KULIAH ZOHOR DI SURAU MARA
Menyebut tentang sedekah, kita selalu membayang orang kaya yang mempunyai harta sahaja dapat bersedekah. Namun begitu luasnya ruang lingkup sedekah ini sebagai mana di ulas oleh Ustaz Basri di Pejabat ana tengahari tadi. Dengan membawa hadis berbunyi
Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu." Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. " Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? " Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. " .
Berhubung dengan Hadis di atas, para sahabat bertanya, pada Rasulullah , Lalu bagaimana dengan orang tidak berharta untuk mendapat ruang bersedekah. Untuk menjadi orang yang bertaqwa. Sahabat-sahabat mengadu kepada Nabi s.a.w. Kalau sekadar pahala atas solat kami pun solat. Kami berpuasa. Tapi mereka ada kelebihan kerana mereka ada harta.
Pemurahnya Allah s.w.t. terhadap hamba-hambanya yang mukmin. Kerana tiap-tiap sesuatu itu, baik telinga, mata, kaki semua ada pahala kalau kita bawa kepada kebaikan. Semua itu dijadikan sedekah. Pada mulut , pada hati kamu semuanya ada sedekah.
Inilah yang digambarkan di dalam hadis di atas, ucapan-ucapan, dan sebagainya bahawa hatta bergaul suami dengan isteri juga sedekah. Sungguh besar ganjaran yang Allah beri pada orang beriman. Betapa pemurahnya Allah terhadap kita sebagai hambanya.
Apabila seorang muslim menanam satu tanaman, menumbuh satu tumbuhan. Di belakang rumah ada tanah kosong maka apabila ia bercucuk tanam, maka apabila dimakan oleh manusia, binatang, burung atau apa sahaja hatta semut menumpang duduk dibawa tanah, maka di situ ada pahala sedekah. Ini disebut di dalam hadis,
Rasulullah SAW
bersabda, “Siapa yang berkebun dan bercocok tanam, kemudian hasilnya
dimakan hewan, burung dan manusia, maka ia mendapatkan ampunan di
setiap buah yang dimakan dari hasil perkebunannya.“ (HR.Ahmad).
Hadis
senada yang diriwayatkan Mulim dari Jabir bin Abdullah bahwasanya
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang muslim menanam tanaman
kecuali (buah atau biji) yang dimakan darinya merupakan sedekah, apa
yang dicuri darinya merupakan sedekah, apa yang dimakan oleh binatang
buas merupakan sedekah, apa yang dimakan oleh burung merupakan sedekah,
dan apa yang diambil oleh orang lain juga merupakan sedekah “Dalam
lafal yang lain : “… merupakan sedekah sampai hari kiamat ) ( HR.Muslim
Luasnya ruang untuk Allah memberi ganjaran pahala sedekah kepada hamba-hambanya…. Maha suci engkau hai Tuhanku, Allahu rabbi….
No comments:
Post a Comment