بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
TAZKIRAH PAGI DI MARA PADA 20/4/2010
Pada setiap tanggal 27 Rejab tiba , kita akan selalu teringat suatu peristiwa yang sangat luarbiasa Peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dianggap peristiwa penting kepada seluruh umat Islam. Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu.
Ibadah solat difardukan kepada semua umat islam tidak kira, hamba, kaya, miskin, hatta sakit sekalipun ada tatacara solat boleh di lakukan.
Solat juga dimaknakan dengan ‘doa’ yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan di akhiri dengan salam. Rukun Islam yang kedua ini sangat mudah dilakukan bagi mereka yang telah mengucap 2 kalimah syahadah, maka wajiblah ianya dilaksanakan.
Setiap golongan mampu melakukan solat. Itulah keistimewaan solat. Berlainan dengan rukun Islam yang lain seperti zakat, kewajipan jatuh pada mereka yang berharta, yang miskin tidak wajib. Puasa bagi yang sihat, uzur syarie ada kelonggaran. Haji juga bagi yang mampu dari segi kewangan dan tenaga.
Solat satu ibadah yang mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat walau dimana sahaja mereka berada. Solat merupakan tiang agama. Solat sekali-kali tidak boleh di abaikan. Solat juga sebagai penghubung secara langsung antara makhluk dan pencipta.
Dukacita hari ini, ramai umat islam yang leka dan lalai melaksanakan solat. Sedangkan dalam melaksanakan solat kita dituntut menanam kesabaran kerana ianya akan melahirkan kekuatan dalaman pada setiap insan.
Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Ta-ha : 132

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
Sayang hari ini, ramai yang mengaku islam namun hidup penuh kepura-puraan. Sifat ini telah disebut oleh Allah dalam surah al-Baqarah :142
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
Mau tidak mahu kita perlu percaya dan yakin bahawa kita semua akan menemui Allah dan kembali kepadaNya. Akhirnya marilah kita melaksanakan kewajiban solat disamping menghidupkan amalan sunat.
Bila kita istiqamah mengerjakan solat, Allah akan datangkan kelebihan-kelebihan bagi yang melaksanakannya, seperti :-
i) sering mendapat kejayaan dan berkat pula
ii) dijauhkan dari perbuatan keji dan mungkar
iii) Allah janjikan syurga buat kita
iv) Rezeki kita dijamin dan dekat dengan Allah
v) Jiwa menjadi tenang dan bila mengalami kesusahan tiada keluh kesah
Inilah ulasan ustaz dalam tazkirah pagi yang dapat ana catatkan di samping menjalankan kerja harian pejabat, walaupun dalam masa yang sama terpaksa menjawab panggilan telefon dari peminjam.
Apapun, ana sangat bersyukur sedikit sebanyak dapat ana panjang-panjangkan ilmu tersebut untuk dikongsikan bersama oleh kita.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang kurang itu adalah dari kedaifan ana sendiri. Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment