بسم الله الر حمن الرحيم
Bersepah-sepah di sana sini perkara-perkara yang sangat mencabar kesucian agama islam. Malang bagi umat bergelar islam, apabila sebahagian yang mencederakan agama benar-benar telah memunahkan kemuliaan addin dari Allah s.w.t.
Bersepah-sepah di sana sini perkara-perkara yang sangat mencabar kesucian agama islam. Malang bagi umat bergelar islam, apabila sebahagian yang mencederakan agama benar-benar telah memunahkan kemuliaan addin dari Allah s.w.t.
Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibubapa menanamkan satu benteng keimanan bagi anak-anak kita. Bermula dari satu keluarga yang beriman akan melahirkan masyarakat yang beriman. Anak-anak perlu dipupuk dan dibekalkan dengan iman. Supaya dimana sahaja mereka berada mereka tetap merasakan Allah itu melihat, Allah itu mendengar dan Allah itu mengetahui.
Hatta apa yang disebut, di SMS, dilihat, semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Sebesar zarah pun Allah mengetahui, walaupun bergeraknya sehelai daun kering. Baik kita buat, berpahala di sisi Allah. Tidak baik kita lakukan, berdosa di sisi Allah.
Untuk menjadi insan taqwa perlu membiasakan diri mengingati Allah. Bila kita merasakan Allah bersama-sama kita, pasti kita malu untuk melakukan suatu yang melanggar perintahNya.
Setiap manusia menginginkan kebaikan. Jika memilih pasangan hidup, pasti setiap lelaki dan wanita inginkan lelaki dan wanita yang baik. Wanita yang telah dibawa ke sana ke mari pastinya tidak masuk dalam senarai baik ini. Begitu juga lelaki yang hidup penuh nafsi-nafsi, maka tidak terkategori dalam senarai baik yang disebutkan.
Lantaran demikian, kalau anda semua inginkan pasangan yang baik, orang lain pun begitu juga. Kenapa kalian semua, tidak menjadikan diri seorang yang baik di sisi Allah s.w.t..?
No comments:
Post a Comment