CEGAH SUMBANG MAHRAM SEPENUHNYA
SEJAK akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita yang menggugah perasaan dan sentimen hati seorang yang berakidah dan berakhlak.
Apa tidaknya dalam bersemaraknya isu black metal yang telah menguasai golongan remaja hari ini, kita disengat lagi dengan berita yang tidak masuk akal kemanusiaan kita, di mana berlakunya sumbang mahram dalam rumah sendiri.
Apa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, di mana Kabinet telah mengambil keputusan untuk meminda Kanun Keseksaan bagi mengenakan hukuman yang lebih berat termasuk kemungkinan penjara melebihi 20 tahun ke atas pelaku kes sumbang mahram yang semakin berleluasa hari ini amatlah disokong.
Rumah adalah tempat perlindungan dan tempat menerima kasih sayang bagi seseorang insan. Bukannya tempat mereka ditindas dan ditekan dengan pelbagai kesusahan dan kebiadaban yang tidak masuk akal.
Perbuatan cabul terhadap ahli keluarga amatlah satu isu yang patut ditangani dan diberi perhatian oleh semua pihak. Ia perlu dibendung segera baik dengan apa cara sekalipun.
Sepatutnya tidak berlakunya perkara `haruan makan anak’ dan kita mengharapkan perlindungan daripada mereka bukannya umpama `harapkan pagar, pagar makan padi’.
Ini dapat difahami, anak-anak sudah tidak selamat lagi berada di rumah sendiri. Ketakutan menguasai hati dan perasaan mereka. Bukan juga anak-anak takut bahkan isteri-isteri juga bimbang meninggalkan anak-anak perempuan bersama bapa dan datuk mereka.
Bukan saja ia berlaku kepada anak remaja, bahkan anak kecil yang belum mengerti apa-apa. Daripada anggapan ini bererti berlakunya satu insiden yang dahsyat dalam perlakuan perhubungan kekeluargaan yang merupakan tempat utama pendidikan dan pangkal masyarakat. Kalau keluarga telah runtuh, bagaimana untuk mewujudkan masyarakat yang utuh.
Meskipun begitu bukanlah kesalahan ini diletakkan atas setiap keluarga. Cuma sekadar memberi peringatan kepada beberapa keluarga yang bernasib malang dan terdedah dengan situasi demikian.
Dalam kepelbagaian kemampuan manusia yang dianugerahkan oleh Allah marilah sama-sama kita tangani dan perangi masalah tersebut. Tidak selesai kita menuding jari pada pihak lain. Tidak selesai juga kita bersikap berlepas tangan hingga kita rasa kitalah yang sempurna. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada esok hari.
Dengan itu marilah sama-sama kita menyokong sebarang usaha membanteras hal-hal sedemikian semampu yang boleh kita lakukan.
Usaha untuk menggubal hukuman yang lebih berat lagi bersifat mendidik amat dialukan. Juga dapat kita faham bukan sahaja anak-anak yang perlu kita jaga, didik dan sebagainya tetapi pusat pendidikan orang tua juga perlu diadakan. Agar mereka terbentuk dengan sifat dan akhlak yang mencerminkan keperibadian yang mulia.
Pada keseluruhannya dapat diambil kesimpulan, hari ini keruntuhan nilai moral bukan sahaja berlaku pada remaja tetapi orang tua.
Orang tua tidak lagi menyedari diri mereka. Mereka tidak meninggalkan sifat hormat lagi pada generasi seterusnya.
Apalah salah kita mengetengahkan sifat dan konsep hormat-menghormati dalam hidup. Ia tidak salah bahkan tidak rugi kita berbuat demikian.
Hormat pada yang tua dan berkuasa satu kewajipan. Hormat pada yang muda satu kemuliaan. Hormat pada semua orang menjamin keselamatan. Jadi, jika kita hendak orang menghormati kita, kita hendaklah menghormati orang lain.
Pohon pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Kalau sungguh terjadi begitu,
Hukuman berat diberi sokongan.
Sungguhpun begitu, setakat hukuman berat tidak memadai. Kerana yang penting adalah menghalang. Hukuman berat itupun bertujuan untuk menghalang kejadian.
Tetapi orang jahat yang melakukan kejahatan kadang-kadang bukanlah fikir sangat tentang hukuman. Mereka seolah-olah sudah dirasuk syaitan. Sudah tidak fikir apa pun. Sebab itu mereka jadi macam itu. Apabila sudah berlaku, semua orang susah dan malu.
Lebih baik keluarga berhati-hati. Sifat sentiasa cemburu dan menaruh syak dalam hal ini ada baiknya. Bukanlah hendak menuduh melulu, kerana jika berbuat demikian, sudah tentu orang yang tidak bersalah akan marah. Tetapi lebih baik mencegah daripada nasi menjadi bubur.
- JULIA YACUB, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment