Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, February 05, 2010

ANAK ADALAH JARIAH YANG SANGAT BERNILAI



Setiap ibubapa mengimpikan anak-anak berjaya di dalam hidup mereka. Namun tidak semua meletakan kalimah Berjaya itu pada maksud yang sama. Ini kerana, ada ibubapa menganggap apabila anak-anak bejaya mendapat ‘A’ dalam setiap subjek, di katakan Berjaya. Tak kurang ibubapa menganggap bila anak Berjaya menjawat semua jawatan berhujung “R’ itu sebagai berjaya. Samada anak itu , doktor, Engineer,lawyer, Supervisor dan sebagainya.

Adakah kita menganggap anak-anak itu telah berjaya, jika dalam masa yang sama mereka meninggalkan solat. Meninggalkan menutup aurat. Meninggalkan beberapa syariat...?
Harta yang paling bernilai bagi seseorang ibubapa ialah anak yang solih. Anak yang solih akan mendoakan kedua ibubapanya sewaktu ibubapa tiada lagi di dunia. Jariah yang kekal yang banyak disebut dalam agama.

Ibubapalah yang mencorakkan anak-anaknya. Dalam satu hadis , rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : “seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi “.

Anak-anak yang baik akan berbakti kepada orang tuanya baik sewaktu mereka masih hidup walaupun sudah meninggal dunia.

Banyak ayat-ayat Quran memerintahkan anak berbakti dan berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. Ianya disebut berulang-ulang dalam ayat-ayat yang lain. Dari situ dapat kita buat kesimpulan betapa besar tuntutan tersebut. Di antara ayat-ayat yang menyatakan demikian ialah:-

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

No comments:

Post a Comment