Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Thursday, February 25, 2010

DUNIA YANG MELETIHKAN


بسم الله الر حمن الرحيم

Jemu adalah satu perkara yang selalu menjengah kita sebagai manusia. Itulah namanya kehidupan yang sementara. Segala-galanya sementara. Tiba satu tahap ianya akan berhenti.

Maka setiap perkara pasti menjemukan. Baik terhadap makanan, pekerjaan, hiburan dan apa jua yang berkaitan dengan dunia yang fana. Perkara-perkara demikian pasti akan sampai bila tiba masa. Walaupun kita berkeras mengatakan tidak, sampai ketika kita akan merasa letih. Kerana itulah, masa kecil kesukaan kita lain terhadap makanan, hiburan, pakaian, bila tiba satu tahap kita bertukar pula ke perkara yang lain.

Begitu juga dengan pasangan, ramai dikalangan yang timbul rasa jemu, hingga mencari sesuatu kelainan. Namun selagi merasa demikian kita tidak akan jumpa penyelesaian. Kerana ianya beralaskan rasa jemu. Berlainan dengan yang mencari keredhaan Tuhan, jemunya digaris pandu dengan Quran. Mencarinya dengan pengubahsuaian mengikut landasan yang ditetapkan.

Begitu juga lumrah kita akan jemu dengan perkara yang lama. Namun bila kita mencari sesuatu yang berkaitan dengan agama, kita akan rasa kelainan. Semakin banyak kita mendengar majlis ilmu, hati kita makin mencari-cari, makin banyak kita baca Quran, makin lazat kita rasakan. Kalau tidak dapat melakukan kita akan rasa sangat kekosongan. Hingga kan kadang-kadang keseronokan bertadabbur dengan al-Quran, kita tak sedarpun hari sudah siang. Sekali kita ke Tanah suci Makkah dan Madinah, berkali-kali perasaan kita dalam panggilan. Oh….Indahnya menghampir diri dengan Allah. Lazatnya menjadi orang yang beriman. Kerana Allah sentiasa dirasa memerhatikan. Allah sentiasa menyelamatkan.

Hidup ini sangat meletihkan. Ramai yang tidak tahu matlamat sebenar kehidupan. Sebahagian besar masa mencari sesuatu yang tiada kepastian. Bahkan mendatangkan masalah yang sangat membebankan. Berbanding dengan orang beriman. Bekerjanya ia, kerana ibadah kepada Tuhan. Mereka gembira dengan bekerja dapat menginfakkan. Bahkan ibadahnya semakin beterus-terusan. Masanya dengan Allah penuh kekhusyukan. Tenang sentiasa memayungkan.

Lantas demikian, dimana bekalan kalian, untuk sampai ke tempat yang berkekalan. Tiada rasa jemu dan bosan. Tiada langsung keletihan dan kejemuan. Segala permintaan pasti ditunaikan. Indahnya janji Allah pada syurga idaman, bagi yang benar-benar mengharap keredhaan Tuhan.

No comments:

Post a Comment