بسم الله الرحمن الرحيم
Saban hari ada saja berita-berita yang menyentuh hati dan sanubari seorang mukmin yang cintakan Allah. Begitu tandusnya nilai iman umat islam hari ini. Berbagai sogokan kemaksiatan terpancar di sana sini. Lantas remaja dan pemuda hari ini, tewas dengan asakan dan ajakan nilai yang sangat bertentangan dengan jalan iman dan taqwa.
Tidak ramai yang berpegang dengan nilai-nilai mulia seorang islam sejati. Hidup penuh dengan kelalaian dan nafsu yang menjalar. Menular kebiadapan yang tak masuk akal dan runtuh nilai akhlak yang diajari oleh Nabi kita yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w.
Ini kerana ramainya yang mengikut sangat gelojak nafsu yang tidak mengenal garis syarak yang dipandukan oleh sumber al-Quran dan sunnah. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang dapat mendidik diri dan istiqamah di jalan taqwa yang pastinya mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.
Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud:
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.” (Surah Yusuf, ayat 53)
Namun selagi nyawa belum di cabut, masih belum terlambat kita bertaubat. Menangislah sepuas hati menangisi dosa-dosa lampau yang mengotori kesucian diri. Bila mendengar pesanan dan peringatan-peringatan dari kitab suci lagi mulia, insafi diri dan tangisilah dosa-dosa lepas dengan penyesalan yang berakar umbi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)
Wahai pemuda pemudi, hiasi hati kalian dengan iman dan taqwa yang tinggi. Carilah peluang menghampiri dan mendekati Allah Yang sentiasa berada di sisi. Bila hati sentiasa bersama Allah maka pastinya imanlah yang menghiasi diri.
"Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah," seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata." (Hadis riwayat Bukhari).

No comments:
Post a Comment