بسم الله الر حمن الرحيم
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui (Al-Ankabut 64).
Ayat di atas cukup memberi pengertian pada kita, bahawa dunia yang kita kejar hari ini tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan di akhirat, jika dalam mengejar kehidupan dunia kita lalai dengan hubungan sebenar kita dengan Allah. Kita gagal mematuhi perintah Allah secara syumul dan keseluruhan.
Ramai yang hanya mencedok sebahagian hukum dan meninggalkan sebahagian yang lain. Ini kerana desakan dunia yang tidak berpaksikan akhirat. Kerja di julang hingga ke malam. Tenaga dikerah tak kepalang. Anak isteri di rumah menanti dengan kehausan kasih sayang. Semata-mata mencari wang untuk membayar hutang.
Sayangnya yang kita hutang tu, perkara yang boleh ada boleh tidak. Kalau kita berhempas pulas membayar satu kebanggaan, apa erti sebuah kehidupan yang beriman.
Kecukupan terletak di dalam. Bila hati merasa Qanaah, alangkah bersyukur dengan nikmat Tuhan. Kenderaan di cari sekadar menyampaikan. Tidak membebankan. Jenama buang ke belakang. Rumah di cari sekadar tempat perlindungan panas hujan. Indah dan besar lontar ke sempadan.
MasyaAllah, nikmatnya hidup tanpa hutang yang membeban. Badan pun tidak sakit membuat kerja tambahan. Malamnya banyaknya masa dirumah-rumah Allah membuat pengabdian dan menuntut ilmu kefarduan. Indahnya hidup dalam ketenangan. Duduk di majlis yang di naungi malaikat dan mendapat keberkatan. Namun apakan daya...

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat lalai (Ar-Rum 7).
No comments:
Post a Comment