Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Sunday, February 14, 2010

NILAI SEBUAH PERKAHWINAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Hai golongan pemuda, barang siapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Hadis riwayat Bukhari-Muslim)

Suka kepada perkahwinan merupakan fitrah dan naluri manusia supaya nafsu syahwat dapat disalurkan mengikut landasan yang betul.


Meringankan mas kahwin, mengadakan kenduri kahwin yang sederhana, adalah satu perkara yang sangat-sangat dituntut supaya mereka-mereka yang barhajat untuk berkahwin tidak terhalang dan tertekan oleh tuntutan duniawi hari ini, untuk memudahkan mereka supaya menghalalkan perkahwinan serta mengharamkan zina. Semua ini telah digariskan oleh Islam. Kita sahaja yang menjadikan ia hingga menyusah-yusahkan.

Tidak di nafikan, mereka yang mendengar kuliah-kuliah juga, ada juga bila mengahwinkan anak, masih terikut-ikut meletakkan hantaran yang tinggi, mengadakan kenduri besar-besaran, natijahnya sebaik anak berkahwin, hutang keliling pinggang.

Malang lah , apa yang berlaku di dalam masyarakat hari ini, perkahwinan seolah-olah menjadi suatu perkara membebankan. Ini berlaku apabila pelaksanaan perkahwinan itu tidak mengikut panduan syariat. Hantaran perkahwinan mencecah ribuan ringgit, memeningkan pihak lelaki lebih-lebih keluarga perempuan mementingkan status dan kedudukan serta mengutamakan ‘apa kata orang’ setiap kali hendak mengadakan majlis perkahwinan.

Bahagia atau duka anak selepas perkahwinan tidak termasuk dalam perhitungan. Itu yang terjadi hari ini, kahwin beberapa bulan, masih di awal tahun-tahun perkahwinan, penceraian telah mencapai statistik yang sangat tinggi. Semua ini terjadi atas salah satu punca kekurangan wang dan hutang di keliling pinggang.

Bersediakah anda untuk mengahwinkan anak atau berkahwin mengikut lunas-lunas islam yang mementingkan keberkatan dari pembaziran dan konsep bangga-banggaan…?

No comments:

Post a Comment