بسم الله الر حمن الرحيم
Apa yang ada faham tentang nikmat?
Tidak semua nikmat dapat kita kecapi di dunia ini. Hatta kita bekerja di dalam 1 bangunan 26 tingkat sekalipun, tidak semua tingkat kita dapat merasai. Kalau Surau di tingkat 11, bagi yang masuk, mungkin tak semua dapat rasai duduk di penjuru sana, tak dapat rasai duduk sudut sini. Maknanya kita tak dapat gapai pun semua nikmat yang ada. Kalau lah dalam surau tak semua sudut dan tempat kita boleh rasai semua, apatah lagi dunia ini. Sedikit sangat kita dapat kecapi apa yang ada di bumi Allah ini. Begitulah diantara sebahagian kuliah zohor yang disampaikan oleh Ustaz Nurul Khalil di Surau MARA baru-baru ini.
Menurutnya, Ini adalah bandingan, nak beritahu kalau nak seronok, akhirat sana lagi seronok. Nak rasa nikmat makan, akhirat sana lagi nikmat. Kat dunia ni, makan penyakit sampai.
Begitulah hendaknya hidup kita ini, kadang-kadang dalam mengejar kehidupan dunia, kita lupa mencari bahagian akhirat. Mencari akhirat bukan bermakna meninggalkan dunia. Cuma kita melakukan segala yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya dalam setiap pergerakan hidup kita, itulah akhirat namanya.
Namun hari ini, manusia dalam mencari harta, lupa akhirat. Lupa soal halal haram. Hingga keterlaluan mengejar pangkat dan harta, sanggup mengadai maruah agama. Sanggup memberi dan menerima wang bawah meja. Sanggup menjatuhkan kawan sekerja dan sanggup segala-galanya agar segala hajat dapat disempurna.
Sayangnya solat yang sangat penting, sanggup dilengah-lengahkan, hingga terlupa kalaulah Allah mencabut nyawa dalam keadaan menunda-nunda menunaikan solat dengan alasan masih ada waktu, tidak kah disedari, masihkah ada jaminan waktu kita akan hidup selepas ini…? Nikmat umur hanya dapat dirasai bila usia tua datang menjengah. Nikmat sihat hanya dihargai bila penyakit datang menyerang. Nikmat lapang sangat diharap bila keadaan sibuk memenuhi ruang.
Begitulah…Manusia selalu mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan cara. Bila diberi peringatan agama, mereka melenting. Keluar pula ayat-ayat mereka yang menghalalkan cara mereka tanpa merujuk kepada tafsir sebenar asbab nuzul ayat Allah tersebut.
Begitulah keingkaran manusia, mereka menerima sebahagian ayat dan menolak sebahagian ayat yang lain. Mana-mana yang memberi kepentingan kepada mereka pakai, mana yang tidak mereka tolak. Nikmat iman, yang paling berharga bagi seorang muslim perlu dipermantap dan dipertahankan agar terjamin keharmonian hidup di dunia maupun diakhirat sana. Nikmat iman, hanya dapat dilihat, bila di depan mata, bersepah kemungkaran, kemaksiatan, pembunuhan, kekejaman dan kemusnahan sana-sini apa yang ada di dunia atas peringatan-peringatan Allah. Itupun hanya bagi mereka-mereka yang berfikir…
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
Surah ali Imran: 190-192

No comments:
Post a Comment