Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, February 14, 2010

PERANAN SEORANG WANITA

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka ta'at pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah At-Taubah : 71

PEMBANTU KAUM MUSLIMIN

Sukalah ana menyebutkan tugas seorang wanita atau muslimah itu adalah pembantu bagi kaum muslimin. kalau beliau seorang isteri, ia menjadi pembantu yang baik kepada suaminya. Bersesuaianlah dengan ayat di atas. Bila Allah yang menyebut, bermakna betapa besar peranan tersebut perlu dilaksanakan.

ISTERI
Tatkala kita menjadi seorang ISTERI, maka jadikan diri kita sebagai pemberi ketenangan kepada seorang suami. Sebarang masalah, al-Quran adalah rujukan kita. Jadilah isteri tauladan seperti isteri Firaun, walaupun firaun cukup hebat menentang hukum Allah, hidup dibawah nya seorang isteri yang beriman dengan Allah s.w.t. Walaupun dibawah naungan suami dan kerajaan yang kafir.

Hindari diri kita dari isteri seperti isteri nabi Nuh dan Nabi Lut yang mengkhianati suami-suami mereka. Tindakan demikian berlawanan dengan ajaran Islam.

Siti Khadijah, seorang janda kaya dan hartawan tetapi tidak angkuh pada suami. Bahkan memberi ketenangan pada suaminya. Beliau sanggup mengorbankan harta dan diri beliau untuk islam. Beliau tidak membuat sesuatu untuk kepentingan dirinya. Hingga di saat-saat kematiannya, ia menangis, kerana tiada apa lagi pada diri beliau. Bukan seperti kita sering menangis kalau tak punya harta untuk dibanggakan. Tapi siti Khadijah menangis tidak punya harta lagi untuk disumbang pada islam. hingga beliau berkata, kalaulah tulang belulangnya masih boleh dijual beliau sanggup menjualnya untuk Islam.

Alangkah mulia hatimu wahai Isteri Rasulullah s.a.w.

IBU
Menyebut ibu, adalah satu perkara besar. kerana tangan yang mengocang buaian itu boleh mengoncang dunia. apa tidaknya, tarbiyah dari seorang ibu dapat menyelamat generasi akan datang dari azab Allah.

Jadilah ibu tauladan seperti Asma' binti Abu Bakar. Seorang ibu solehah yang sentiasa memberi perangsang kepada anaknya dengan kata-kata yang amat membanggakan ketika anaknya menghadapi cabaran jihad

"Matilah dalam keadaan mulia atau hidup sebagai seorang yang kuat. jangan kamu rela hidup dalam kehinaan kerana mati itu suatu perkara yang pasti"

Contoh kedua, seorang ibu bernama Khansa' yang mempunyai 3 orang anak lelaki.

Beliau menangis bila anak ketiganya mati, tidak seperti anak yang sebelumnya. menangis bukan kerana sedih kematian anak. tetapi sedih sudah tiada anak lagi untuk dihantar ke medan jihad.

Hebat nilai diri seorang wanita itu. Wanita dapat menentukan generasi kemudian menjadi pemimpin yang baik di masa yang akan datang. Dari hasil didikan inilah dapat melahirkan insan-insan yang tidak akan mendatangkan kezaliman pada masyarakat.

No comments:

Post a Comment