Lesu, layu dan tidak bermaya umat islam hari ini. Sekuat mana pun mereka tiadalah ramai yang berdaya untuk mengangkat sehelai kain selimut. Betapa amalan bangun malam di abaikan. Sayang sekali ramai yang tidak nampak janji-janji Allah yang tersangat besar bagi mereka yang dijemput oleh Allah di sepertiga malam.
Sepuluh malam terakhir ini, kita masih lagi di beri nafas oleh Allah, di beri kesempatan yang banyak untuk menempuh ramadhan yang di dalamnya dijanji dan dilipat gandakan oleh Allah dengan gandaan 1000 bulan. Pemurahnya Allah pada umat Nabi Muhammad s.a.w. , umur tidak panjang, tetapi amalannya sangat panjang. Barang siapa yang bercita-cita dan bersungguh untuk mendapatkannya, InsyaAllah tiadalah Allah persiakan. Pastinya bagi yang telah memperolehinya akan terus menerus bangun malam. Teringat kata-kata ustaz, barang siapa yang masih tidak mampu untuk bangun malam, kemungkinan masih ada dosa-dosanya yang tidak di ampun oleh Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyanyang. Maka bangkitlah, kerana seribu kehebatan malam yang tiada tandingan di sisi Allah s.w.t.
Daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda:
“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam,Allah turun ke langit dunia dan berseru:”Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu,Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya. (Bukhari,Muslim,Tarmizi.)
Allah melukiskan orang-orang yang berjaga malam dalam firman-Nya:
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفاً وَطَمَعاً وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ . فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdo'a dengan penuh cemas dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki mereka yang kami berikan. tak seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan bagi balasan terhadap apa yang mereka kerjakan".
Bila kita kaitkan ada yang berkawan dengan syaitan, pasti ramai yang akan marah. Namun Orang yang sukar bangun malam bersahabat dengan syaitan, berdasarkan sebuah hadis,
Daripada Ibn Mas”ud ia berkata:”Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tidur,tidak pernah bangun sedikit pun untuk solat.Rasulullah menjawab:”Telinga orang itu telah dikencing oleh syaitan.” (Bukhari,Muslim dan Nasai)
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment