بسم الله الر حمن الرحيم
Wahai anak-anak ku, ikatlah kasih sayang kamu hingga ke akhir hayat. Jauhi hati-hati kamu dari apa-apa perasaan yang boleh merenggangkan kamu semua. Kamu telah sentiasa bersama makan, tidur, belajar dan menuntut ilmu Allah di bumbung yang sama. Kamu juga selalu dirumah ummi...
Jauhi permusuhan di antara sesama kamu. Ingatlah, syaitan itu sentiasa mencipta permusuhan antara sesama manusia. Termasuk kamu. Maka dampingi lah diri kamu dengan ingatan yang kuat pada Khaliq. Itulah Allah s.w.t.
Sinari akhlak kamu dengan akhlaknya Rasulullah s.a.w. kerana akhlaknya adalah akhlak al-Quran yang boleh menyelamatkan kamu sepanjang zaman. Semoga Allah akan sentiasa bersama kamu semua dalam menghadapi sepanjang perjalanan hidup ini.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
No comments:
Post a Comment