اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الر حمن الرحيم
Dapat ana bayangkan betapa sukarnya untuk melakukan satu-satu kebaikan. Ada sahaja rintangan dan ujiannya. Namun bagi sesiapa yang Berjaya melaluinya dengan penuh ketabahan, maka ianya telah mendapat ganjaran di sisi Allah yang tiada tolok bandingnya.
Dalam memberi didikan dan tarbiyah untuk memberi ilmu agama pada anak-anak pasti ada sahaja halangan yang datang bagai halilintar yang menyambar. Hatta dalam sembahyang pun, ada sahaja gangguan. Mungkin dari nafsu, mungkin dari syaitan. Mungkin kerana hati yang tidak tenang atas berbagai-bagai kesilapan.
Perasaan rindukan anak tidak dapat dinafikan bagi yang bergelar ibubapa. Rindu kerana kita sayangkan mereka. Sayangkan mereka bermakna kita mahu mereka ke syurga dan dijauhkan dari neraka. Itulah sayang yang sebenar-benarnya.
Bila kita sayang kalau boleh setiap saat kita ingin pastikan mereka sentiasa dirahmati Allah. Untuk mendapat tempat yang dirahmati, salah satunya mereka berada dirumah-rumah Allah. Dipusat-pusat pengajian Ilmiah. Sentiasa mereka dalam majlis ilmu dan Quran. Maka tempat yang kita pilih selayaknya lah sudah tempat mereka. Apakah kita telah benar-benar redha menginfakkan anak kita untuk Islam…?
Lantaran demikian, keredhaan kita tidak sama seperti redhanya Asma’ Abu Bakar pada anak-anaknya.
Tidak sama seperti mana Khansa, dengan 3 orang anak lelakinya. Sanggup menginfakkan anak-anak, hingga tidak ketemu lagi dengan anak-anak kerana anak-anak itu mati syahid. Itulah kasih sayang sebenar yang tiada tolok bandingnya. Seorang ibu yang Berjaya mendisplinkan diri hingga akhirnya anak-anak mereka ke syurga.
Namun kita, sedikit sahaja diberi kejauhan. 40 hari tidak diketemukan, kemudian anak balik seminggu dengan kita. Pengorbanan kita, kalau kita bekerja, cutilah bersama dengan anak tersebut. Kemudian biarlah mereka pergi belajar semula, mereka menuntut ilmu Allah untuk menyemarakkan dimuka bumi ini nanti syiar dan menyebar luaskan ilmu Allah untuk keselamatan seluruh saudara Islam kita. Bukankah kita telah redha 100% anak berada di jalan tersebut. Tanpa ada sedetik rasa kesal..!
Maka bila kita tidak berpeluang untuk merasai demikian, maka sama-sama kita beri sedikit sokongan dan pengorbanan, untuk mereka menuntut ilmu Tuhan. Kita tidak boleh menyamakan displin belajar ilmu agama dengan ilmu kifayah yang lain. Duduk dijalan Islam, bukan bagai dibentang dengan permaidani merah. Bukan dapat terima tepukan gemuruh seperti ilmu nyanyi dipentas. Yang maksiat itu pun perlu displin ketat untuk memastikan mereka Berjaya sampai ke matlamat, hingga ada yang menangis tersedu-sedu ditegur si Sifu.. apa ntah, tak tahu ana menyebutnya. Inikan belajar ilmu yang tersangat penting, apalah salah bila kita telah amanahkan kepada guru, maka terpulanglah guru nak buat displin apa pun. Guru itu yang tahu bagaimana mendisplinkan pelajarnya supaya sampai kepada matlamat.
Kita boleh patuh dengan program skor A. Kita boleh patuh dengan displin sekolah, tapi sayang kebanyakkan kita tak boleh patuh dengan program agama. Duit yang kita keluar untuk akademik, belajar Komputer, tuisyen, jauh lebih banyak dari yang sanggup kita keluar untuk anak belajar agama. Tahukah kita, ada ustaz-ustaz yang mengajar mengaji, RM5.00 sebulan, menjadi runggutan kepada ibu bapa. Serba salah ustaz tersebut. Namun anak nya juga bayar RM40 satu subjek akademik, lelap mata membayarnya… yang penting anak skor A… tentu itu bukan kita, itu orang lain bukan…
Tidakkah anda bangga, suatu hari akan lahir ulama’ di muka bumi. Salah satunya anak kita…… Perkara yang ana tak dapat lupa bila bersama semua pelajar-pelajar tahfiz ini, samada kalian suka atau tidak, bagi ana, hamba Allah itu semuanya anak-anak ana. Bagaimana ana kasih pada anak ana, begitulah ana kasih pada mereka semua. Ana tidak dapat menahan sebak meninggalkan mereka, kalau boleh ana ingin selalu bersama mereka. InsyaAllah, kalau Allah beri rezeki lebih, ana akan ulangi meraikan mereka semua dihari-hari yang diberi cuti oleh Ustaz Tahfiz al-Kholidi dalam hanya waktu yang ditentukan. Moga Allah sentiasa menyampaikan hajat ana ini. Kalau ana ditakdirkan kembali kepada Allah sekalipun suatu ketika nanti, ana sangat gembira, ramainya anak-anak yang mendoakan ana. Alhamdulillah….
Pelajar-pelajar tahfiz, terutama di Tahfiz Kuantan, pasti kalian masih mengingati ummi lagi… Ummi sentiasa mendoakan kalian sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah dan kekuatan dari Allah. Bagi pelajar-pelajar baru, teruskan perjuangan anda menuntut ilmu Allah. Jalan yang kalian semua pilih adalah jalan yang lurus, sebagaimana yang kalian minta ditunjuki dalam setiap bacaan solat kalian….الله معكم
Maka bersabarlah kita dalam menghadapi ini semua… berilah kepercayaan kepada Ustaz…. Hargai susah payah mereka, janganlah lupa teruskan sumbangan kita, RM100.00 sebulan yang kita bayar, tak sebanding dengan ilmu yang anak-anak kita dapat. Walaupun ustaz tidak meminta kita istiqamah membayar, kita lapangkan dada, teruskan bayaran. Wang yang ustaz keluarkan untuk makan minum anak kita , lebih dari apa yang kita sumbangkan. Apatah lagi, anak-anak kita sudah ada Almari pakaian mereka masing-masing. Sanggupkah kita melihat ustaz berhempas pulas mencari kewangan semata-mata untuk mendidik anak-anak kita…?. Peringatan untuk diri ana juga.
Imam Junaid ditanya tentang sabar, maka beliau menjawab : "Meneguk kepahitan tanpa berkerut mukanya". Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam Madariju as-Salikin memberi maksud sabar itu adalah "menahan diri dari keluhan dan kemarahan, menahan lidah dari keluh kesah dan menahan anggota badan dari berbuat kekacauan". Imam Ghazali dalam dalam kitab Mukashafah Al-Qulub menyebutkan sabar itu adalah" menahan nafsu syahwat daripada segala keinginan dunia di samping tabah atas segala kesulitan dan musibah".

No comments:
Post a Comment