بسم الله الرحمن الرحيم
KULIAH ZOHOR USTAZ NAJHAN ABDUL HALIM 6/4/2010
Dalam membicarakan Kitab Sairus Salikin jilid 3 dalam Kuliah Zohor di Surau MARA 6/4/2010, Ustaz Najhan Abdul Halim memulai dengan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t atas limpah kurnia dari Allah memberi peluang kepada kita semua berada di dalam majlis ilmu.
Menurutnya ada sekelompok malaikat kerjanya tidak lain, ditugaskan oleh Allah berjalan di kalangan manusia yang duduk di majlis-majlis ilmu dan membuka sayapnya memayungkan mereka dengan sayapnya. Menurut ustaz, kembangan sayap malaikat ini tempiasnya mengenai orang yang duduk diluar dan hampir dengan majlis ilmu tersebut. apa lagi yang memang berada di dalamnya.
Menyambung kembali kuliah yang lepas, hari ini ustaz membicarakan mengenai "Meninggalkan perkara haram dan syubhah". Di mana mereka yang menjaga hal ini, termasuk di kalangan mereka yang wara'.
Bahawasanya wara' dan memelihara diri daripada haram atau yang syubhah serta mencari hanya yang halal sahaja dan memakan daripada yang halal dengan menjauhi yang haram dalam perusahaan dan makan dan seumpamanya, semua itu adalah menjadi perkara penting sekali di dalam agama dan dikira antara perkara-perkara yang boleh mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
Sifat wara' dianggap oleh sesetengah orang mesti pada golongan tertentu seperti para ustaz. Orang awam tidak perlu. Ini merupakan satu pandangan yang salah. Salah anggapan ini, merupakan satu kesilapan.
Semua orang mukmin sepatutnya adalah ahli agama. Mesti taat dan patuh kepada Allah dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Setiap orang islam mesti mutaqiin. Mesti ada sifat taqwa. walaupun tidak dinafikan ketaqwaan seorang dengan seorang yang lain, level nya berbeza-beza.
Sifat taqwa Rasulullah, dunia tidak melekat di hatinya. Bila sahabat memuji baju yang dipakainya pun, baginda buka dan beri pada orang lain. Jadi sifat wara' mengajar kita erti ketaqwaan sebenar dengan Allah. Orang wara' berhati-hati dalam perkara haram dan syubhah. Lantas meninggalkannya. Mereka perihatin terhadap sumber sesuatu perkara. Namun, tidaklah kita disuruh selidik hingga menyusahkan kita. Umpama dalam bermuamalat, sudah jelas seseorang itu adalah mereka yang taat kepada perintah Allah, silakan..
Orang yang wara' menjaga diri dari perkara-perkara syubhah, apatah lagi yang haram. Dalam bab menerima hadiah, juga, jika mendatangkan fitnah.. mereka akan tinggalkan.
Ulama menyentuh kelebihan-kelebihan orang yang menjaga diri dan meninggalkan perkara-perkara haram dan syubhah ini diantaranya :-
i) Terang hati :- hati yang bercahaya mudah menerima kebaikan
ii) Lahir sifat yang takut kepada Allah. Sebaliknya mereka yang tidak takut kepada Allah kerana terlibat dengan perkara di atas.
iii) Anggota jadi cergas. Lebih-lebih untuk melakukan ibadah. walaupun ada malas, letih, namun Allah ringankan angotanya beribadah, berjemaah di masjid walaupun mulanya terasa malas.
Nabi SAW telah bersabda :” Barang siapa memakannya dari barang yang halal, niscaya seluruh anggota tubuhnya akan mendorongnya kearah taat. Dan barang siapa memakannya dari yang haram, niscaya anggota tubuhnya akan mendorong pada perbuatan durhaka.”
iv) Hati tidak akan cenderung kepada dunia
v) Hati sentiasa ingat akhirat.
Itulah kelebihan-kelebihan yang sempat di sebut oleh ustaz dalam kuliah beliau. Maka apa yang baik itu, kita panjang-panjangkan dan kongsikan bersama, kerana ianya datang dari Allah s.w.t. dan yang tidak itu adalah dari segala kelemahan yang terhimpun pada diri ana sendiri.
Moga Allah memberkati segala usaha yang kita laksanakan demi mencari mardotillah.
Allahu a'lam.
Mereka yang dapat duduk dalam majlis ilmu serta dapat menunaikan ketaatan kepada Allah sebenarnya adalah dari rahmat Allah jua. Apabila seseorang telah mendapat rahmat Allah maka mudah baginya melakukan ketaatan malah tertanam rasa benci untuk melakukan maksiat.
ReplyDeletesesungguhnya majlis ilmu itu ialah taman taman syurga di dunia
DeleteRasulallah SAW bersabda :
ReplyDelete” Orang-orang terdahulu dari umat ini selamat karena sifat zuhud dan pendeknya angan-angan. sedangkan umat yang belakangan akan binasa karena kecintaan yang sangat kepada dunia dan panjang angan-angan dalam hidupnya.
Sabda Nabi SAW :
” Empat hal merupakan sumber kesengsaraan :
(1) kebekuan mata
(2) kekerasan hati
(3) Cinta yang sangat kepada dunia
(4) Panjang angan-angan.
apa peranan hati dlam kehidupan manusia?
ReplyDeleteapa peranan hati dlam kehidupan manusia?
ReplyDelete