Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, April 07, 2010

KHASIAT KURMA










بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kesempatan melawat ladang kurma, mengingatkan bahawa betapa makanan yang dijadikan oleh Allah ini, penuh dengan khasiat-khasiat yang kita sedia maklum sebelum ini.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Banyak juga hadis-hadis nabi s.a.w. yang kita jumpa menerangkan khasiat kurma ini. Di antaranya :-

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

No comments:

Post a Comment