Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, February 13, 2010

QANAAH

Merasa cukup apa yang ada di panggil Qanaah. Namun tidak dinafikan ramai yang menafsir Qanaah ini, hidup yang tidak mempunyai harta. Segala harta di tolak ke tepi. Bukan dimaksudkan seperti ini. Kalau mampu, ayuh teruskan… Namun kalau kita tak mampu, hingga membelit hutang keliling pinggang, tak cukup-cukup apa yang ada.. maka jauh dari apa yang disebut sebagai Qanaah.


Qanaah itu mengandung lima perkara:

• Menerima dengan rela akan apa yang ada.
• Memohonkan kepada Allah tambahan yang patut, dan berusaha.
• Menerima dengan sabar akan ketentuan Allah.
• Bertawakal kepada Allah.
• Tidak tertarik oleh tipu daya dunia.


Itulah yang dinamai Qanaah, dan itulah kekayaan yang sebenarnya. Tatkala jiwa boleh menerima seadanya maka jiwa itu sudah sangat kaya. Baginya ia telah ada apa yang diperlukan. Cukup lah apa yang telah ada itu.

Rasulullah saw bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu lantaran banyak harta,, kekayaan ialah kekayaan jiwa”.

Ertinya: Diri yang kenyang dengan apa yang ada, tidak terlalu haloba dan cemburu, bukan orang yang meminta lebih terus terusan. Kerana kalau masih meminta tambah, tandanya masih miskin.

Lumrahlah bagi diri seseorang, bila sudah ada satu perkara, inginkan perkara kedua dan seterusnya. Bila lihat orang lain menambah harta, hati melonjak-lonjak ingin juga berbuat demikian. Lantaran itu kadang-kadang kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan tuntutan hati dan kehendak insan. Justeru ramainya kita, masa habis diguna memerah tenaga dan masa mendapatkan wang tambahan… sedangkan ada waktu kita lihat, seorang yang hanya pengangkut sampah, mennyapu taman, muka senyum ceria ditengah panas melakukan kerja. Indahnya hidup tanpa hutang yang membeban...

Apakah mereka ini, tidak makan seperti kita. Makan, sama, kalau dia makan sepinggan kita sepinggan juga. Lantas, apa beza kita dan dia… Dia hidup nilai pendapatan dia. Dia sangat ceria, kerana tidak terbelit dengan hutang yang merata. Persoalannya, boleh tidak kita hidup atas nilai pendapatan kita. Bila Allah beri lebih, kita atur semenafaatnya agar tidak juga kita terbelit oleh hutang tambahan.

Kalau layak kita hanya proton, atas apa kita impikan kereta yang sering dipertonton. Maksud di sini, kebanyakan manusia hari ini, mementingkan jenama yang dikenali ramai. Sedang kemampuan kita sangat terbatas. Masa yang sepatut kita perbanyakkan mengumpul amal solih banyak habis diperah untuk membayar hutang yang tak perlu.

Bagi seseorang lelaki, andai kan masih berkekalan solat jemaah di masjid atau surau yang terlebih afdhal, di sampai kerja yang dilakukan mencari nafkah keperluan, tafadhal.. itu adalah contoh yang sangat baik. Sayangnya hari ini, masjid-masjid kita lebih banyak tiang dari orang. …


Rasulullah saw bersabda juga:

Ertinya:
“Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan pura (simpanan) yang tidak akan lenyap”. (HR. Thabarai dari Jabir).

Orang yang mempunyai sifat qanaah telah memagar hartanya sekadar apa yang dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.

Maksud qanaah itu amatlah luasnya. Menyuruh percaya yang betul-betul akan adanya kekuasaan yang melebihi kekuasaan manusia, menyuruh sabar menerima ketentuan Ilahi jika ketentuan itu tidak menyenangkan diri, dan bersyukur jika dipinjamiNya nikmat, Allah bila-bila masa boleh menarik nikmat yang diberi ..

Bekerja, perlu diteruskan namun ibadah perlu diperbanyakkan. Masa terlalu pantas berlari, semakin dikejar semakin ia lari lantas ia makin meninggalkan kita…

No comments:

Post a Comment