بسم الله الر حمن الرحيم
Kematian boleh datang bila-bila masa..
Kekadang ana merasakan masa terlalu pantas berlari bagai angin. satu ketika ana rasakan ianya lambat sahaja berjalan bagai awan. Bila di renung titik tolak perkara tersebut, ternyata, apabila kita leka,tak sedar masa itu terlepas. Apabila kita nantikan ianya merupakan satu penyiksaan.
Namun sedarilah ia, bahawasanya setiap detik yang berlalu tidak akan kembali dan berulang lagi. Lantas, hatta anda tangisi ia tetap akan pergi. Bagai umur kita meninggalkan kita. Tidak dapat kita untuk kembali zaman kecil, remaja dan persekolahan kita.
Masa tua segala-galanya tidak indah. selera, tenaga, keterbatasan semakin lemah. Saat itu baru kita menyedari nikmat dan berharganya waktu muda. saat itu baru terfikir, kenapalah aku tidak mengumpul amal sebanyak di waktu muda. masa muda ku kira nak kumpul amal saat tua, yang ku kumpul hanya harta. masa habis mencari harta. tenaga habis tidak terkira. namun tak kaya-kaya juga. bahkan hutang merata.
Nyatalah kebanyakan kita banyak menempah derita menanggung penyesalan. Penyesalan kemudian sangat menyeksakan. Apatah lagi.... saat itu telah hampir panggilan Tuhan.. Bersediakah kita agaknya...
No comments:
Post a Comment