Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Tuesday, February 16, 2010

"الدعاء " Doa senjata orang mukmin


بسم الله الر حمن الرحيم

الدعاء سلاح المؤمن

Doa adalah senjata orang mukmin
Manusia tidak sunyi dari sebarang masalah. Kadang-kadang menemui jalan yang sangat buntu. Tidak di nafikan ramai yang boleh mengangkat barang yang berat, namun tidak berdaya mengangkat tangan untuk berdoa atau bermohon kepada Allah s.w.t untuk penyelesaian satu-satu perkara.

Dalam mengingatkan diri sendiri dan juga saudara Islam yang lain,marilah sama-sama kita memulai langkah kita dengan mengadu kepada Allah sebelum kita merasa tiada siapa yang boleh membantu kita.

Kita terlalu mudah rasa tewas dengan ujian. Wal hal Allah lebih hampir dengan kita lebih dari urat leher kita sendiri. Kita lupa mencari Allah dalam saat-saat kecemasan. Kita pasti mencari yang lain dulu. Kita lupa memohon keselamatan terlebih awal kepada Allah saat hendak bersalin. Kita terus bekejar ke hospital atau memanggil ambulan. seolah doktor itu yang menyelamatkan kita.

Bila kita sembuh, kita akan katakan ubat yang menyembuhkan kita. Doktor yang menyembuhkan kita. Ada juga yang sering berkata..."kalau doktor tu tak ade tadi.. tak tahulah apa jadi pada adik saya.., saya ucapkan terima kasih tak terhingga pada doktor itu, kerana telah menyelamatkan anak saya"..

Bahayanya kata-kata tersebut. Kerana yang menyelamatkan kita selamanya adalah Allah s.w.t. Banyak yang ana dapat kiriman e-mel, bila hendak menceritakan sesuatu perkara iaitu selamat dari kemalangan,kebakaran.. ayat di ataslah yang banyak keluar.

Dalam perkara lain, Bila menghadapi masalah yang sangat berat, kebanyakkan manusia suka mengadu dengan manusia lain. Mereka lupa dengan mengadu kepada Allah lah penyelesaian masalah. Bukan salah mengadu masalah pada orang lain, tetapi apakah mengadu pada Allah telah di awalkan.. Tepuk dada tanya iman kita semua?

Berbeza dengan orang beriman, mereka kebanyakan berusaha, mengadu dengan Allah setiap langkah mereka, kemudian baru mereka meminta pandangan dan nasihat orang-orang yang lebih arif. Hidup mereka penuh tawadduk,solat malam mereka tidak pernah tercicir, langkah kaki mereka sering ke rumah Allah, akhlak mereka ..MasyaAllah.
Moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang sebegini.

Begitu halnya doa juga merupakan bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan bentuk pemenuhan akan perintah-Nya. Orang-orang beriman meletakkan penyerahan 100% kepada Allah kerana yakin dengan ketentuan dan janji Allah.

Allah SWT berfirman:
((وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ))
“ Dan Tuhamnu berfirman: “ berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu” ( Surah Gafir: 60).

3 comments:

  1. salam....
    kalau tak dikenangkan ada kat cc....nak je menitikkan airmata baca entri ni...syukran ummi....

    ReplyDelete
  2. عليكم اسلام ورحمة الله وبركاته

    Man,... ummi fikir man ada komputer kat umah. nanti2 lah, ummi kat pejabat ada komputer baru, mungkin pc komputer sebelum ini, di bawah meja ummi, kalau dijual murah,masih baru lagi.. ummi cuba kalau pejabat nak jual murah. harap2 dia juallah pada staff dulu.. kalau ada rezeki tak kemana kan...

    ReplyDelete
  3. SALAM...
    insyALLAH...boleh je ummi...insyALLAH....

    ReplyDelete