Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, February 20, 2010

SABAR

بسم الله الرحمن الرحيم
Menyebut tentang sabar sangatlah mudah. Sebaliknya amat payah dilaksanakan.Walaupun begitu keadaannya,maka sebagai penyelesaian bagi setiap masalah yang meruntun hati sanubari atas apa jua perkara, kesabaran sangat dituntut. Kesabaran boleh menyelamat banyak keadaan dari menjadi semakin parah.

Firman Allah s.w.t.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

Dengan sabar, maka banyak perkara dapat diselesaikan. Bahkan Allah sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan.
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

No comments:

Post a Comment