بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ini adalah di antara gambar-gambar yang ana ambil di tepi pantai Taman Gelora, Kuantan Pahang pada 2 April, 2010.
Mungkin tiada apa yang pelik pada kita semua. Tapi, ana terasa sedikit pelik, anak-anak ini ana bawa jalan-jalan tepi pantai sementara menunggu solat Jumaat di Masjid berhampiran pantai ini.
Waktu, itu sangat cerah dan matahari di atas kepala... Apa yang pelik, cubaan beberapa kali ana untuk mengambil gambar mereka, setiap kali itulah mereka ini dilindungi awan di atas kepala mereka.
Ana, cuba berkata... Ya... Allah, ada awan lagi.... dalam keadaan tersenyum biasa. Tetapi ana tidak putus asa, sekejap-sekejap, anak-anak ini berbaris kembali. Namun, begitulah...
Tapi seminggu dua ini, ana dan suami terfikir.... "awan"....... ye "awan"..... maknanya, tengah panas terik, mereka berdiri sahaja di tepi pantai... ada awan....
Terima kasih ya Allah....... kerana Engkau yang maha berkuasa, memayungi anak-anak yang menuntut ilmu ini, dengan awanmu... awan adalah mahlukmu yang tidak pernah ingkar dengan perintahmu.
Berlainan, dengan sewaktu solat Jumaat berlangsung, ramai yang langsung tidak endah, lelaki-lelaki yang tidak rasa malu kepadaMu, berehat ditepi-tepi pantai, bermakan minum di restoran-restoran yang ada. Bertenggek-tenggek di atas motosikal mereka.
Syukurlah ya Allah..., kerana memilih anak-anak remaja ini, belajar agama dan belajar al-Quran mencari redhamu.... TERIMA KASIH YA ALLAH................
No comments:
Post a Comment