Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, April 30, 2010

PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam membicarakan penghuni syurga dan neraka, dalam tazkirah pagi di MARA pada 30/4/2010 ustaz Abdullah membicarakan kitab 40 hadis penawar hati. Alangkah ngerinya bila membayangkan keadaan ahli-ahli neraka.

Apa tidaknya, hari ini wanita berpakaian pun tubuhnya macam dibalut nangka. Lelaki ajnabi juga memandangnya seksa. Tak kiralah mak orang atau anak dara. Lagaknya serupa saja. itu yang dikatakan oleh ustaz selalu, Allah benci pada orang muda melakukan maksiat. Tetapi Allah lagi benci pada orang tua yang berbuat maksiat. Orang memandang pun sudah cukup meluat. Alangkah ruginya jika tidak sempat bertaubat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda"-
Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir-miskin dan aku menjenguk ke neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (HR. Ahmad).

Dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah diperlihatkan perkara ghaib oleh Allah s.w.t. tentang keadaan syurga dan neraka. Mungkin akan timbul pertanyaan, Mengapa orang fakir yang banyak menghuni syurga?. Tidak lain, di dunia ini, orang miskinlah yang biasanya memperbanyakkan ibadah. Golongan ini jugalah di zaman Rasulullah yang banyak beriman. Orang kaya biasanya sibuk menghimpun harta dan menghabiskan harta. Kebanyakkan mereka dalam menikmati angan-angan dikejutkan dengan kematian yang tiba-tiba. Bila kematian datang mejelma, saat itu penyesalan tiada lagi berguna.

Mengapa pula ye, wanita banyak di neraka?

Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita.

hadis Rasulullah ketika baginda dalam Israk dan Mikraj yang berbunyi "Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj dedah aurat dan berhias-hias".

Bagaimanapula halnya dengan hadis di atas. Apa yang disaksikan oleh Rasululullah di Neraka kebanyakkan penghuninya perempuan?. Ini kerana ramainya perempuan tidak taatkan suami, bahkan tidak berterima kasih dengan suami serta tidak menjaga diri dan maruahnya bila ketiadaan suami. Aurat tidak dijaga dengan betul, mereka banyak keluar dengan berhias diri dengan persolekan dan wangian. Pergaulan mereka juga kurang dijagai.

Justeru itulah kenapa kita diperintahkan menjaga diri dan keluarga dari api neraka. Dengan penjagaan disulami taqwa yang sebenar-benarnya sahaja, insyaAllah boleh menyelamatkan keluarga kita dari neraka Allah.

Allah berfirman :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka..


Semua seruan ini membawa kita ke arah ketaqwaan. Betapa kasih Allah terhadap kita semua, dengan memberi petunjuk kepada kita jalan yang salah dan jalan yang benar. Dengan ketaqwaan yang sebenar-benarnya lah yang boleh menjamin mati kita di dalam Islam yang menyelamatkan kita dari neraka yang tersangat perit azabnya.

Allah berfirman dalam surah ali imran :102

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.


Allahu a'lam

Wednesday, April 28, 2010

USTAZ ABDULLAH : Orang Yang Bijak


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam Tazkirah pagi di MARA pada 28/4/2010 Ustaz mengajak kita bersama-sama merenung sejenak sepotong hadis yang memberitahu kepada kita siapakah orang yang bijak. Tazkirah hari ini, ustaz memetik daripada buku Empat Puluh Hadis: Penawar Hati susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi.

Hadis Riwayat Imam at Tirmizi

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ baginda telah bersabda Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah

Dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa orang yang bijak adalah orang yang memperhitungkan dirinya dan sentiasa beramal untuk menghadapi mati. Sedangkan orang yang tidak cerdik adalah orang yang mengikut nafsunya bahkan hanya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah tanpa melakukan amal soleh dalam hidupnya.

Terdapat banyak perbezaan kefahaman orang tentang yang dikatakan cerdik dan bahagia. Perbezaan ini timbul berpandukan garis panduan penilaian fahaman masing-masing. Bagi yang bekefahaman kebendaan bagi mereka bahagia itu mempunyai banyak harta dan wang itu adalah bahagia. Ada yang mengatakan bila dapat menikmati dunia, kelab malam, bersukan itu adalah bahagia. Mereka lupa dan tidak menghitung kehidupan beragama dan pengakhiran kehidupan. Mereka tidak fikir bagaimana menghadapi kehidupan dalam kubur dan tiada perancangan untuknya. Bahkan tiada persediaan untuk berhadapan dengan Allah.

Berlainan dengan kefahaman orang beriman yang mempunyai pendirian sendiri serta mereka beriman dengan Allah s.w.t dan Rasul-rasulNya. Mereka bersedia untuk menghadapi hari pembalasan dan dunia hanya dianggap sebagai jambatan yang akan menyampaikan ke akhirat. Bagi orang beriman dunia bukan tempat untuk bersuka-suka maka mereka memperbanyakkan ibadat dan membuat persiapan menghadapi akhirat. Mereka memperincikan sebarang perkara sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bagi mereka ini, dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan dituai dan dipetik di akhirat nanti.

Bagi orang yang beriman dunia diguna untuk mencari sara hidup melaksanakan tanggungan makan-minum keluarga, rumah seadanya sahaja. Bagi yang beriman makan dan minum yang dicari untuk menjalani hidup bukan hidup untuk makan. Semua perkerjaan yang dilakukan untuk melengkapkan akhiratnya.

Namun bagi mereka yang lalai jauh sekali mengingati mati, seolah hendak merancang hidup 100 tahun lagi. Mereka suka bermain-main dan berseronok hingga lupa dalam melaksanakan pekerjaan juga mereka tidak mengira halal haramnya lagi. Bahkan solat tidak dipeduli apatah lagi ibadat lainnya. Sebaliknya berangan-angan untuk mendapat keampunan Allah. Mereka ini tidak banyak melakukan amal soleh untuk bekalan akhiratnya.

PENGAJARAN HADITH

i) Orang yang beriman menyakini kematian adalah sesuatu yang pasti
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

ii) Kita dituntut mengimbangi keperluan dunia dan akhirat sebagaimana hadith :-
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Bekerjalah kamu untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari".

iii) Orang yang bijak menjadikan dunia sebagai ladang dan jambatan untuk menyampaikan ke akhiratnya. Sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Dunia ini ibarat ladang. Di sinilah tempat kita bercucuk tanam. Hasilnya akan kita tuai di Akhirat.

Bersamalah kita mengambil menafaat apa yang telah disebutkan di atas, orang yang bijak adalah orang yang sentiasa melaksanakan segala pekerjaannya untuk menuai hasilnya di akhirat kelak.
Allahu a'lam.

Tuesday, April 27, 2010

TERHARU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

العلماء ورثة النبي

Ulama itu pewaris Nabi. Sangat indah bunyinya apabila di sebut. Indah lagi perasaan dan hati bila bersama-sama dengan mereka. Namun mereka inilah menerima nasib yang sama seperti penegak agama Allah yang lain. Mereka di caci, dihina dan dicerca dengan perkataan-perkataan yang sangat memualkan. Paling menyedihkan, yang mencerca mereka adalah orang-orang yang mengaku islam.

Namun hati ini sangat terharu, bila mana menaiki teksi pemandunya seorang bukan Islam. Beliau memuji dan bersungguh bersumpah mengatakan, dia sangat percaya dengan seorang ulama' dari Kelantan. Tuan Guru itu sangat baik katanya. Mana ada, seperti apa yang orang banyak cakap katanya bersungguh.

Tergamam juga hati ana, bila dia berkata demikian. Tak sangka mendengar cerita dia betapa sukar mencari rezeki sebagai pemandu teksi, bersambung dengan cerita di sana-sini penuh rasuah katanya. Tapi orang yang sangat bersih katanya adalah Tuan Guru dari Kelantan.

Sejuk hati ana, bahkan terharu sangat-sangat dengan pengakuan demikian. Begitu juga masa ana menjalankan tugas, berinteraksi dengan orang cina dan India sedikit masa dulu, mereka juga mengatakan demikian. Kalau inilah akuan orang bukan Islam, bagaimana kejinya orang yang mengata seorang ulama dengan bermacam cacian, sedangkan mengaku diri seorang islam.

Moga Allah memberi kerahmatan pada Tuan Guru, yang sememangnya bagi ana suatu insan mulia yang perlu dijadikan contoh pemimpin masa kini. Bukan sekali ana mendengar pujian ini, bahkan, banyak kali ana mendengar orang bukan islam sangat menghormati keperibadian tuan guru ini.

Harapan ana, moga bagi mereka-mereka yang pernah memuji akhlak Islam yang terpuji pada Tuan Guru, semoga suatu hari Allah memberi hidayah Islam kepada mereka. Kerana, kadang kala terguris juga hati ini, orang yang mengaku islam terlalu sangat mengeji ulama-ulama yang benar-benar ikhlas dalam memertabatkan islam di muka bumi.

Ya Allah... engkaulah yang lebih mengetahui apa yang di dalam hati. Atas kemuliaan dan rahmatmu Ya Allah.. berkatilah orang-orang yang ikhlas semata-mata mencari redhaMu ya Allah, Tuhan sekelian alam.

Amin ya rabbal alamin.

USTAZ YUSOF : Solat Penanda Aras Kekuatan Akhlak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

BACAAN TAZKIRAH PAGI DI MARA PADA 27/4/2010


Allah s.w.t. telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalam sebagai jadual Allah untuk memberi peluang kepada manusia mengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila kita ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah s.w.t. yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur pematuhan kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi.

Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualiti keislaman ini, maka disini diingatkan bahawa solat adalah penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal yang paling mulia. Tertegaknya solat bermaksud tertegaklah agama, dan terabainya solat adalah meruntuhkan agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaah sekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuh tahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalau ingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Thahaa ayat 132:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya:

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.”

Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadap ibadah solat. Solat adalah amanah Allah s.w.t.. Sekiranya kita memelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah, manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialah untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itu sendiri.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Solat adalah benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian semasa, mereka yang mengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan dirinya dan masyarakat.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.”

Berdasarkan hadith tadi, orang yang meninggalkan solat disebabkan harta akan dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Fir’aun, jika disebabkan jawatan akan dihimpun bersama Haman, dan jika disebabkan dunia korporat pula akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat. Kesemua watak korup ini boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakin meningkat hari ini, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sukalah diingatkan, bahawa melakukan dosa besar bukan sahaja kerana berzina, mencuri, minum arak, menderhakai ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah s.w.t dan sangat dahsyat azabnya di dunia dan di akhirat kelak. Ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam salah satu gambaran azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Selain itu, Allah s.w.t. akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddaththir ayat 42-43:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (42 ) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّين

Maksudnya: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”

Sekiranya kita dimurkai oleh Allah s.w.t., Nauzubillah, siapakah lagi yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak?. Lupakah kita tentang ingatan Rasulullah s.a.w. supaya tidak mengabaikan solat di saat akhir hayat baginda?. Begitu juga kisah ambil berat Saidina ‘Umar bin al-Khattab tentang solat walaupun dalam keadaan tidak sihat akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi, tetapi apabila mendengar seruan solat!solat, beliau segera bangun mendirikannya.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Timbul persoalan, apakah peranan umat Islam sekalian dalam usaha menjadikan kekuatan solat itu sebagai penanda aras kekuatan kualiti beragama?. Adalah diseru bagi ketua-ketua jabatan, majikan, pemimpin masyarakat dan ibu bapa sekalian supaya mengambilberat tentang kewajipan bersolat terhadap orang jagaan kita. Jangan bersifat lepas tangan. Sumbangan kita menggalakkan solat atau menyediakan kemudahan tempat solat yang selesa adalah dianggap sebagai langkah mendekati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 71:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, melarang daripada berbuat kejahatan; mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Monday, April 26, 2010

USTAZ SYARHAN : 6 Penyakit Umat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
KULIAH ZOHOR DI MARA 26/4/2010

Sebagai Muqaddimah ceramahnya Ustaz Syarhan Abdul Halim Memulai dengan membaca Surah Maidah ayat 3 serta mengucapkan kalimah-kalimah yang indah dan sangat menyentuh hati sanubari kita sebagai yang mengaku mukmin. Ustaz menyapa hati kita dengan mengajak kita pertama dan selamanya marilah kita merafakkan mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada Allah s.w.t kerana alhamdulillah di atas taufik dan hidayah dariNya dapat sama-sama kita menjalani kehidupan diatas muka bumi Allah s.w.t ini dengan kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah dan kita bersyukur kepada Allah s.w.t alhamdulillah hingga ke saat ini Allah s.w.t masih lagi memberikan hidayah kepada kita, kita berdoa mudah-mudahan hidayah Allah s.w.t itu akan berkekalan kepada kita InsyaAllah.

Alhamdulillah dan InsyaAllah pada tengahari ini ustaz dapat berkongsi dengan kita semua mengenai sebuah hadis yang berbunyi :-

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سمَعِْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَروَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
(رواه الحاكم)
Maksud:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”.
( Hadith riwayat al-Hakim )

Menyebut soal penyakit ini kata ustaz selalu kita dengar 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Ni nabi tunjuk kat kita 6 serangkai. umat dulu dah terkena. Ni datang pula mengenai umat nabi. Memang tiada siapa yang mahu kena penyakit, kata ustaz. tiada siapa yang suka. jaranglah kita jumpa yang suka sakit, melainkan makam dia tinggi sungguh lah.. celah ustaz.

Daripada hidung selsema, kena selsema, apalagi senyum sikit turun...,senyum sikit turun... Siksa.. rasanya. Untuk mengelak penyakit, punya banyak ubat disimpan dirumah . Makjun tu usah kiralah banyaknya. Sekarang ni Nabi nak kata ada 6 penyakit yang jauh lebih dahsyat dari penyakit yang kita tengok dan dengar hari ini. Doktor pun tak dapat ubat penyakit ini.

Penyakit yang Nabi sebut yang melanda umat Nabi dan pernah melanda umat terdahulu sehingga Allah turun bala pada umat dulu, hingga Allah datangkan bermacam-macam bentuk musibah kepada mereka, disebabkan mereka tak mengira penyakit ni. Apa dia penyakit itu..?

Pertama :- اَلْأَشَر

terlalu banyak berseronok:

Oh.. penyakit rupanya.. terlalu banyak seronok. Bukan saya reka-reka ni, kata ustaz, ini nabi yang sebut, Lantas ustaz membawa satu kisah zaman itu:-

Zaman nabi seorang budak suka ikut nabi, apa yang nabi cakap dia tulis. murid yang setia. puak-puak kafir perasan dan jumpa budak ni, maka dia tegur budak itu 'apa yang kamu tulis, katanya apakah betul yang kamu tulis, kadang-kadang Muhammad suka, marah dan sebagainya. Atas dasar budak, maka dia pun rasa kelam kabut, berhenti tulis. Sehingga dia jumpa nabi dan bertanya, ya.. rasulullah..aku ni dulu rajin tulis, sekarang ni tak tulis, sebab orang tu tegur aku.

Nabi bersabda : tidak akan keluar dari mulut aku (sambil menunjukkan mulutnya) melainkan perkara benar.

Umat dulu, Allah hancur dan binasakan mereka kerana hidup mereka terlalu banyak seronok. Sama lah Umat kita hari ini. Ustaz menceritakan bagaimana baru-baru ni dalam satu forum, hasil forum dapat dibuat kesimpulan, yang melihat siaran agama di Oasis statistiknya negeri yang tertinggi, secara turutan, Selangor, kelantan, terengganu, kedah, perak, wilayah... terakhir sekali melaka. Yang tengok hiburan paling tinggi Sabah. Hiburan dah jadi suatu yang tak boleh dielak dalam masyarakat. Ini disebut oleh Nabi. bukan tak boleh seronok, tapi bagaimana sahabat seronok berbanding kita. sahabat seronok apabila diceritakan syurga. rasa nak masuk syurga terus dah. tapi kita macammana....?

Ada orang seronok pergi shoping. Sahabat, bila duduk dengan nabi, gembira..... lebih-lebih cerita pasal syurga. Bila agaknya kita nak sampai beribadat hingga rasa nak masuk syurga tak sabar-sabar. Atau penghuni syurga. Tapi seronok yang diinginkan adalah dizinkan oleh agama. tapi seronok kita hari ini melampaui batas, sampai tak terkawal, hiburan, kelab malam, itu bukan budaya kita, kadang-kadang boleh terjebak mengundang murka Allah.

Kedua, Nabi sebut yang melanda umat dulu, yang melanda umat aku ini :- اْلبَطَرُ

Apa maksudnya. Hidup dengan terlalu mewah. Islam tidak pernah melarang, tapi perangai manusia yang Allah rakamkan dalam al-Quran kemewahan hingga membinasakan mereka. sebab terlalu sangat hidup mewah. Selayaknya Nabi Muhammad s.a.w. Nabi, kekasih Allah, layak dan patutlah dia, isi dunia patut bagindalah dapat. tetapi kenapa Nabi tak hidup mewah.

Adakah anak-anak nabi ditinggalkan harta, kemewahan itu ada tak, tegas ustaz. Nabi mengayakan kehidupan yang tidak mewah. Firaun yang terlalu mewah lupa asal usul hingga mengaku tuhan. Bukan tak boleh, tapi macam mana kita mengayakan kehidupan kita sampai kita boleh bantu orang-orang lain dapat berkongsi sama. Namun tak semua boleh fikir seperti itu. Nabi kata, inilah penyakit..

Memang ada hadis lain menyebut kalau terlalu miskin jatuh kufur. Tapi kufur ini banyak maksud dari berbagai sudut. Bukanlah bererti berlumba-lumba cari mewah yang dibenarkan, hingga lupa apa di izin Allah dan apa yang tidak di izin Allah. Ustaz menyeru dan mengingatkan kita perlu ada kitab Sirah Nabawi, kisah hidup Rasulullah. sebab itu contoh terbaik.

Peliklah kalau kita contohkan sesuatu, kita suka memilih orang-orang kafir yang terkemuka. Kalau kita mencontohi nabi merujuk kitab-kitab sirah, Lalu dalam kitab sirah kita boleh ingat macam mana nabi hidup boleh meningkatkan keimanan kita.

Penyakit yang Ketiga :- التَّكَاثُرُ

menghimpunkan harta sebanyak mungkin


Hidup ini, rosak bila nak dapatkan harta sebanyak mungkin. Bukan tak boleh, tapi nabi sebut, akhir zaman nanti, umat aku dalam mencari harta dah tak kiralah dari yang halal atau yang haram. Sumber tak kira dah. sebab apa , sebab ada penyakit, tak kira, asal dapat harta sebanyak mungkin. Rupa-rupanya bila dah bergelumang dengan sumber yang dilarang oleh syarak ia menjadikan penyakit. Sedangkan nabi pesan kita cari yang halal sahaja. Sedangkan Halal itu jelas, yang haram juga jelas.

Ayat yang dibaca oleh ustaz dalam muqadimah kuliah beliau tadi, surah al-Maidah : 3 di sebut Allah,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni'mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Quran menyebut dah cukup dah rezeki yang Allah bagi, tak kan nak ambik harta haram. Tetapi kata , nabi umat akhir tak kira sumber asalkan dapat harta. Itulah penyakitnya umat dahulu dan umat nabi sekarang.

Menarik perhatian kita, ustaz menegaskan, bahawa sepatutnya harta yang kita cari pasti sudah kita tahu sumber macammana kita boleh mendapatkannya.

Selain dari penyakit ini, Nabi sebut lagi penyakit

Keempat :- التَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا

Berlumba-lumba mencari dunia. Hadis lain, 'akan ada umat aku sanggup menjual agama dengan semata-mata untuk mengaut keuntungan'

Sanggup mengadai agama. Agama dah sebut arak ni haram. di katanya sumber ekonomi yang terbesar. Tidak ada keyakinan dengan Allah. Hari ini, budaya arak menjadi budaya yang tak malu dikalangan kita. Boleh didapati dimana-mana. Dalam rumah pun sudah ada arak. Tanyalah ulama' ker, umarak ker, ular dalam semak ker... (lawak ustaz) semua akan kata, arak haram.

Arak termasuk di antara hukum had (hudud). Dalam islam ada hukum had. Yang tak akan berganjak walau berubah zaman hukum tetap sama. Iaitu lah hukum sebat 40 rotan. Bukan sebat macam digembar gembur sekarang. Pameran dalam penjara , tak boleh... gitu. Kena 2 das pun pengsan. Macam mana sebat pada penzina belum berkahwin 100 rotan. Dalam islam bukan begitu. boleh mati.. kalau sebat gitu.

Dalam islam, hukuman mati tak banyak. contoh keluar dari Islam, lepas nasihat baru boleh bunuh. Lainnya, Rejam sampai mati pada yang dah berkahwin, jika berzina. Tidak termasuk penzina bujang, yang mana bujang hukumannya sebat. kalau gaya angkat macam tadi mati orang tu nanti. Hukum islam, sebat tak boleh kurang, tambah tak apa. Zaman Saidina Umar al-Khattab, dengan 80 rotan baru berhenti mereka yang minum arak, maka Umar sebat 80 rotan sesuai keadaan zaman dia. Dia buat hukum takzir. Hukum arak ni Kurang tak boleh, tambah tak apa.

Ustaz menceritakan demikian nak mengambarkan bahawa kadang-kadang sebahagian masyarakat kita tidak melihat hukum yang Allah tetap kan itu, bukanlah hakikatnya islam itu nak jatuh hukum dekat orang, tetapi suatu pencegahan daripada Allah. Hasil tidak menerima hukum dari Allah, tengok berlambak orang minum arak. Ramai yang tak rasa berdosa. Bahkan melawan dengan berbagai alasan. kata tak mabuklah.. minum sikitlah.. Bukan sebab dinamakan arak, menyebabkan ia haram. Bukan sebab 'nama' .Asal memabukkan, maka itu dihukumkan haram.

"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)

Ustaz membawa cerita seorang yang nak berkongsi business orang tersebut iaitu rakannya, ada jual arak. katanya dia minum sikit aje, bukan banyak dan bukan mabuk. Bila sebut haram, bukan kira sikit ke banyak. Hukumnya tetap kata ustaz.

Inilah yang Nabi sebut nak berlumba-lumba nak capai dunia itu tidak menghirau halal dan haram.

Kelima :- التَّبَاغُضُ
Saling memarahi, tiada toleransi, asyik nak bergaduh je sesama umat islam. Kita dalam islam ni, nabi sebut dalam satu hadis, yang memberi maksud,

orang yang tidak ambil peduli tentang umat islam. maksudnya ambil berat, hadis lain juga nabi menyentuh bukan di kalangan aku hidup mewah, makanan nya sedap sedang jirannya kebuluran. Nabi sebut tak beriman. Nabi jaga dan perihatin sosial masyarakat. Ada cara kita hidup dengan saudara islam kita. Orang kafir juga kalau tidak cari pasal dengan kita, kita kena hormat dia. Nabi sebut dalam satu hadis...

Sabda Nabi SAW:

من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله
Maksudnya;“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah

Siapa Kafir zimmi ni..?, dia duduk dalam negara islam, dia pun hormat pada pemerintah umat islam, dia tak kacau tempat ibadat umat islam, hidup susah senang, suka duka sama dengan umat islam, nabi kata, siapa yang menyakiti orang kafir zimmi ni, sama macam menyakiti baginda, kata Nabi s.a.w.

Ini menunjukkan Kalau dengan orang kafir pun nabi suruh jaga, apatah lagi dengan sesama islam kita. Tapi kita tidak, salah sikit je bergaduh, tidak bagi keluarga bertegur sapa 7 keturunan, ada yang sampai 14 keturunan. Kadang-kadang sebab pokok pelam masuk rumah dia, sebab marah menyapu daun aje. Daun Kelapa jatuh ke dalam rumah je. Sebab apa jadi macam ni, kata ustaz, sebab ada penyakit di hatinya penyakit kira nak marah je, tak boleh pandang muka.

Nabi orang kafir lumur tahi unta atas kepala, nabi tak marah sebab dalam hati nabi berkata dia tahu orang itu akan condong pada islam suatu hari nanti. Bukan bermakna nabi dayus. Berapa banyak perang nabi telah sertai. kita berapa banyak yang kita berperang, soal ustaz.

Nak beritahunya, Tapi nabi tak marah, kita... pantang di sentuh sikit nak marah.

Yang terakhir kata ustaz, penyakit yang melanda kita, iaitu yang

Keenam :- َالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ
hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain

Hasad ini, yang diizinkan oleh agama ada 2 hasad aje kata ustaz. Satu hasad pada orang yang ada ilmu, tengok alim ulama' , tengok muka aje dah sejuk dah dalam poket dia, baju dia ada al-Quran. Memahami bacaan al-Quran. kita ada hasad dengan dia, agar berlumba-lumba mencari ilmu. Bukan hasad pergi jumpa bomoh bagi dia tak boleh baca Quran kata ustaz. Bukan..bukan itu maksudnya. kita hasad supaya kita berlumba nak jadi macam dia. Supaya kita dapat rasa pentingnya ilmu tu.

Keduanya, boleh ada hasad pada orang yang ada harta dia infakkan di jalan Allah. kita rasa hasad dan cemburu agar usaha cari harta nak infak juga macam dia. InsyaAllah, bila aku berjaya, mana-mana yang perlukan, susah, anak yatim kita akan bantu.

Tapi kita hasad , maka sebab hasad semua jadi tidak aman dan tidak bahagia dan kelam kabut. kata ustaz dalam menjaga jasmani, kita jaga juga penyakit-penyakit tadi agar ada benteng tidak mengenai diri kita penyakit yang Rasulullah sebutkan tadi. Ambillah peringatan ini sebagai satu menafaat untuk hidup kita seru ustaz, menamati kuliahnya pada tengahari tersebut.

Allahu a'lam.

Sunday, April 25, 2010

USTAZ AMRAN SHARIF : Tafsir an-Nisaa

KULIAH SUBUH 25/4/2010 DI SURAU AR-RASYIDIN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
.
Surah An- Nisaa : 59

Dalam membawa Tafsir Surah An-Nisaa, Ustaz menyentuh bahawa manusia mempunyai sikap yang suka memilih perkara yang di larang. Peribadi manusia lebih kurang sama aje, suka condong melakukan kejahatan, yang sia-sia, yang kotor, yang lag'ha. kecenderungan itulah yang perlu kita tarik dengan contoh-contoh , pandangan-pandangan yang boleh di terima mudah-mudahan apa yang kita maksudkan tercapai.

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya."
Surah An-Nisaa: 60

yakni orang munafik itu berpaling dengan sebenar-benar palingan. ayat 59 sebelumnya telah di terangkan jika terjadi pertikaian kembalikan kepada Allah dan rasul. masalah akan habis, lenyap maka timbullah kedamaian. Sayangnya orang munafik tidak akan mahu. kalau ada keuntungan pada diri mereka, baru mereka mahu. Bahkan menolak disamping turut bersorak, mendabik dada, hanya berkata percaya pada tuhan,tetapi bila bawa pada tuhan, ingkar. Mengaku umat Nabi muhammad, percaya quran. bila ajak , lebih percaya praturan yang dibuat manusia dari peraturan Allah.

kenapa? Bila kita mengembalikan persoalan kepada Allah tidak mahu. Bila di tanya, adakah selain islam lebih baik. Mereka cakap tak ada. Adakah kitab yang lebih baik dari quran, juga katanya tak ada. tetapi bila di ajak ke pada kebenaran, yang boleh mewujudkan kebahagiaan kedamaian. tak mahu.

Bila diputus ikut Allah, mereka bantah, jelas tak beriman pada Allah, mempermain2 kan apa yang Allah turunkan. Ini dijelaskan dan disebut juga dalam surah al baqarah:14

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka , mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْاْ إِلَى مَا أَنزَلَ اللّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُوداً
Apabila dikatakan kepada mereka : "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah an-Nisaa ayat :61

Bukan sahaja mereka tidak mahu tunduk dengan hukum Allah dengan pelbagai alasan, tetapi mereka cuba menghalang-halangi tatakala hukum Allah ingin di tegakkan. Mereka mengejek-gejek dan mempertikai hukum hakam dengan berbagai keadaan. Namun mereka lupa, akan tetapi mereka tak sedar, Allah yang benar menghina mereka, mengejek dan memperolok-olokkan mereka dengan cara Allah membiarkan mereka, menegelamkan mereka dalam kesesatan dan kekufuran. mereka sangka kebaikan mereka yang di dapati, seperti Qarun, dia sangka baik, Tuhan bagi, badan sihat, pengikut banyak, apa yang sedang di alami merupakan istidraj dari Allah.

Suatu hari nanti , Allah humban dalam neraka, diazab dengan sebenar2 azab. mereka yang langgar hukum Allah, jangan menganggap buat betul. tak perlu hairan dengan mereka makin kaya, makin sihat, mereka tunggu masa aje balasan Allah. mereka resah, dan tidak tentu arah.
Allah menjelaskan azab yang diterima oleh mereka di dunia lagi.

Sebagaimana di sebutkan dalam surah as-sajadah : 21
Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).

Ini merupakan hukuman yang Allah bagi pada makhluk, walaupun merasa sihat dan kuat, namun ketakutan, kegelisahan, keresahan dalam hatinya tak pernah rasa bahagia dan tenteram, itu azab namanya. Sampai menipu, merancang jahanamkan orang, jika pun berjaya dan berhasil, satu kejahatan, kezaliman, kekufuran, jika itu berlaku, jika peroleh banyak kawan, kejayaan, hati tidak akan pernah tenteram, aman terus gelora dan gelisah. jika di akhir hayat tak ada kuasa, tidak ada kekuatan maka semasa tunggu saat-saat kematian, belum mohon maaf yang disakiti,disinggung,dizalimi,dikasari, di maki, dihamun, tentu dia akan jadi satu penyiksaan batin yang tak kunjung henti.

Itu gambaran azab di dunia. Azab di akhirat lebih besar. tujuan , supaya mereka kembali kepada ajaran agama. tapi, peluang diberi Allah tidak di ambil. tidak direnung serta tidak difikir, bila Allah tarik nyawa, masa itu sudah tidak boleh buat apa.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah, cuba kita lihat pula betapa lah halnya ayat 62 Surah An- Nisaa selanjutnya..

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَآؤُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ إِحْسَاناً وَتَوْفِيقاً
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah : "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna". Surah An-Nisa :62

orang munafik bila dah terdesak, bila dah tak ada laluan lain, Rasulullah peringatkan taat kepada Allah keseluruhan, jangan setengah2. Mereka hanya menerima apa yang memberi kepentingan kepada mereka. Mana-mana yang mereka tidak suka berlawanan dengan hawa nafsu mereka, mereka akan tentang sehebat-hebatnya. Inilah perangai orang-orang munafik.

Hari ini, Solat 5 waktu, namun bila orang lain pelawa buat perbuatan salah, turuti jugak. Dalam pada berdoa pada Allah, minta pula pada bomoh. Umrah, doa dan sujud dalam masjidil Haram, nak mempertahankan kedudukan, tapi jumpa bomoh jugak. ini semua tidak betul, pakai azimat, tangkal, dah sembah Allah, undang-undang Allah tidak pula di pakai.

Maka, Buanglah peraturan-peraturan yang bercanggah. Bila Peraturan Allah tidak dilaksanakan, timbullah berbagai risiko. Kita akan dapat melihat akibat. Allah telah memberi tahu, kita tidak peduli. keruntuhan akhlak, moral menjadi-jadi sekarang ini, buang anak, rogol, dalam radio da disiarkan, seorang profesor madya berkata .. bahawa di Malaysia sekarang ini, mengikut angka statistik JPN anak luar nikah, purata satu hari 7 orang di lahirkan. bimbang kita, bila angka ini di catat dari pusat pemulihan, dan yang di campak di tepi lain.

Bersama kita betulkan keadaan ini, kalau ini berterusan, bagaimana bangsa kita kelak. membawa wanita hamil ke pusat pemulihan, satu pekerjaan baik. setakat membantu mereka melahirkan, tidak mengurangkan jenayah. Sama-sama usaha cari lelaki yang buat, tangkap dan hukum seberat-beratnya. Apa yang berlaku, Dalam usaha setengah pihak ada kesungguhan untuk menangani, wujud pusat hiburan yang berselerak dengan perilaku yang mencontohi barat.
Dalam masa yang sama kita terikat dengan budaya mereka. pada kita memang salah. anak-anak muda naik motosikal berani berpelukan. Ramai yang tidak peduli. tengok aje. budak-budak sekolah dah ramai hamil dan berselerak yang merokok.

Pelancung seluruh dunia ramai datang Malaysia. Harga melangan pelacur tak mahal. Tangkap sikit, datang nya ramai lagi. Bukan untuk menyalahkan satu pihak. Penguatkuasaan di lakukan tak berkesan. Bahkan pencegah maksiat, buat maksiat. lepas lelaki lari, dia pula yang lakukan. macam-macam. Payah , berpunca tidak ada keiklasan yang bersungguh-sungguh berhukum dengan perintah Allah. Allah sediakan hukum Quran, kita gubal dengan berbagai-bagai hukuman lain, masyarakat rosak, semakin liar, namun tak sedar-sedar juga, penyakit dalam hati tak mahu ubat, Allah akan menambah penyakit lain.

Ini yang kita bimbang, orang-orang yang beriman bimbang, apa jadi dengan anak-anak. masa depan anak-anak. soal pekerjaan tak susah mana. tapi soal perkembangan budak-budak, salah guna handphone yang diberi. Berat, siang malam pagi petang, risau memikirkan anak-anak. dulu memikirkan makan anak ada ke tak ada. masa kini, kemajuan yang didapati, hari ini sangat dibimbangi. tak terkawal . mereka lebih tahu dan mahir dari kita. mereka lebih nekad dan berani dan kurang ajar. orang tua mereka di lawan. lahir pula anak-anak derhaka. kalau ibubapa sendiri mereka derhaka, apatah lagi dengan orang tua lain. tegur tak boleh. dilawannya balik. Dihalaunya kita.

Bagaimana peribadi rosak begini. gambaran yang jelas dan nyata dilihat sehari-hari, ada yang jemput kawan, kaki pukul, samseng, kaki rogol. Inilah yang berlaku dan akibat keengganan menerima peraturan Allah. maka hukuman Allah di akhirat sangat berat, kehormatan sudah tidak terjamin lagi kini, dalam rumah juga berlaku.

Inilah yang digambarkan oleh ayat di atas, mereka itu adalah orang-orang yang diketahui Allah apa yang ada dalam hati mereka. Allah mengatakan kepada Nabi, maka berpalinglah dari mereka. Berikan pengajaran kepada mereka. katakan kepada mereka, perkataan yang boleh menimbulkan kesan yang mendalam. Nabi ada sokongan dari Allah secara langsung.

أُولَـئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلاً بَلِيغاً

Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. Surah an-Nisaa : 63


Jahiliah dulu tak sehebat sekarang. Kini berganda-ganda. Dulu, bukan orang bodoh. Tahu, tapi tak mahu tahu. Soal bercakap ok, hairan kita. Jahil tentang agama. Jangan nampakkan tolak ansur lagi pada orang seperti ini, dalam satu keadaan. kata Allah. Jangan nampakkan sikap maaf, ambil tindakan terus, atau berpaling, tinggalkan sahaja. Bagi pengajaran kepada mereka dengn muka yang tidak senang, insafkan mereka, beritahu kepada mereka, terima hukum Allah 100%.

Inilah yang disampaikan oleh alim ulama'. tapi di kutuk dan dikata ada kepentingan. Apalah kepentingan mereka melainkan mengajak kita taat kepada Allah. Mengakui kebenaran Allah. Kata mereka juga hendak Islam, tapi bila bercakap pasal akhlak, pasal peraturan, pasal hukum percakapan kita tidak diterima. Lalu apa lagi yang boleh kita gunakan. Ulama' cakap pun tak terima. Namun diperolokkan, dipersendakan, ulama' seperti anbiya' selalu jadi sasaran, tak kaya,tak ada projek besar. Ajak kembali pada Allah, ajak buat baik, ingatkan azab Allah. itupun di marah.

Tetapi kata-kata orang barat, orang berpengaruh, ada 'class' bagi mereka. Jadi hadirin sekelian, asbab nuzul ayat ini, ada di kalangan orang islam di zaman Nabi s.a.w. adalah yang mengaku islam, tapi bila berlaku perselisihan di kalangan mereka, masyarakat mereka jumpa kahin-kahin,bomoh-bomoh. kenapa bila berlaku perselisihan, cari bomoh-bomoh, dukun-dukun.

pasal apa..?. Akhirnya, kenapa begini... kesimpulan, wujudnya penipuan yang besar pada Allah. Nak jadi orang islam jangan separuh-separuh. ikut aje perintah Allah s.w.t. Kita yakin Islam boleh mengatasi masalah keseluruhannya, dengan syarat kita ikhlas. Meskipun di sedari, tak ada, tak sanggup, nak kata semua ikhlas kerana ramai yang berkepentingan untuk kembali kepada agama Allah. Allah yang maha pemurah tetap menerima hamba-hamba yang ikhlas yang ingin kembali kepadaNya.


وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُواْ أَنفُسَهُمْ جَآؤُوكَ فَاسْتَغْفَرُواْ اللّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُواْ اللّهَ تَوَّاباً رَّحِيماً
Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Surah an-Nisaa : 64

Bukan senang untuk meninggalkan kemewahan yang sedia ada. Seperti Abu Lahab dan sekutu-sekutunya. Apapun jalan penyelesaian adalah agama, tegas Ustaz. Senang dalam hati, tidak ditekan oleh perasaan-perasaan salah. Tekanan perasaan adalah atas perbuatan-perbuatan kita sendiri. Hati telah tertekan. dihantui perasaan bersalah. jangan harap ada kebahagiaan. Melainkan kesalahan kita telah diampunkan oleh Allah.

Bagaimana boleh masuk ke dalam kedamaian, kebahagiaan , ketenangan, mengabdi diri sepenuhnya kepada Allah. Melainkan dengan jalan kembali kepada hukum hakam Allah, seru Ustaz sebagai penutup kuliah subuh pagi tadi.

Allahu a'lam.

Saturday, April 24, 2010

USTAZAH ROHANI : Ketahui Hukum-hukum agamamu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

KULIAH MUSLIMAT 23/4/2010 DI MARA

Jumaat adalah penghulu segala hari. Sebagaimana Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Hari jumaat lah kita di minta tangguhkan jual beli sebentar, oleh Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Surah al-Jumu'a:9

Memperbanyakkan pengisian dengan menuntut ilmu dan majlis zikirullah, adalah suatu yang sangat-sangat dituntut. Demi untuk mempastikan umat islam dan juga tidak terlepasnya kaum muslimah memahami hukum-hukum Allah.

Membicarakan Kitab, 50 WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA KAUM WANITA, Ustazah Rohani , dari UNIKL mengulas tajuk yang berkaitan tentang.

“Ketahuilah Hukum-Hukum Agamamu”

Memulai dengan sebuah hadis, yang di petik, Majdi As-Sayyid Ibrahim
“Artinya : Dari Ummu Salamah, dia berkata. ‘Ummu Sulaim pernah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berkata. ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya Allah tidak merasa malu dari kebenaran. Lalu apakah seorang wanita itu harus mandi jika dia bermimpi ?. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab. ‘Jika dia melihat air ‘. Lalu Ummu Salamah menutup wajahnya, dan berkata. ‘Wahai Rasulullah, apakah wanita itu juga boleh bermimpi .? ‘Beliau menjawab. ‘Ya, boleh’. Maka sesuatu yang menyerupai dirinya adalah anaknya”.

Perhatikanlah firman Allah ini.

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Surah az-Zumar:9

Namun hari ini, ramai wanita lebih mengutamakan beli baju dari beli buku. Melawati dan sukarela menuju dan mara ke jualan baju dari ke majlis ilmu. Walaupun kedai tu tak menyeru dan memanggil, kita tuju aje ke sana. Tetapi majlis ilmu, nak kena panggil, itu pun tak semua yang mahu. Teguran ustazah mengingatkan semua.

Begitulah Islam menyeru agar para wanita diajari dan diberi bimbingan tentang hal-hal yang harus mereka biasakan, untuk kebaikan di dunia dan akhirat.


Ketiadaan ilmu membuatkan, didikan kita pada anak-anak tidak sempurna. Anak-anak hari ini, ada yang baru tingkatan dua, telah mula melakukan perbuatan keji dan terkutuk. Rimas kita mendengar di dada-dada akhbar hari ini perkara-perkara sebegini. Benarlah dikatakan, tangan yang mengoncang buaian itu boleh mengegar dunia. Salah mendidik, maka buruklah hasilnya. Nauzubillah. Berusahalah mencari ilmu, agar tidak mudah semua kita tertipu, oleh tarikan yang tidak menentu.

Tukar kepala kita, kalau tak suka ke kedai , buku, tak suka mata membaca ilmu, bawa telinga ke majlis ilmu. walau sekejap pun, datanglah... rasa-rasa nak lelap tu.. bolehlah nak keluarpun tak ape lah... kata ustazah.

Memerhati wasiat Nabawi ini, bahwa Ummu Salamah datang untuk mempelajari apa-apa yang tidak diketahuinya, sehingga akhirnya dia boleh mengetahui secara jelas dan menyeluruh. Begitulah seharusnya yang dilakukan seorang wanita muslimah. Mereka kena bertanya tentang hukum-hukum agamanya. Karena yang tahu hukum-hukum tersebut diantara mereka hanya sedikit sekali. Marilah kita mengamati wasiat ini.

Contohi bagaimana adab Ummu Sulaim yang memulai ucapannya dengan berkata.

“Sesungguhnya Allah tidak merasa malu dari kebenaran”. Maksudnya, tidak ada halangan untuk menjelaskan yang benar. Sehingga Allah membuat perumpamaan dengan seekor nyamuk dan yang serupa lainnya sebagaimana firman-Nya. “Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu”.


Begitu kesungguhan Ummu Sulaim. Tidak ada halangan baginya untuk bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang apa-apa yang mestinya dia ketahui dan dia pelajari, meskipun mungkin hal itu dianggap aneh. Sungguh benar Ummul Mukminin, Aisyah yang berkata. “Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar. Tidak ada rasa malu yang menghalangi mereka untuk memahami agama”.

Selagi engkau dikongkong dan diselaputi rasa malu dan tidak mau mengetahui hukum-hukum agamamu, maka ini merupakan kesalahan yang amat besar, bahkan sangat merbahaya. Bertanya agama malu, namun melakukan sesuatu di luar batas agama ramai yang tidak merasa malu.

Ada suatu pertanyaan dari Ummu Sulaim, dia bertanya. “Apakah seorang wanita itu harus mandi jika dia bermimpi?”. Maksudnya, jika dia bermimpi bahwa dia disetubuhi. Jawaban Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika dia melihat air”. Makna jawaban ini, bahwa jika seorang wanita benar-benar bermimpi dan ada petunjuk atau bukti terjadinya hal itu, yaitu dia melihat adanya bekas air mani di pakaian, maka ini merupakan syarat mandinya. Namun jika dia bermimpi dan tidak melihat bekas air mani, maka dia tidak perlu mandi. Setelah diberi jawaban yang singkat dan padat ini, Ummu Salamah langsung menutupi wajahnya dengan menekup mukanya seraya bertanya.

“Apakah wanita itu juga bermimpi?”.

Ketahuilah wahai Muslimah !
Rasa hairannya Ummu Salamah itu bukanlah sesuatu yang aneh atau pelik . Pernah terjadi pada diri Aisyah, sementaranya ilmunya lebih sempurna, sebagaimana yang disebutkan dalam suatu riwayat, dia berkata. “Kecelakaan bagimu. Apakah wanita akan mengalami seperti itu ?”. Dia berkata seperti itu dengan maksud untuk mengingkari bahwa wanita juga boleh bermimpi.

Jika permasalahan-permasalahannya yang hakiki tidaklah seperti yang disangkakan bahwa setiap wanita boleh bermimpi. Mimpi itu hanya terjadi pada sebagian wanita, sedangkan yang lain tidak. Maka inilah sebab pengingkaran dan kehairanan yang muncul dari Ummu Salamah dan Aisyah. Namun kehairanan ini boleh dijelaskan oleh jawaban Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Na’am, taribat yaminuki’, maksudnya : Benar, seorang wanita boleh bermimpi. Perkataan beliau : “Taribat yaminuki”, maksudnya, dia menjadi rendah dan berada di atas tanah. Ini merupakan lafazh yang diucapkan saat menghardik, dan tidak dimaksudkan menurut zhahirnya.

Kemudian di akhir ucapan beliau ada salah satu bukti nubuwah, yaitu perkataan beliau : “Sesuatu yang bisa menyerupai dirinya adalah anaknya”.

Ilmu pengetahuan moden telah menetapkan bahawa lelaki dan wanita saling bersekutu dalam pembentukan janin. Sebab jenis haiwan yang berkembang biak, benih datang dari pasangan laki-laki ke indung telur yang ada di dalam tubuh yang perempuan, lalu sperma yang satu bercampur dengan yang lain. Dengan pengertian, bahawa separuh sifat-sifat yang diwariskan kira-kira bersumber dari yang laki-laki dan yang separuhnya lagi kira-kira berasal dari perempuan. Kemudian boleh juga terjadi pertukaran dan kesesuaian, sehingga ada sifat-sifat yang lebih menonjol daripada yang lain. Maka dari sinilah terjadi penyerupaan.

Jadi sebagaimana yang kita ketahui , seperti apapun keadaannya, tidak mungkin bagi jenis haiwan yang berkembang biak, yakni hanya laki-laki saja yang boleh membuahi suatu mahluk hidup, tanpa bersekutu dengan indung telur pada jenis perempuan.

Semoga ilmu yang kita pelajari hari ini, dari wasiat Nabawi ini, semoga Allah memberi manfaat kepada kita semua.

Allahu a'lam.

USTAZ ABDUL HAI : Bantahan Terhadap Adanya Azab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TAFSIR SURAH YA-SIN (AYAT 51-60)

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَإِذَا هُم مِّنَ الْأَجْدَاثِ إِلَى رَبِّهِمْ يَنسِلُونَ
Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Surah Ya-sin:51

Dalam membicara ayat ini dalam satu Tazkirah pagi di MARA pada 23/4/2010 menjelaskan kepada kita inilah janji Allah yang disampaikan melalui Rasul kita. Bahawa manusia akan dihimpun kembali untuk mendapat pembalasan dari Allah atas segala perilaku mereka di dunia ini. Baik akan di balas baik begitulah sebaliknya.


Tidak siapa yang akan diiniayai. Mana-mana yang dijanjikan syurga oleh Allah akan mendapat kelazatan dan kebahagiaan sebagaimana yang telah banyak di nyatakan oleh Allah dalam ayat-ayatnya.


Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Surah Muhammad: 15)
Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.


Namun bagi mereka yang kafir dan maksiat kepada Allah mereka adalah orang-orang yang berdosa. Allah menempelak mereka, kerana telah diberi ingatan pada mereka jangan mengikut langkah-langkah syaitan.

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",

Surah Ya-sin:60


Telah banyak diberitahu kepada kita, bahawa syaitan itu asalnya telah menghasut Nabi Adam dan Hawa seterusnya ia akan menghasut manusia hinggalah ke hari kiamat.


Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil"
. [Surah Al-Israa (17): 62]


Hari ini, ramai yang melakukan maksiat, meninggalkan solat. Ramai yang lupa bahawa syaitan tidak akan dapat menganggu orang yang benar-benar bertaqwa. Itulah janji Allah. Tetapi kebanyakkan kita tidak memilih jalan taqwa.


Hinggakan di ajarkan kita berlindung dengan syaitan walaupun masuk ke tandas.
Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan “Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina. al-Bukhari Muslim


Sayugialah kita selalu berdoa kepada Allah. Terlalu banyak rezeki yang telah kita kecapi, namun kebanyakkan manusia sombong kepada Allah dan suka membesar diri.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". Surah al-Mu'min:60

Maka perbanyakkanlah mengingati Allah dengan solat dan membaca al-Quran, serta membuat amalan-amalan yang baik. Sebagaimana yang telah dinyatakan, balasan baik adalah syurga yang penuh kenikmatan. Sebaliknya bagi yang ingkar, neraka jahanamlah tempat yang selayaknya bagi orang-orang yang demikian. Nauzubillah.

Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu dari diri ana sendiri.

Allahu a'lam.

Thursday, April 22, 2010

USTAZ MAZLAN HASHIM : Manusia dan Dunia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


KULIAH ZOHOR DI MARA 22/4/2010

Memetik kitab Mastika Hadith, Ustaz Mazlan membicarakan tajuk di atas. Menurutnya, Manusia diciptakan dengan tabiat yang mendorong dia melakukan satu-satu perkara. Tanpa dorongan pasti manusia jadi makhluk yang beku. Dorongan tabiat ini pula, ada padanya sifat-sifat meluap, loba dan melanggar batas-batas yang sepatutnya, jika tidak dipandu dengan akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita.

Tanpa akal fikiran, kita akan melakukan apa sahaja yang kita hendak tanpa batas. Perlu ingat, ada perkara yang Allah izin, dan ada perkara yang tidak di izin Allah. Ada yang Allah suruh, ada juga yang Allah larang.

Perjalanan hidup kita bukan atas dunia sahaja. Kita telah melalui alam roh/rahim, dunia, akan lalui alam barzakh dan akhirat. Alam roh dan rahim, itu urusan Allah. Kita tidak ada pilihan sebagaimana dunia. Di Dunia kita di beri dan dibekalkan dengan akal fikiran. Memberi maksud Allah adil untuk menilai kita nanti. Samada buat baik, betul, salah akan diperhitung di alam pembalasan. Dunia hanya tempat untuk kita diuji. Lulus atau tidak, akan diketahui di akhirat nanti.

Firman Allah,: Ali-Imran : 185


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


menyatakan kepada kita, apa sahaja kita buat di dunia ada pembalasannya. sebagaimana yang disebut dalam surah al-Zalzalah ayat 7 & 8. Sebesar zarah kebaikan dan kejahatan pun akan dihitung Allah.
Di hari kiamat, sempurna pembalasan Allah tidak ada yang terlepas, tidak seperti di dunia, ada yang kadang kadang terlepas.


مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Surah Hud :15


Kehidupan di dunia, hanya kesenangan yang memperdaya. hanya tempat untuk kita di uji. Maka berwaspadalah, nasihat ustaz.

Sememangnya menjadi sunatullah, siapa berusaha akan mengecapi kejayaannya. Dengan sifat rahman Allah itu, orang kafir pun diberinya.

مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Sesiapa yang berusaha, dia yang mendapat hasilnya

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ
Sesiapa yang menanam, dia yang menuai hasilnya


kerana dunia ini, tiada nilai walau sebelah sayap nyamuk. Tetapi bagi orang beriman, Allah memberi dengan penuh sifat rahimNya. Allah beri dengan kasih sayangNya.

Ada yang Allah beri tetapi ianya makin sesat. Dah nak sangat, Allah bagi. Bagi dalam keadaan Allah tidak redha. Dalam keadaan murka. Bahkan mereka itu semakin Ingkar. Firaun dan Qarun, terlalu banyak nikmat Allah bagi, bagaimana keingkaran mereka..?

Jadi, jangan membuat nilaian dengan orang yang kufur dan kafir kepada Allah. Nikmat yang ada di dunia ini, tidak sebanding akhirat. kalau nak diibaratkan secara kasar, celup jari di lautan, setitik air dijari itu seumpama dunia, yang tinggal melaut itu lah akhirat. Dunia terlalu kurang nilai, dari sebelah sayap nyamuk.

Nikmat akhirat, tidak dapat dicapai oleh mata untuk melihatnya, tidak mungkin didengari telinga nikmatnya, juga tidak terlintas di hati keadaannya. Begitulah seksa Allah, tidak mampu mengapai akal kita memikirkan azabnya.
Maka kita perlu menilai dengan betul mengunakan akal fikiran kita. Surah al-Israa': ayat 18-20 lebih menjelaskan keadaan tersebut.

مَّن كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاء لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَّدْحُوراً

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.

وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُوراً

Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu'min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.


كُلاًّ نُّمِدُّ هَـؤُلاء وَهَـؤُلاء مِنْ عَطَاء رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاء رَبِّكَ مَحْظُوراً

Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi.

Maka cara kita menjalani kehidupan di dunia, akan menentukan keadaan kita di akhirat nanti. Di dunia ini, penting untuk kita melihat, mahasaabah diri, dan penghayatan kita atas konsep hidup kita. Maka pergunakan 5 perkara, sebelum datang 5 perkara, sebagaimana hadis di bawah:-

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Ambillah lima perkara sebelum lima perkara : [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Abdul Rahman bin Auf, sanggup meninggalkan semua hartanya bila di arah oleh puak kafir Makkah, bila ingin berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. sebab dia nampak janji dan rezeki dari Allah. sebab itu dia boleh menjana semula hartanya di Madinah.



Kita tidak nampak, sebab itu kita tidak sanggup mengeluarkan harta kita, kita rasa semua harta milik kita. kalau kita conggak matawang satu negeri ke satu negeri yang lain, bila kita nak beli dengan matawang kita, tak laku, tak ada nilai. Begitulah pula, di akhirat, harta tiada nilai. Kaya harta dan wang ringgit di dunia sahaja. Di akhirat, memerlukan amalan dan pahala. Jadi sepatutnya apa sahaja di dunia, kita tukarkan dalam bentuk pahala. itulah tiket masuk syurga atas rahmat Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Ayat ini, menyatakan hanya dengan ketaqwaan sahaja seseorang itu akan selamat. Sememangnya neraka itu di kelilingi dengan perkara-perkara yang disukai manusia. Begitulah sebaliknya, syurga itu di kelilingi oleh pekara-perkara yang kita tidak suka.

Apa tidaknya, siapa yang suka untuk mengeluarkan harta untuk orang lain. sanggup simpan-simpan duit, kemudian hitung-hitungkan. Dalam mencari harta, tidak ingat pada Tuhan. Dapat harta, di bilang-bilang. Itulah sikap manusia di akhir zaman.


Apa yang baik itu adalah dari anugerah Allah s.w.t , yang tidak itu adalah dari kelemahan ana sendiri, sebagai pengolah semula apa yang di sampaikan oleh Ustaz.

Allahu a'lam.

NIK SYUHARUL APIZO : Cara Menghadapi Musibah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TAZKIRAH PAGI 22/4/2010 DI MARA

Memulai tazkirah pagi, Akhie Nik Syuharul memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t atas hidayah, petunjuk dan kebahagiaan anugerah islam bagi semua kita di bumi Allah ini.

Akhie Nik, melontarkan persoalan, “Mengapa kita sebagai manusia yang tidak lekang terhadap apa-apa ujian dan kejian terhadap kita di mana-mana atau di bahagian masing-masing?”

Bagaimanapun beliau mengajak kita tidak perlu risau terhadap musibah tersebut, lantaran memberi panduan bahawa Allah telah mengajar kita cara menghadapi situasi tersebut.

Sebagai perkongsian beliau menghidangkan cara-cara menghadapi musibah sebagaimana yang diajarkan oleh Allah s.w.t.

Setiap orang bila menerima musibah maka akan terkeluarlah 3 sikap di bawah :-

Pertama, PENOLAKAN: sikap ini wujud bagi yang tidak dapat menerima hakikat, semangat hilang dan tidak dapat menerima ujian atau musibah tersebut. Maka ia akan lari dari hakikat kebenaran. Maka keadaan ini akan menyebabkan jiwa lebih tertekan. Hati berasa sempit, keliru.

Islam mengajarkan : kita kena berani menghadapi hakikat, berlaku jujur kerana ianya membuat kita semakin tenang. Terimalah segala kekurangan dan kelemahan kita. Sekiranya kita tidak dapat menerima, maka tidak dapatlah kita untuk membuat perubahan kepada yang lebih baik.

Keduanya, MENGELUH: Sikap kita menerima ujian tersebut dengan keadaan marah, mendengus, salahkan orang lain. Kita harus pasrah dan tidak boleh menyalahkan taqdir, tatkala melalui saat-saat yang getir. Sedangkan mengeluh tidak akan dapat mengubah apa-apa. Jika kita melakukan demikian, maka keadaan semakin tertekan dan terhimpit.

Islam mengajarkan: kita perlu bersikap Muqarrabah. Mendekatkan diri kepada Allah, dengan selalu merasai di awasi. Kita perlu menyedari bahawa Allah melihat apa yang kita lakukan dan ada nilaian di sisi Allah jika kita buat sesuatu dengan betul dan baik. Dimana, di waktu senang kita tidak lupa kepada Allah, apatah lagi waktu susah kita bergantung harap dan penuh pergantungan kepada Allah. Barulah hati kita akan menjadi tenang dan bahagia.

Ketiganya, TERIMA APA KETENTUAN HIDUP: Sikap ini menerima dalam keadaan tidak marah, tidak angkuh. Jika salah kefahaman maka akan putus asa, hilangnya semangat, murung, tidak ceria dan kusut fikiran.

Islam mengajar kita menerima kesusahan di samping ada usaha dan tawakal kepada Allah. Setelah berusaha, kita berserah kepada Allah. Jika perniagaan atau perkerjaan yang gagal kita ubah dengan usaha baru. Rumahtangga yang goyang, kita usaha perbaiki. Apa-apa yang diluar kemampuan kita.., kita serahkan kepada Allah.

Dengan adanya konsep muqarrabah maka kita akan berasa tenang. Jika tidak, rasa bagai dihempap bukit.
Sesungguhnya manusia akan diuji. Dihujung ujian bagi mereka yang tidak putus asa, berusaha, tenang, berjuang bersungguh-sungguh, maka ia adalah pemenang dalam ujian tersebut.

Maka kefahaman kita dalam hal ini merupakan sumber kekuatan dalam jiwa dan organisasi, dan kita diseru ayuh.. bersama-sama berjuang melalui kefahaman yang kita ada ini. InsyaAllah, akan lahirlah pekerja yang berjiwa kental dan cemerlang dalam organisasi kita.
Allahu a'lam.

Wednesday, April 21, 2010

USTAZ DZUL KHAIRI : Ujian Keimanan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
KULIAH ZOHOR USTAZ DZULKHAIRI DI MARA 21/4/2010

Ujian-ujian dan kesedihan-kesedihan yang dihadapi oleh para anbiya’ mengajar kita erti keimanan. Merenung kembali apa yang di hadapi oleh Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria, yang diuji dengan perihal berkaitan anak. Dalam usia tua, baru mereka memperolehi anak.


Kemudian anak Nabi Ibrahim (Nabi Ismail) di perintah disembelih oleh Allah s.w.t untuk menguji keimanannya. Anak nabi Zakaria (Yahya) tidak punya keinginan terhadap wanita. Maka Keturunan mereka terputus.


Semua ini menyatakan orang yang berjaya terlebih dahulu pasti melalui kegagalan. Di Tanya pada seorang yang sangat kaya, katanya, yang kita nampak kejayaannya dia, hanya 1% dan kegagalan yang telah di tempuhnya 99%.

Nabi s.a.w. yang mulia juga telah menempuh beberapa kali kegagalan dalam perperangan. Penduduk Taif menolak mentah-mentah dakwahnya. Bapa saudaranya yang terhampir Abu Talib juga tidak menerima dakwahnya. 3 menantunya kafir. Anak-anak baginda dicerai begitu sahaja. Nabi kita juga menempuh kedukaan dan kesedihan.


Hinggakan Nabi s.a.w terlalu sedih tatkala Malaikat Jibril terlalu lama tidak turun, hingga baginda membuat percubaan membunuh diri beberapa kali. Berbeza dengan kita, yang banyak membunuh diri kerana putus asa. Nabi kita, kematian isteri, kematian anak, mengalir air mata sahaja, tidak sampailah membunuh diri. Tetapi bagi baginda, ia berfikir Malaikat tidak turun, kerana malaikat sudah benci padanya , Allah sudah murka padanya, apa guna dia hidup lagi.

Apatah lagi, isteri Abu Lahab, nama cantik ‘Ummu Jamil’ namun jahat dengan mengatakan “Syaitan.. dengan memaksudkan jibril ,yang datang pada kamu dah mula membenci kamu”

Membezakan kegelapan dan terangnya hati ini, Allah menyatakan dalam firmannya di antaranya :



وَالضُّحَى
: sebagian penafsir menafsirkan bahwa Allah bersumpah dengan cahaya pagi yang dimaksud adalah kelembutan kasih sayang Nya yang bercahaya indah, karena cahaya pagi adalah sudah terang dan indah namun tidak menyakitkan mata dan kulit sebagaimana cahaya siang yang terik.makna lain cahaya pagi bermakna awal kebangkitan Risalah, karena surat itu turun di Mekkah,

sebagaimana riwayat shahih Bukhari bahwa Rasul saw ketika sebelum jumpa dengan Jibril as untuk membawakan wahyu pertama, Rasul saw berkali kali mimpi cahaya ufuk, demikian riwayat shahih Bukhari, dan mimpi para Nabi adalah wahyu Allah swt. dan cahaya pagi menandakan telah terbitnya risalah tersebut dan menerangi banyak orang yang beriman, namun belum mencapai puncaknya,karena puncak siang teriknya adalah saat Fatah Makkah, dimana islam sedang berjaya. makna lain cahaya pagi merupakan bentuk kasih sayang ALlah kepada Nabi saw yang tidak pernah gelap,dikiaskan dengan ayat berikutnya



وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى
Demi malam ketika telah gelap gulita, dikiaskan dengan kesedihan Rasul saw yang lama tak turun ayat, dan riwayat shahih Bukhari bahwa datang seorang wanita (berkata Imam Attabari dalam tafsirnya bahwa wanita yang dimaksud adalah istri Abu lahab),lalu wanita itu berkata pada Nabi saw : "Sudah pergi syaitanmu wahai muhammad..?" (maksudnya wahyu sudah lama tak turun lagi, dan wanita jahat itu menganggap wahyu adalah kesurupan sang Nabi oleh Syaitan, maka Rasul saw semakin sedih, maka turunlah ayat ini.2. doa tsb adalah : Allahumma kamaa farrahtahum fiddunia, farrih hum fil akhirah".



Waraqa berkata, “Ini adalah Namus (Jibril, malaikat yang menyimpan rahasia-rahasia) yang sama yang Allah kirim kepada Musa. Kuharap aku masih muda dan dapat hidup mengalami saat ketika orang-orangmu mengunjungimu.”

Rasul Allah berkata, “Apakah mereka akan mengunjungiku?” Waraqa menjawab dengan tegas, “Tiada orang yang mengalami pengalaman yang sama seperti yang kau alami diperlakukan dengan buruk. Jika aku masih hidup di hari kau dikunjungi, maka aku akan mendukungmu sepenuhnya.”



Tapi beberapa hari kemudian Waraqa mati dan Wahyu Illahi tidak datang untuk beberapa saat dan sang Nabi jadi begitu sedih sampai kami mendengar bahwa dia beberapa kali bermaksud terjun dari puncak gunung dan setiap kali dia di atas gunung siap untuk terjun ke bawah, Jibril lalu muncul di hadapannya dan berkata, “Wahai Muhammad! Engkau memang Rasul Allah yang benar” dan ini membuat hatinya tenteram dan dia jadi tenang dan lalu pulang." ....

Namun Allah selamatkan baginda melalui malaikat Jibril. Baginda melakukan kerana keimanannya pada Allah.

"Allah tidak membencimu, Allah tidak marah kepada mu.."

Kita di nampakkan oleh Allah, seolah-olah para anbiya diuji dengan anak, keluarga, umpama lagi Nabi Lut dan Nabi Nuh dalam dakwahnya menghadapi isteri yang ingkar. 2 wanita yang sangat keji dalam jagaan orang solih. Nabi Nuh anaknya juga ingkar. Nabi Yaakub bersedih kehilangan anaknya Nabi Yusuf.



Semua ini menandakan bila kita sendiri sakit, demam, kita boleh sabar. Tetapi bila mengenai orang lain, anak , isteri , orang lain, kita gelisah. Semua ini menyatakan sebesar-besar ujian dan bala’ diberi pada para anbiya’ turun sikit-sikit sahaja pada kita. Maknanya semakin tinggi keimanan seseorang, semakin banyak ujiannya.

Sebagaimana yang pernah disebutkan dulu, Allah menguji kita kerana ingin dengar kita merintih kepadaNya. Allah rindukan rintihan kita. Sebagaimana yang ana telah nukilkan dalam tulisan-tulisan yang lepas, bila seseorang itu di uji menandakan Allah sayang kepadanya.


Para nabi berbagai ujian ditempuh. Islam berkembang pun setelah kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. banyak nabi kita mengalami kesedihan. Bapa saudaranya Abu Talib yang didoakan untuk beriman, tidak juga beriman. Nabi Ibrahim mengharapkan bapanya beriman, tidak juga beriman. Apatah lagi kita yang bukan nabi. Kuat mana keimanan kita untuk mendapat sesuatu dengan mudah daripada nabi sendiri.


Iman para anbiya’ semakin diuji semakin tinggi. Semua ini, untuk melihat bagaimana kita yang mengaku mukmin berhadapan dengan saat-saat kesedihan. Kita di anjurkan membaca ‘Innalillahi ….” Bila di timpa musibah atau bala’.Menurut Aisyah isteri Rasulullullah s.a.w kalimah ini lebih baik dari ucapan Nabi Yaakub sewaktu kehilangan anaknya.


Kisah seorang kafir yang miskin bertemu Saidina Ali yang berpakaian baik sedikit dari nya. Dimana si kafir mengatakan dia mendengar Rasulullah berkata ‘dunia ini penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir’ sedangkan nampaknya ia syurga bagi kamu.

Menurut saidina Ali, kamu nampak begitu. Kalau dah ini keadaan kamu, diakhirat nanti jauh lebih teruk dari ini. Dan syurga pula jauh lebih baik dari apa yang engkau rasakan terhadap pandangan engkau terhadap diriku.



Maknanya di sini, kadang-kadang kita melihat orang kafir mendapat nikmat dan kaya raya. Seperti Firaun tidak pernah sakit, paling kaya, kuat. Ini sebenarnya bukan nikmat tetapi istidraj. Apa makna istidraj tersebut. Ianya nampak seperti kebaikan, tetapi Allah mejadikan mereka semakin leka untuk membalas sedahsyat-dahsyatnya di hari akhirat. Seperti Abu Jahal yang Allah akan perintahkan malaikat membawa ketengah neraka untuk dicurahkan dengan air mendidih sebagai sindiran kederhakaannya.



Kesimpulan yang dapat di ambil bahawa semakin tinggi keimanan seseorang semakin tinggi ujian dari Allah, terutama para anbiya’. Allah menguji seseorang untuk melihat pengharapan seseorang dan rintihan mereka pada Allah. Nikmat yang disangkakan kadang kala ianya adalah Istidraj dari Allah. Dimana Allah membuatkan mereka bertambah leka, dan untuk di balas sedahsyat-dahsyatnya.

Tuntasnya, setiap mukmin pasti akan diuji oleh Allah s.w.t. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang semakin tinggilah ujian yang akan di beri Allah kepadanya.


Allahu a'lam.

USTAZ ABDULLAH : Kematian Suatu Kepastian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

surah Ali Imran ayat 185,

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.


Mengupas tajuk berkaitan “kematian satu kepastian” dalam tazkirah pagi di MARA pada 21/4/2010, Ustaz Abdullah Samsudin membawakan sebuah hadis dimana, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda melalui riwayat Abu Hurairah r.a,

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan segala kelazatan(dunia)(yakni mati)“[riwayat Tirmidzi,hadis hassan]

Sememangnya kematian satu hakikat yang pasti dan saban hari kita mendengar bahkan menyaksikan ada saja kematian dalam berbagai-bagai keadaan seperti kematian datang selepas terlantar sakit, terjatuh bangunan tinggi, lemas, kematian yang tidak disangka-sangka, nahas jalan raya dan bermacam-macam cara kematian lagi. Pastinya kematian itu tetap datang pada setiap insan.

Persoalannya, kita tidak tahu bila kematian datang pada diri kita, bila nyawa kita dicabut oleh malaikat maut. Apakah kematian kita datang dalam keadaan baik, atau terbujur sejuk, ruh naik ke langit. Roh kita diterima atau tidak oleh Allah. Adakah kita akan dihimpunkan dengan para anbiya’ atau auliya’?

Hari ini kita mengusung mayat orang lain, suatu ketika orang akan mengusung mayat kita pula. Kita solatkan jenazah orang lain. Akan sampai masanya orang lain pula solatkan jenazah kita. Satu hakikat yang pasti terjadi. Namun ramai yang melupakan soal kematian atau sengaja buat-buat lupa. Tidak mahu mengingati mati.

Cuba renung dan fikir-fikirkan masa depan yang sangat jauh yang menjangkau akhirat. Pertimbangkan samada kita telah mengumpul bekalan dan ciri-ciri seorang yang akan bertemu Allah di akhirat. Fikirkan lah perjalanan kita yang akan menempuh alam kubur, masyhar, hisab untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil.

Sebagaimana yang pernah ana sebutkan dalam tulisan yang lepas, bila mati anak adam akan terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara, iaitu Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Terputus maknanya terputus peluang menambah amalan. Tidak dapat ditokok tambah lagi melainkan dengan 3 cara di atas. Lantas cuba renungkan

i) Banyak mana harta yang telah kita sedekah dan wakafkan. Di mana harta tersebut selama digunakan orang, selama itu mengalir pahalanya.

ii) Ilmu yang bermenafaat. Apa ilmu-ilmu yang menafaat yang kita ajar atau sampaikan pada orang lain. Pahalanya juga berterusan. Lebih-lebih kalau kita mengarang kitab yang sentiasa dibaca orang.

iii) Anak yang soleh. Apakah kita telah Berjaya mendidik anak-anak soleh yang
Bertaqwa dan berwibawa terhadap agama. Menjadi impian ibubapa memiliki anak yang soleh.

Anak soleh tidak akan berhasil dengan didikan yang toleh. Ianya memerlukan didikan yang berterusan, seperti binaan yang tersusun rapi. Ini hanya diperolehi bagi ibubapa yang menghantar anak ke pintu gerbang ketaatan.

Marilah kita fIkir-fikirkan dan renung-renungkan bersama, 3 perkara di atas. Hayati dan menafaatkanlah apa yang telah dibentangkan ini.

Inilah sedikit sebanyak ilmu yang dapat ana petik dari tazkirah pagi yang dibacakan oleh seorang ustaz pagi tadi. Apa yang baik itu dari anugerah Allah s.w.t dan yang sebaliknya itu adalah kelemahan diri ana sendiri.

Allahu a’lam.