GAMBAR HIASAN
Berhati-hatilah dengan dosa kecil, kerana sekecil-kecil api, bila ianya membesar akan memusnahkan rumah. Hari ini, ramai di kalangan kita, tidak menghiraukan dosa-dosa kecil. Bahkan ada yang menganggap dosa besar itu adalah dosa kecil. Umpama mengumpat. Mengumpat adalah satu perbuatan yang sangat besar dosannya. Ini kerana, Dalam sebuah hadis dinyatakan berkaitan dengan keburukan mengumpat sebagaimana

sabda Nabi s.a.w.
“Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih teruk dosanya daripada perbuatan zina. Mereka(para sahabat) bertanya: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” Nabi bersabda: “Orang lelaki berzina lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Adapun orang yang mengumpat, tidak akan diampuni, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu. “Manakala balasan yang disediakan untuk orang mengumpat ialah sebagaimana sabda Nabi maksudnya: “Orang-orang yang mengumpat, orang-orang yang mencela dan orang yang melaga-lagakan orang serta orang yang membuat hina atau cela terhadap orang yang bersih daripada sifat keji atau cela itu. Maka nanti di hari Kiamat mereka semua akan dikumpulkan atau himpunkan dalam rupa anjing”.
Menurut Lukman Hakim
"Dan begitu juga lidah, lidah lebih tajam dari mata pedang, dengan sebab lidah orang boleh bermusuhan, dengan sebab lidah orang boleh bercerai berai, dengan sebab lidah orang boleh binasa, dengan sebab lidah orang boleh memutuskan silaturrahim. Orang boleh berpuasa tapi lidahnya tidak dijaga, lidahnya suka mengumpat orang, suka membenci orang, suka mencaci orang, suka mengata orang, akhirnya Nabi saw. berkata dia itu ahli neraka
Begitulah bahayanya bila berada dalam keadaan yang dirasakan dosa kecil. Sedangkan, pekara yang kita sangkakan kecil adalah besar di sisi Allah Taala. Takutilah neraka Allah....
No comments:
Post a Comment