Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Saturday, February 06, 2010

BETULKAH ANDA TELAH MENUTUP AURAT?

بسم الله الر حمن الرحيم





Hari ini, ramai yang merasakan diri sudah dikatakan baik asalkan bertutup kepalanya, walaupun meletak sehelai kain, di atas kepala. walau bertutup kepala, namun mendedahkan dagu, leher, bentuk dada jelas kelihatan, dibungkus dengan pakaian ketat seperti kebaya. Ramai juga memakai baju adik, hingga jelas kelihatan bentuk macam bungkus nangka. macam mayat mungkin. kerana mayat dibungkus nampak bentuk. tapi kalau ditutup tidaklah ketara bentuknya. maka hari ini, ramai yang membungkus aurat bukan menutup aurat.

Sayang sekali yang kerap menghadiri majlis ilmu, juga berbuat begitu. malahan sangup memakai kain, halal haram. kata Ustaz Ghazali suatu ketika dulu, bila berjalan, sekejap tertutup, sekejap terbuka. sekejap halal, sekejap haram..

Mari bersama merenungi perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. di bawah,

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

HADITH NABI S.A.W.
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

No comments:

Post a Comment