بسم الله الرحمن الرحيم
Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (QS al-Anbiya:35).
Hidup ini dijadikan oleh Allah penuh dengan ujian. Mana mungkin boleh kita mengatakan kita telah beriman sebelum diuji oleh Allah. Semakin kita mengikut jalan iman, semakin banyak ujian mendatang. Dalam seseorang menghadapi ujian juga berbagai-bagai keadaan penerimaan seseorang.
Apapun ujian yang mendatang, pastinya kita akan menadah tangan kepada memohon kerahmatan dan pertolongan Allah s.w.t. Itulah sikap orang-orang yang beriman.
DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan malaikatNya yang sentiasa patuh agar pergi untuk melakukan pelbagai ujian dan dugaan terhadap hamba-hambaNya. Dengan dugaan dan ujian ini, moga akan terkeluarlah permohonan –permohonan hambaNya kepada Allah. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hambaNya.
Semua ini mengingatkan kita bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hambaNya dan ia adalah sunnatullah. Itulah yang hendak dinyatakan dalam hadis di atas.
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Bukan semudah untuk mengatakan diri sudah beriman. Banyak yang tewas setelah diberi sedikit ujian. Lantaran itulah maka Allah datangkan ujian, bagi mengasingkan hamba-hambaNya yang beriman tidak semata hanya boleh mengatakan dibibir sahaja.
Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan. Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..."
Apa yang perlu dilakukan ialah hadapi semua ujian Allah dengan penuh kesabaran. Bila Allah menguji kita, maknanya Ia sangat sayangkan kita. Allah ingin membersihkan kita. Syaratnya kita perlu menghadapinya dengan sabar.
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)
Dunia yang Allah jadikan untuk manusia di sana penuh dengan pelbagai perkara dan ujian dalam kehidupan. Siapa yang dapat mengambil ia sebagai satu kebaikan, maka baiklah yang didapatinya. Jika sebaliknya, perhiasan dunia yang boleh melalaikan ia dari kewajipan terhadap Khaliqnya, maka ia akan mengundang padah pada dirinya. Maka perlulah istiqamah dalam amalan kebaikan kerana ianya adalah menjadi nilaian Allah s.w.t.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi itu sebagai perhiasan, agar kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik amal perbuatannya." (QS Al-Kahfi:7-8)

No comments:
Post a Comment