بسم الله الرحمن الرحيم
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)
Sebuah perkahwinan yang diimpikan oleh setiap orang pastinya menginginkan lahirnya zuriat bagi penampat kasih sayang sepasang suami isteri.
Tak kurang sangup berhabis ribuan ringgit semata-mata mempastikan mereka punyai anak seperti orang lain. Namun dalam masa yang sama kita kadang-kadang lupa bahawa soal jodoh, zuriat dan ajal adalah dalam ketentuan Allah s.w.t. Ada yang Allah kurniakan anaK dan ada pasangan yang tidak di kurniakan anak.
Semua ini membuat kita berfikir betapa maha kuasanya Allah dalam menentukan sesuatu.
Sayangnya kebiadapan manusia hari ini telah sampai ke kemuncak. Mereka hidup penuh nafsi-nafsi hingga lupa diri tak mengenal erti sebuah nilai kesucian dalam sesebuah hubungan.Hubungan yang perlu di landaskan atas dasar syarak yang menjadikan hidup yang penuh nilai-nilai keberkatan dalam sesebuah perkahwinan.
Perkahwinan yang dibina atas dasar syarak pastinya menimbulkan rasa kasih sayang dalam pertalian ikatan dan hubungan, samada suami isteri mahu pun zuriat yang bakal lahir.
Sayangnya hari ini, manusia tidak lagi meletakkan agama sebagai perkara yang patut diterima pakai dalam menjalani kehidupan ini. Maka hari ini, ibubapa ada yang tidak merasa malu sedikit pun anak gadis membonceng motosikal kawan lelaki, anak gadis memakai pakaian yang sangat seksa di pandang mata, anak gadis yang terlalu bebas kesana kemari.
Bila janin2 telah menjalar dalam perut mereka, saat itu baru mula mencari jalan menamatkan sebuah episod babak yang gelap. Bukan penyelesaian islam juga di pilih, malahan mereka mencari jalan agar tidak diketahui manusia lainnya. Maka bersepahlah sana sani bayi-bayi yang dicampak bagai mencampak seekor bangkai binatang yang mati...
Zalim sungguh perbuatan tersebut...
No comments:
Post a Comment