بسم الله الر حمن الرحيم
Setiap insan punyai keinginan masing-masing. Tidak semua sama apa yang diinginkan walaupun rambut sama hitam. Bila diamati kembali, keinginan demikian adalah perkara yang berbentuk sementara dan tidak kekal.
Kita mengharapkan apabila membina sebuah mahligai perkahwinan, ianya akan kekal ke akhir hayat. Namun keruntuhan ditengah jalan. Kehampaan pasti datang bertandang. Setelah beberapa ketika kita hadapi dengan sabar, baru kita akan faham, bahawa ianya baik untuk proses kita kearah ketaqwaan. Itupun bagi mereka yang memilih jalan haluan yang penuh keimanan.
Umpama dalam pemilihan sesuatu, semua orang berbeza-beza keinginan begitu juga kemampuan. Sebenarnya kadang-kadang keinginan kita itu bukan sesuatu yang sebenarnya kita perlukan. Maka apabila kita tidak dapat apa yang dihajati, satu masa kita akan tersedar, bahawa itu sebenarnya baik untuk kita.
Mungkin kekadang kita tidak faham mengapa Allah memberi lain dari permintaan kita dan terlalu berbeza dengan apa yang kita harapkan. Namun begitu, Allah sentiasa bertindak betul dan sentiasa melakukan yang terbaik walaupun pada diri kita kelihatan semuanya salah belaka.
Namun percayalah..bila kita bermohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, suatu hari Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik pada masa yang sesuai. Serahkan semua ketentuan pada Allah. InsyaAllah, meskipun kita tidak suka akan perkara tersebut.
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

No comments:
Post a Comment