بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ramai kita hari ini, merasakan kita memiliki segala-galanya. Semua perkara kita kata milik kita. Sedangkan diri kita sendiri bukan milik kita. Apatah lagi yang lain seperti suami, anak-anak, rumah, kereta, harta dan sebagainya.
Justeru itulah kita semakin hari berlumba-lumba untuk mempastikan kita memiliki segalanya. Barulah gah dirasakan. Dapat dikatakan dengan orang. Rumah besar ini,milik kita, kereta mewah ini milik kita, dan segala-galanya milik kita. Lantaran demikian, untuk mendapatkan perkara-perkara demikian, banyak yang terpaksa dilanggar, banyak yang terpaksa dikorbankan,banyak juga yang perlu dilukakan.
Namun untuk apa semua itu….?. Tepuk dada, Tanya iman. Apakah kita melakukan semata-mata kerana Allah.
Bila kita merasakan suami milik kita, bila suami yang telah bertaqwa sepenuhnya dengan Allah, mampu dalam hal syarak, bila mereka melangkah satu kehendak semula jadi seorang lelaki yang normal, kita yang asalnya sudah ditarbiyah elok sanggup mengadai satu maruah agama, semata-mata mempertahankan apa kata orang. Mempertahankan bahawa kitalah orangnya yang pandai menjaga suami dimata orang. Hingga suami kita ikut sahaja segala titah perintah kita. Walaupun pada dasarnya hati kita tidak akan tenang bila kita melanggar perintah Tuhan.
Makanya, itulah sebab musabab, atas ketiadaan redhaan atas penentuan tuhan, maka kita sanggup menjahanam nilai sebuah iman. Ada yang sanggup membuang tudung, bergaya dijalanan semata-mata, untuk membuktikan kepada umum suami tadi tidak mampupun mendidik dirinya sebagai seorang yang solehah. Mana mungkin dia mampu mendidik orang lain pula.
Memang terkejutlah bila kita perhatikan, bila jalan perpisahan dicari, ramai bekas-bekas isteri mula hidup seolah bagai seorang yang tidak pernah dididik dengan agama. Sedangkan mereka lupa, saat ini, kalian begini, bukan lagi dalam ikatan suami yang mendidik anda dahulu. Anda dididik oleh suasana dan desakan dalaman jiwa yang tidak tenang dan tidak redha dengan ketentuan Allah.
Bila anda merasakan harta adalah milik anda. Anda akan bertungkus lumus menambahkan harta dan takut kehilangannya. Anda tidak takut kehilangan masa-masa pengabdian dengan Tuhan, yang mana bekalan tersebut sangat diperlukan tatkala bertemu dengan Allah. Lantaran itu, anda sanggup, mengabaikan solat berjemaah bagi seorang lelaki, sanggup tidak membawa kaki ke majlis-majlis ilmu di masjid. Sedangkan anda lupa dan tidak yakin, mana-mana yang menuntut ilmu Allah, Allah lah yang menjamin rezeki baginya.
Mungkin anda tidak percaya. Tapi ana tetap yakin 100% , kerana ana dihadapkan dengan rezeki Allah telah berulang kali dengan tidak disangka-sangka. Maka sebagai tanda syukur pada Allah, pastinya kita akan terus istiqamah dengan majlis ilmu. Semakin kita belajar, semakin kita rasakan bahawa banyak perkara lagi yang kita tidak tahu, rupanya.
Rumah yang anda kata milik anda, anda sanggup berhutang ratusan ribu di Bank. Mungkin juga terlibat dengan riba. Bagi yang terlibat dengan riba, Allah akan bangkitkan di padang Mahsyar dengan bendera tercacak dipinggulnya nanti. Ratusan ribu itu, bila ditambahi dengan faedahnya, mungkin memakan masa 20 ke 30 tahun baru selesai. Itu belum dititipi lagi dengan hutang kereta mewah. Sedangkan selayaknya kancil sahaja buat kalian.
Namun, rumah dan kereta tersebut, mana milik anda. Selagi tidak habis hutang, masih tuntutan bank sebagai empunya. Sudah habis pula, bila ajal sampai, rumah itu tinggal dibumi tidak ikut sama dalam kubur. Yang ikut, kalau ada pertanyaan tentang bagaimana cara anda mendapatkannya. Terlibat atau tidak dengan riba.
Maka, apa yang anda kata milik anda. Masa anda ingin mendapatkan semua itu, anda telah melalaikan masa ibadah dengan Allah. Anda kesampingkan solat. Hingga anda tidak pernah terfikir menanti2 waktu solat. Tapi pilihan anda, melewatkan solat, kadang2 telepas waktunya. Sedangkan kegiatan anda datang sekarang. Waktu solat telah wujud sebelum anda dilahirkan. Kenapa waktu solat perlu mengikut anda. Masa dengan keluarga juga anda kesampingkan. Anda fikir, keluarga anda perlukan harta, tetapi mereka perlukan kasih sayang dan perhatian anda.
Anda sendiri perlu aturkan masa anda sebagai tanda syukur kepada Allah yang memberi rezeki kepada anda. Rezeki masih lagi boleh bernafas. Rezeki sihat, anggota yang cukup untuk anda menjana rezeki disamping tidak melupai anda itu adalah hamba Allah, yang terikat dengan pengabdian ibadah kepada Allah.
Ibadah itu sangat luas. Buatlah apa sahaja, selagi anda tidak melanggar batas syarak, tidak melalaikan dari mengingati Allah adalah ibadah. Tapi jika anda mencari rezeki, sehingga tergamak melalaikan solat, meninggalkan rumah Allah… tepuk dada Tanya iman anda. Siapa yang menjamin rezeki anta. Bukan dengan kuat bekerja anda mendapat rezeki yang lebih. Bekerja tetap berkerja. Tetapi berkerja di samping pengabdian yang tinggi kepada Allah dalam ketaqwaan dalam setiap langkah adalah kejayaan yang sebenar-benarnya.
Jadi mana milik kita…? Apa sahaja milik kita ialah, apa sahaja yang kita serahkan kepada Allah. Bila kita redha, suami solat jemaah, kita yang tidak pergi pun mendapat pahala yang sama. Bila kita infakkan harta kita, yang kita pergunakan pada jalan syarak, itulah yang sebenar-benarnya menanti kita di akhirat nanti. Tentu milik kita.
Yang belum kita guna, walau kita himpun setinggi gunung, belum tentu milik kita. Mungkin bila gaji dihujung bulan kita sangka milik kita, tapi ada yang dapat, baru keluar sahaja dari mesin ATM sudah di rampas orang. Jika orang tidak merampas, tiba-tiba kenderaan sakit, atau ada sahaja yang sakit. Macam-macam cara wang boleh keluar. Ada juga yang duit berterbangan dijalanan, baru sahaja dipindahkan ke dalam beg. ¼ pun tak sampai mampu dikutip. Pelik sungguh, tidak semena2,. tengah menunggang motor, tiba2 beg terbuka, duit terbang bagai kertas kosong. Semua ini benar belaka. Terjadi sebagaimana disebutkan. Kita sering mendengarnya baik dalam akhbar, maupun dalam ceramah2 sebagai peringatan.
Jadi untuk apa kita menjadi hamba wang, hingga habis tenaga siang malam mencari wang, hingga kita melalaikan waktu yang sangat singkat hidup di dunia ini, untuk kita pergunakan benar-benar mencari janji Allah.
Kerja perlu dilakukan, tapi jika melampau2 kita bekerja tidak mengenal siang dan malam. Masjid di tinggalkan, mana mungkin, kita begelut mencari wang sekadar membayar hutang pada yang sebenarnya kita tidak memerlukan. Kalau layak kita kenderaan yang tidak berjenama, tetapi ianya cukup baik digunakan., ayuh silakan.
Tujuan kenderaan hanya untuk menyampaikan dari satu tempat ke tempat yang lain. Dulu masa kecil, kita biasa berjalan kaki, menunggang basikal, kemudian motosikal. Kalau tidak pun, ramai lagi yang mengunakan kenderaan awam. Mereka masih boleh bergerak kesana kemari. Masih boleh hidup.
Bila memandang insan lain dibawah kita, ramai lagi , budak pejabat, tukang sapu, mengangkat sampah, mereka masih boleh hidup membina keluarga. Bahkan mereka boleh tersenyum dan bergurau sesama mereka. Kerana apa… mereka gembira, mereka tidak punyai hutang. Hutang akan merentap ketenangan.
Orang yang kaya, adalah orang yang merasa cukup apa yang ada. Orang yang miskin, sentiasa merasa tidak pernah cukup-cukup. Fikir-fikirkan bersama. Allahu a’lam.

No comments:
Post a Comment