Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Wednesday, February 10, 2010

HARTA


بسم الله الر حمن الرحيم

Rasulullah saw merasa amat hairan dengan sikap segolongan manusia yang sering mendakwa 'ini harta aku', 'ini milik aku',' mereka berbangga dengan dunia dan harta yang didakwanya itu. Sedangkan Nabi saw telah bersabda bahawa harta terbahagi kepada tiga

Pertama : Harta yang fana atau punah...
Iaitu harta yang dimakan. Harta itu setelah masuk ke dalam perut, akhirnya akan dikeluarkan menjadi najis. Pada masa itu, tiada siapa yang hendak berbangga dengan 'harta' tersebut lagi, malah tiada siapa yang mendakwa miliknya lagi.


Kedua : Harta yang akan buruk...
Seperti; pakaian, kenderaan, dan sebagainya. Semua harta tersebut akan melalui proses keusangan, dan setelah ia buruk tiada siapa yang berkehendakkan ia lagi. Pakaian buruk mungkin akan jadi lap kaki, jika kenderaan buruk akan menjadi besi karat dan terbuang.

Ketiga : Harta yang diberi kepada manusia samada dalam bentuk nafkah, sedekah atau hadiah. Harta itu adalah harta simpanan bagi seseorang. Walaupun zahirnya harta tersebut sudah bertukar milik, kerana diberi kepada orang lain, tetapi pada hakikatnya ia adalah merupakan saham atau tabungan di sisi ALLAH Taala yang berupa pahala.


Harta yang ketiga itulah sebenar-benar harta yang menjadi milik seseorang di sisi ALLAH Taala. Selain dari itu hanyalah dunia yang akan binasa, menjadi usang dan tidak berguna lagi.

Sumber : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

No comments:

Post a Comment