Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, February 24, 2010

HINDARI MENABUR FITNAH



بسم الله الر حمن الرحيم

Ana sangat merasa bahagia bila melihat perubahan sesetengah saudara islam yang lain. Kalau dulunya mereka lalai, kini mereka istiqamah dalam menjalani hidup cara beriman. Terharu melihat perubahan mereka. Alhamdulillah.

Sayangnya ada sebahagian besar manusia lain, kadang terkedu juga melihat betapa beraninya mereka dalam hal mengaibkan orang. Hati mereka sangat gembira melihat satu-satu kedukaan orang. Mereka juga Nampak tidak senang dengan kegembiraan orang.

Apabila mereka melihat kebahagiaan orang, ada sahaja dicungkil keaiban dan keburukan orang itu waktu dulu-dulu. Sepatutnya mereka bersyukur kepada Allah kerana telah meletakan mereka yang berubah itu ke jalan petunjuk. Sebaliknya, dikeji, dicaci, dimalukan dan dijatuhkan maruah mereka depan orang banyak. Saja mencari kesilapan dan macam-macam andaian dilakukan. Malahan andaian dan fitnah yang dibuat lebih banyak berupa sangkaan semata-mata.

Sedih melihat keadaan mereka yang melakukan lupa, bahawa melakukan demikian adalah sebesar-besar dosa. Memfitnah, menyebabkan orang lain teriniaya dan terdzalim. Lazimnya di pejabat-pejabat, walaupun dimusuhi mereka yang menegur perbuatan, mereka masih tetap melakukan demikian. Bagai sudah seronok dan menjadi tabiat bagi mereka. Peliknya mereka seronok mencungkil keaiban satu-satu perkara. Kekadang tidak kena mengena dengan mereka.

Atas sikap suka melihat keruntuhan dan tidak suka kepada kebahagiaan orang, maka lahirlah ramainya hakim-hakim yang tidak bertauliah. Mana yang sudah berubah mengikut jalan iman, dicungkil-cungkil keburukan mereka dimasa lampau. Bila mereka cuba mencampuri urusan rumahtangga orang yang hanya entah benar entah tidak di dada akhbar yang menjadi santapan umum, apakah mereka ini lupa, mereka ada rumahtangga, mereka ada keluarga dan anak pinak. Takutilah janji dan balasan dari Allah.


Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda:


“Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

1 comment:

  1. Assalamulaikum anak-anak ku,Blog yang baik untuk diikuti untuk menenangkan hati

    ReplyDelete