah kepada mereka, disebabkan mereka tak mengira penyakit ni. Apa dia penyakit itu..?

Pertama :- اَلْأَشَر

terlalu banyak berseronok:

Oh.. penyakit rupanya.. terlalu banyak seronok. Bukan saya reka-reka ni, kata ustaz, ini nabi yang sebut, Lantas ustaz membawa satu kisah zaman itu:-

Zaman nabi seorang budak suka ikut nabi, apa yang nabi cakap dia tulis. murid yang setia. puak-puak kafir perasan dan jumpa budak ni, maka dia tegur budak itu 'apa yang kamu tulis, katanya apakah betul yang kamu tulis, kadang-kadang Muhammad suka, marah dan sebagainya. Atas dasar budak, maka dia pun rasa kelam kabut, berhenti tulis. Sehingga dia jumpa nabi dan bertanya, ya.. rasulullah..aku ni dulu rajin tulis, sekarang ni tak tulis, sebab orang tu tegur aku.

Nabi bersabda : tidak akan keluar dari mulut aku (sambil menunjukkan mulutnya) melainkan perkara benar.

Umat dulu, Allah hancur dan binasakan mereka kerana hidup mereka terlalu banyak seronok. Sama lah Umat kita hari ini. Ustaz menceritakan bagaimana baru-baru ni dalam satu forum, hasil forum dapat dibuat kesimpulan, yang melihat siaran agama di Oasis statistiknya negeri yang tertinggi, secara turutan, Selangor, kelantan, terengganu, kedah, perak, wilayah... terakhir sekali melaka. Yang tengok hiburan paling tinggi Sabah. Hiburan dah jadi suatu yang tak boleh dielak dalam masyarakat. Ini disebut oleh Nabi. bukan tak boleh seronok, tapi bagaimana sahabat seronok berbanding kita. sahabat seronok apabila diceritakan syurga. rasa nak masuk syurga terus dah. tapi kita macammana....?

Ada orang seronok pergi shoping. Sahabat, bila duduk dengan nabi, gembira..... lebih-lebih cerita pasal syurga. Bila agaknya kita nak sampai beribadat hingga rasa nak masuk syurga tak sabar-sabar. Atau penghuni syurga. Tapi seronok yang diinginkan adalah dizinkan oleh agama. tapi seronok kita hari ini melampaui batas, sampai tak terkawal, hiburan, kelab malam, itu bukan budaya kita, kadang-kadang boleh terjebak mengundang murka Allah.

Kedua, Nabi sebut yang melanda umat dulu, yang melanda umat aku ini :- اْلبَطَرُ

Apa maksudnya. Hidup dengan terlalu mewah. Islam tidak pernah melarang, tapi perangai manusia yang Allah rakamkan dalam al-Quran kemewahan hingga membinasakan mereka. sebab terlalu sangat hidup mewah. Selayaknya Nabi Muhammad s.a.w. Nabi, kekasih Allah, layak dan patutlah dia, isi dunia patut bagindalah dapat. tetapi kenapa Nabi tak hidup mewah.

Adakah anak-anak nabi ditinggalkan harta, kemewahan itu ada tak, tegas ustaz. Nabi mengayakan kehidupan yang tidak mewah. Firaun yang terlalu mewah lupa asal usul hingga mengaku tuhan. Bukan tak boleh, tapi macam mana kita mengayakan kehidupan kita sampai kita boleh bantu orang-orang lain dapat berkongsi sama. Namun tak semua boleh fikir seperti itu. Nabi kata, inilah penyakit..

Memang ada hadis lain menyebut kalau terlalu miskin jatuh kufur. Tapi kufur ini banyak maksud dari berbagai sudut. Bukanlah bererti berlumba-lumba cari mewah yang dibenarkan, hingga lupa apa di izin Allah dan apa yang tidak di izin Allah. Ustaz menyeru dan mengingatkan kita perlu ada kitab Sirah Nabawi, kisah hidup Rasulullah. sebab itu contoh terbaik.

Peliklah kalau kita contohkan sesuatu, kita suka memilih orang-orang kafir yang terkemuka. Kalau kita mencontohi nabi merujuk kitab-kitab sirah, Lalu dalam kitab sirah kita boleh ingat macam mana nabi hidup boleh meningkatkan keimanan kita.

Penyakit yang Ketiga :- التَّكَاثُرُ

menghimpunkan harta sebanyak mungkin


Hidup ini, rosak bila nak dapatkan harta sebanyak mungkin. Bukan tak boleh, tapi nabi sebut, akhir zaman nanti, umat aku dalam mencari harta dah tak kiralah dari yang halal atau yang haram. Sumber tak kira dah. sebab apa , sebab ada penyakit, tak kira, asal dapat harta sebanyak mungkin. Rupa-rupanya bila dah bergelumang dengan sumber yang dilarang oleh syarak ia menjadikan penyakit. Sedangkan nabi pesan kita cari yang halal sahaja. Sedangkan Halal itu jelas, yang haram juga jelas.

Ayat yang dibaca oleh ustaz dalam muqadimah kuliah beliau tadi, surah al-Maidah : 3 di sebut Allah,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Quran menyebut dah cukup dah rezeki yang Allah bagi, tak kan nak ambik harta haram. Tetapi kata , nabi umat akhir tak kira sumber asalkan dapat harta. Itulah penyakitnya umat dahulu dan umat nabi sekarang.

Menarik perhatian kita, ustaz menegaskan, bahawa sepatutnya harta yang kita cari pasti sudah kita tahu sumber macammana kita boleh mendapatkannya.

Selain dari penyakit ini, Nabi sebut lagi penyakit

Keempat :- التَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا

Berlumba-lumba mencari dunia. Hadis lain, 'akan ada umat aku sanggup menjual agama dengan semata-mata untuk mengaut keuntungan'

Sanggup mengadai agama. Agama dah sebut arak ni haram. di katanya sumber ekonomi yang terbesar. Tidak ada keyakinan dengan Allah. Hari ini, budaya arak menjadi budaya yang tak malu dikalangan kita. Boleh didapati dimana-mana. Dalam rumah pun sudah ada arak. Tanyalah ulama' ker, umarak ker, ular dalam semak ker... (lawak ustaz) semua akan kata, arak haram.

Arak termasuk di antara hukum had (hudud). Dalam islam ada hukum had. Yang tak akan berganjak walau berubah zaman hukum tetap sama. Iaitu lah hukum sebat 40 rotan. Bukan sebat macam digembar gembur sekarang. Pameran dalam penjara , tak boleh... gitu. Kena 2 das pun pengsan. Macam mana sebat pada penzina belum berkahwin 100 rotan. Dalam islam bukan begitu. boleh mati.. kalau sebat gitu.

Dalam islam, hukuman mati tak banyak. contoh keluar dari Islam, lepas nasihat baru boleh bunuh. Lainnya, Rejam sampai mati pada yang dah berkahwin, jika berzina. Tidak termasuk penzina bujang, yang mana bujang hukumannya sebat. kalau gaya angkat macam tadi mati orang tu nanti. Hukum islam, sebat tak boleh kurang, tambah tak apa. Zaman Saidina Umar al-Khattab, dengan 80 rotan baru berhenti mereka yang minum arak, maka Umar sebat 80 rotan sesuai keadaan zaman dia. Dia buat hukum takzir. Hukum arak ni Kurang tak boleh, tambah tak apa.

Ustaz menceritakan demikian nak mengambarkan bahawa kadang-kadang sebahagian masyarakat kita tidak melihat hukum yang Allah tetap kan itu, bukanlah hakikatnya islam itu nak jatuh hukum dekat orang, tetapi suatu pencegahan daripada Allah. Hasil tidak menerima hukum dari Allah, tengok berlambak orang minum arak. Ramai yang tak rasa berdosa. Bahkan melawan dengan berbagai alasan. kata tak mabuklah.. minum sikitlah.. Bukan sebab dinamakan arak, menyebabkan ia haram. Bukan sebab 'nama' .Asal memabukkan, maka itu dihukumkan haram.

"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)

Ustaz membawa cerita seorang yang nak berkongsi business orang tersebut iaitu rakannya, ada jual arak. katanya dia minum sikit aje, bukan banyak dan bukan mabuk. Bila sebut haram, bukan kira sikit ke banyak. Hukumnya tetap kata ustaz.

Inilah yang Nabi sebut nak berlumba-lumba nak capai dunia itu tidak menghirau halal dan haram.

Kelima :- التَّبَاغُضُ
Saling memarahi, tiada toleransi, asyik nak bergaduh je sesama umat islam. Kita dalam islam ni, nabi sebut dalam satu hadis, yang memberi maksud,

orang yang tidak ambil peduli tentang umat islam. maksudnya ambil berat, hadis lain juga nabi menyentuh bukan di kalangan aku hidup mewah, makanan nya sedap sedang jirannya kebuluran. Nabi sebut tak beriman. Nabi jaga dan perihatin sosial masyarakat. Ada cara kita hidup dengan saudara islam kita. Orang kafir juga kalau tidak cari pasal dengan kita, kita kena hormat dia. Nabi sebut dalam satu hadis...

Sabda Nabi SAW:

من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله
Maksudnya;“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah

Siapa Kafir zimmi ni..?, dia duduk dalam negara islam, dia pun hormat pada pemerintah umat islam, dia tak kacau tempat ibadat umat islam, hidup susah senang, suka duka sama dengan umat islam, nabi kata, siapa yang menyakiti orang kafir zimmi ni, sama macam menyakiti baginda, kata Nabi s.a.w.

Ini menunjukkan Kalau dengan orang kafir pun nabi suruh jaga, apatah lagi dengan sesama islam kita. Tapi kita tidak, salah sikit je bergaduh, tidak bagi keluarga bertegur sapa 7 keturunan, ada yang sampai 14 keturunan. Kadang-kadang sebab pokok pelam masuk rumah dia, sebab marah menyapu daun aje. Daun Kelapa jatuh ke dalam rumah je. Sebab apa jadi macam ni, kata ustaz, sebab ada penyakit di hatinya penyakit kira nak marah je, tak boleh pandang muka.

Nabi orang kafir lumur tahi unta atas kepala, nabi tak marah sebab dalam hati nabi berkata dia tahu orang itu akan condong pada islam suatu hari nanti. Bukan bermakna nabi dayus. Berapa banyak perang nabi telah sertai. kita berapa banyak yang kita berperang, soal ustaz.

Nak beritahunya, Tapi nabi tak marah, kita... pantang di sentuh sikit nak marah.

Yang terakhir kata ustaz, penyakit yang melanda kita, iaitu yang

Keenam :- َالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain

Hasad ini, yang diizinkan oleh agama ada 2 hasad aje kata ustaz. Satu hasad pada orang yang ada ilmu, tengok alim ulama' , tengok muka aje dah sejuk dah dalam poket dia, baju dia ada al-Quran. Memahami bacaan al-Quran. kita ada hasad dengan dia, agar berlumba-lumba mencari ilmu. Bukan hasad pergi jumpa bomoh bagi dia tak boleh baca Quran kata ustaz. Bukan..bukan itu maksudnya. kita hasad supaya kita berlumba nak jadi macam dia. Supaya kita dapat rasa pentingnya ilmu tu.

Keduanya, boleh ada hasad pada orang yang ada harta dia infakkan di jalan Allah. kita rasa hasad dan cemburu agar usaha cari harta nak infak juga macam dia. InsyaAllah, bila aku berjaya, mana-mana yang perlukan, susah, anak yatim kita akan bantu.

Tapi kita hasad , maka sebab hasad semua jadi tidak aman dan tidak bahagia dan kelam kabut. kata ustaz dalam menjaga jasmani, kita jaga juga penyakit-penyakit tadi agar ada benteng tidak mengenai diri kita penyakit yang Rasulullah sebutkan tadi. Ambillah peringatan ini sebagai satu menafaat untuk hidup kita seru ustaz, menamati kuliahnya pada tengahari tersebut.

Allahu a'lam.

No comments:

Post a Comment