Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, February 05, 2010

ADAKAH KITA SEBAGAI KUNCI KEBAIKAN?


بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Imej dan identiti seseorang boleh dikenali dengan cara pergaulan dan kekerapan jenis orang yang mengunjunginya. Jika ianya terkategori dalam golongan yang baik, lazimnya dia dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan sesuai dengan watak orang yang ingin ditemuinya.

Pastinya seorang ‘business man’ dikelilingi oleh mereka sewaktu dengannya. Manusia akan dikelilingi oleh sahabat dan rakan yang sealiran cara hidup dan pemikiran seperti nya. Tidak mungkin seorang penipu menemui orang alim untuk mendapat nasihat menjadi penipu yang berjaya. Tidak mungkin seorang ustaz ditemui untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya.

Tidak juga mungkin seorang yang berakhlak mulia menemui seorang kaki arak dan judi untuk mendapat nasihat untuk memperbaiki diri untuk jadi lebih baik lagi. Pada lazimnya orang jahat hanya akan dikunjung oleh orang jahat yang sealiran fikiran dan tindakannya. Sementara orang orang baik dan mulia pasti dikelilingi dengan seiringan dengan nya seperti sahabat-sahabat dari masjid-masjid dan surau-surau yang sepertinya.

Dalam satu kumpulan, tidak boleh bercampur golongan kebaikan dan keburukan. Bila kedua bercampur, natijahnya akan rosak. Cuba bayangkan batang besi yang lurus, alangkah mudah disusun jika semuanya lurus. Tapi bila ada satu yang bengkok, maka pastinya menghalang penyusunan yang baik, pastinya ianya tidak akan nampak lurus lagi.

Maka bagaimana watak kita. Apakah kita boleh menjadi satu kunci kebaikan yang menyebabkan orang datang kepada kita meminta dinasihati, minta ditunjuki, merasa kita sangat-sangat diperlukan saat-saat kekusutan atau permasalahan mereka berlaku…? Atau kita menjadi kunci kejahatan, tempat mereka meminta-minta ajaran dari kita atau guru kepada seorang yang ingin menjadi seorang yang glamour dan popular bagai bintang yang bergemerlapan..?

Seseorang yang bermasalah pasti mencari seseorang untuk mengatasi masalah mereka. Kerana menganggap orang itu dapat menyelesai dan mampu membuka peti permasalahan mereka yang sukar di atasi. Maka orang beginilah yang memiliki anak kunci.

Tapi bertanyalah pada diri… kita memiliki anak kunci apa…?


Hadis Riwayat Ibnu Majah: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:" Bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yang menjadi kunci kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan").

No comments:

Post a Comment