بسم الله الرحمن الرحيم
الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Alhamdulillah... Pertama dan selamanya mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah... kerana Kita masih lagi mendapat nikmat iman dan islam. Hari ini tanggal 4 Febuari, 2010 bersamaan 19 Safar, 1431 Hijrah, kita masih hidup di bumi Allah ini, untuk meneruskan tugas kita sebagai hamba Allah yang mukmin. Bersempena itu, sukalah saya menintakan apa yang saya dengar di Surau MARA siang tadi, Kuliah Zohor yang di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Yunus Kamaruddin, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi.
Sebagai sambungan dari kuliah2 beliau yang lepas, hari ini beliau masih membicarakan halangan-halangan untuk kita melaksanakan ibadat kepada Allah. Perkara yang menghalang seperti dunia, Syaitan, manusia dan Nafsu.
Kekadang seseorang itu bukan tidak mahu menuntut ilmu, tetapi tersangkut, Dia bukan tidak mahu menutup aurat tapi terhalang, dia tahu perkara itu salah, tapi nak buat juga, itulah yang dinamakan dan dipanggil dengan ‘awaid’ yakni terhalang oleh beberapa perkara yang disebutkan tadi.
Seseorang yang telah mempelajari ilmu, belum tentu boleh mengamalkan kerana ada halangannya. Semata-mata ilmu tidak cukup. Ilmu perlu diikuti dengan amal. Namun saat untuk mengamalkan ilmu tersebut banyak pula yang mengacaunya seperi sepupu,dua pupu, mak, anak, suami, isteri dan sebagainya.
Yang dikatakan dunia itu, ialah apa yang sia-sia dan haram dilakukan. Maka hendaklah sunyikan darinya. Contohnya, Kita kata tak mahu maksiat, yang kita pergi ke ‘Sunway Lagoon’ tu kenapa. Dah tahu kat situ tak dapat menjaga mata, tak kiralah orang nak kata kita Ortodok, mandi perigi je ker.. biar tak pergi pun tak pe. tak ada dosa mata kita. Tak ada dosa lain-lainnya. Itu yang dimaksudkan sunyikan diri.
Bukan maknanya kita menolak, Kalau tempat itu boleh asing lelaki sahaja atau wanita sahaja. Tak apa. Tapi perlu ingat, aurat perempuan muslim dan perempuan kafir ada batasnya. Semata-mata perempuan tidak selesai, dalam masalah fekah ada 4 wajah masalah aurat. Maka untuk selesai masalah ni… tak payah pergi.
Bersunyi pula bukan bermakna duduk dipuncak gunung. Itu pun silap juga. Maknanya asingkan. Kalau buat majlis kahwin. Jangan adakan karaoke. Jatuh dari kewajiban menghadiri program bercampur macam ni. Ni, orang bersukan belari kita nak lari juga tanpa menjaga syariat. Nanti jawablah dengan Allah bila dah mati nanti.
Dunia (yang melalaikan kita dari ibadat kepada Allah) menghalang kita dari taat. Maka sunyikan diri dan zahid dari nya. Bila kita dapat melakukan zahid dan bersunyi maka dapatlah kita istiqamah. Istiqamah inilah yang melahirkan kekuatan. Nasihat Ustaz Yunus, bagi orang lelaki, biasakan pakai jubah dan serban. Malu depan orang ramai, pakai seorang diri masa solat di rumah. Biasakan buat sorang-sorang. Kerana pahala nya 70 kali ganda dari yang tak pakai. Mula-mula memang kita rasa tak kena. Tapi bila fikir semula, takut dan malukan pada orang tu kenapa…? Mula-mula memang gitulah. Maka untuk lahirkan kekuatan itu, kena istiqamah.
Maka asingkan dunia dari diri kita dahulu. Segala yang ada jangan besar-besarkan, jangan tambah-tambahkan. Cukup apa yang ada itu. Taubatlah dari perkara-perkara itu, jangan ditipu oleh dunia.
Ada masa kita rasa 'perasan' yang kita ni baik. Tapi ibadat compang camping. Tak salah kita campur dengan orang lain, kita duduk dalam dunia, berkawan-kawan, tapi ada maksiat, lari kan diri. Makam yang tinggi, bila Zahir kita bersama manusia, tapi hati atau batin kita dengan Allah. Nak main, kita main, tapi solat jangan tinggal. Tutup aurat jangan abaikan. Orang pakai seluar pendek, kita pakai seluar panjang. Syariat tetap dijaga dan dibawa kemana-mana. Baru kita terselamat dari dunia yang melalaikan kita.
Namun, manusia banyak alasan. Alasan itu sebenarnya menunjukkan kejahilan seseorang. Lagi banyak bercakap lagi terbuka keaiban. Bila kita mengikut perintah Allah tinggalkan yang haram ianya memberi menafaat kepada kita. Samada kita ikut atau tidak, kalau orang itu kafir pun tak mengurangkan kebesaran Allah, kalau mereka wali pun tak menambah kebesaran Allah.
Perbuatan taat dan maksiat tidak boleh bercampur. Bila kita tinggal yang haram baru dapat buat ibadat. Bila kita bimbang 1 kita memutuskan yang lain. Tidak boleh dua keadaan dalam 1 masa. Mana ada kita boleh kata keadaan sihat sakit. Orang gila aje yang kata demikian.
Menurut ustaz, suatu hari, mesin basuh tahfiz rosak. Beliau mencari kedai dobi disekitar yang berhampiran. Adalah satu dipinggir bandar. Memandangkan cirri-ciri pakaian ustaz ketika itu, Bila ustaz bertanya siapa yang membasuh. Sahut wanita di situ, kamilah , walaupun kami tak pakai tudung tapi hati baik….!
Mana mungkin seorang itu perasan baik dalam keadaan dia maksiat dengan Allah.
Sedarilah, bila kita bimbangkan harta, duit, pangkat, keseronokan-keseronokan, itu semua dunia yang melalaikan yang menegah kita ibadat kepada Allah. Tak salah kita berniaga, kalau ianya mendekatkan kita lagi kepada Allah. Seperti ramai ‘Business Man’ yang mengunakan kalimah agama, 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Tapi lupa pada satu kalimah lagi .. ‘perniagaan itu melalaikan dari mengingati Allah’.
Apa tidaknya, bila perniagaan menguasai, itu yang sorok gula tu. Ada pula nak tapak perniagaan, berniaga di bawah meja. Maka bimbangkan dunia, maka terputuslah akhiratnya. Dunia akhirat itu umpama 2 madu. Akhirat itu bagai madu. Nabi s.a.w. selalu memuji Siti Khadijah kerana pengorbanan dan infak yang tinggi terhadap islam. Sehingga Aisyah merasa kurang senang. Itulah yang dimaksudkan oleh perkara di atas dimana redha pada satu, memarahkan yang lain. Keduanya seperti ‘masyrik dan maghrib’ kerana padanya beza hukum wajib pada adat dan harus pada akal.
Pada adat makan 3 pinggan itu kenyang. Tapi harus pada akal. Tapi kalau makan 3 pinggan tak kenyang, jangan kata tak masuk akal. Yang memberi kenyang adalah Allah s.w.t. Dalam setiap perkara, kita hanya menjalankan syariat sahaja tetapi yang hakikatnya ditangan dan serah pada Allah s.w.t. secara logiknya antara mesin Photostat pun dah jauh berbeza dengan kita tulis.
Saidina Umar r.a. pernah bertanya Rasulullah berkenaan ayat dalam
Surah Hud : 105
يَوْمَ يَأْتِ لاَ تَكَلَّمُ نَفْسٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ فَمِنْهُمْ شَقِيٌّ وَسَعِيدٌ
Maksudnya :
Di kala datang hari itu, tidak ada seorangpun yang berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia.
Apakah yang disebut itu atas perkara yang telah selesai atau belum.
Menurut Rasulullah s.a.w. Syariat tidak boleh dicampur dengan Hakikat. Akhirat belum berlaku, tetapi Allah tahu nama-nama siapa yang celaka dan bahagia. Tetapi kamu semua telah ditunjukan jalan hala kamu. ‘Zouk’. Siapa yang mengikut jalan zikir kepada Allah, maka ia memilih jalan bahagia begitulah sebaliknya.
Kita beramal atas jalan yang telah ditetapkan dengan diberi penunjuk jalan. Berada dalam majlis ilmu ini, dirahmati malaikat. Dipayungi dengan sayapnya dan segala makhluk di langit dan dibumi semua berdoa dan bertasbih kepada Allah, agar mengampunkan dosa penuntut ilmu.
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
..bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan bumi..
Semua makhluk, termasuk ikan-ikan dilaut berdoa. Tak boleh lah kata, kalau Allah dan takdirkan jadi kaki judi,kaki judi jugak. Kalau Allah nak jadikan imam masjid Negara, maka tentu dia dah jadikan. Tak boleh kata macam tu, kena lihat beza syariat dan hakikat. Kerana keduanya tak boleh bercampur. Taat tak boleh bercampur dengan maksiat. Masyrik tak boleh bercampur dengan maghrib. Dunia tak boleh campur dengan akhirat. Maka kalau hanya nama dan label saja islam, hakikat nya tidak, maka tidak boleh lah.
Dunia yang dikejar, pangkat, harta, bahkan disebutkan kadang-kadang anak dan isteri itu, melalaikan dari mengingati Allah. Kadang-kadang kebaikan itu terhalang untuk dilakukan. Untuk ke majlis ilmu, terhalang kat makan tengahari. Sedangkan boleh diprogramkan makan lebih ‘heavy’ waktu pagi. Kena tepis halangan-halangan tersebut. Apa sahaja yang dilangit dan dibumi meminta ampun sesiapa yang menuntut ilmu terlalu besar nisbah dengan yang meninggalkannya.
Bila mata melakukan dosa, datang majlis ilmu, maka banyak dosa-dosa yang diampunkan. Bila kita masih tidak istiqamah dalam melakukan Tahajjud, , Witir, Dhuha, Solah Qobliah dan Ba’diah , ‘confirm’ kita banyak dosa. Maka ambillah peluang duduk dalam majlis ilmu. Banyak dosa kita diampunkan oleh Allah.
Ustaz banyak berpesan pada pelajar Tahfiz, kalau susah nak hafal, lakukan solat hajat. Jangan kita menyangka dengan banyak baca boleh hafal. Solatlah hajat hatta 100x sehari, tak apa. Yang perlu kita tahu, yang membuat kita boleh hafal adalah Allah s.w.t. tauhid mengatakan ‘ tidak bergerak satu zarah pun melainkan dengan kehendak Allah’. Walau bagaimanapun, ikhtiar disuruh oleh Syariat.
Jika kita masih tak boleh bangun solat malam. Maknanya banyaknya dosa kita. Maka bersihkan dosa tersebut. Salah satu nya, hadiri majlis ilmu. Kuliah maghrib hadirlah. Kerja setakat jam 5.00 petang jadilah. Yang kita nak kerja sampai malam-malam tu, kenapa.. bukannya kita nak makan ikan paus… . Kita makan ikan kembong aje.. kata ustaz
Abu Dharda, membandingkan dirinya dengan Khalifah Abu Bakar as-sidiq, kita perlu mengambil nasihat meninggalkan perniagaan atau tempat yang , kerananya itu menghalang dari solat, ibadat, pada Allah, maka tinggalkanlah. Rezeki Allah jamin di mana-mana. Maknanya itu bukan tempat kita.
Peruntukkan lah masa kita dimajlis-majlis ilmu untuk mendapat doa malaikat supaya dosa kita diampunkan. Yang datang majlis ilmu pun, masih belum boleh bangun solat malam, apatah lagi yang tidak mendengar langsung majlis ilmu.
Itulah diantara apa yang disampaikan oleh Ustaz Yunus di Surau MARA siang tadi. Apa yang baik itu datang dari pada Allah. Dan kekurangan-kekurangan itu, dari kelemahan pengamatan dari diri saya sendiri.

No comments:
Post a Comment