Bulan Ramadhan dikenali dengan bulan ibadah. Bukan maknanya bulan ini sahaja umat islam perlu beribadah, bulan lainnya tidak. Ini satu tanggapan yang silap. Di sebabkan ramainya mengambil mudah mengikut pandangan akal, maka sebab itulah islam itu di pandang remeh. Di sempitkan. Hingga menutup aurat ketika solat sahaja ditutup litup lebih-lebih perempuan. Pemahaman menutup aurat itu di dalam solat atau tawaf atau dalam ihram sahaja. Lepas itu, aurat di buka semula. Pakai tudung atas dada, pakai tudung labuh sikit tapi yang mencerut dan membentuk leher, kepala dan melekat mengikut saiz depan dada. Lebih-lebih tudung fesyen segera sekarang yang macam-macam jenama. Ramai yang tergoda, lalu memakainya sehingga lupa tafsiran menutup aurat yang sebenar yang di sebutkan di dalam al-Quran dan hadis. Diantaranya jangan menampakkan perhiasan wanita(bentuk body). Jangan yang jarang/memperlihat bentuk, jangan dipakai dengan pakaian ketat dan banyak lagi yang sebenarnya cukup di fahami tetapi tidak mudah untuk mengikuti, oleh mereka yang ada sahaja alasan yang hendak diberi. Sikap, ;kami dengar, kami taat .. sudah tidak wujud lagi.
Islam sangat di kesampingkan. Seolah islam hanya sembahyang dan puasa. Datang masjid hanya untuk solat. Menyampai dan mengajar ilmu Allah dalam masjid pun kadang-kadang di marah dan macam-macam usaha untuk mengagalkan. Zalim sungguh mereka-mereka yang tidak suka ilmu Allah di sampaikan. Zalim sungguh mereka-mereka yang menghalang islam itu di fahami dengan mendalam. Sikap berdengki dengan ilmu Allah perlu di buang. Ilmu perlu sampai kepada semua anak adam. Kenapa sesetengah orang takut ilmu Allah sampai?
Perangai ini sama dengan perangai orang yahudi yang dengki dengan agama Allah. Tidak mahu orang memahami agama Allah kerana merugikan bagi mereka-mereka yang ingin melakukan perkara-perkara salah. Bila ramai yang sudah memahami ilmu Allah, maka peluang untuk melaku pelanggaran hukum-hukum Allah pasti susah. Ini lah perangai mereka, walau tahu kebenaran tersebut tetapi suka sangat untuk menentang dan terus menentang dari ilmu Allah sampai. Ini di sebutkan dalam Firman Allah:-
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّاراً حَسَداً مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Surah al-Baqarah :109
Kerana itulah, janganlah kita tergolong dalam menjadi penentang penyampaian ilmu Allah di rumah-rumah Allah. Inilah yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :
يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُرواه البيهقي
"Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali ".
Jika masjid dijadikan tempat melancung, itu yang kita lihat berapa ramai yang ke Masjidil Haram, walaupun untuk berbuat ibadah, pandai-pandai menukar pakaian menutup aurat mengikut cita rasa akal. Janji dah tutup kepala dan kulit. Ramai di kalangan umat islam di negara lain, yang bebas sekarang dengan pakaian tipis dan berseluar ketat membelit peha masuk ke masjid yang sangat mulia. Ramai lagi, sebaik bertahalul pertama sudah mencampakkan telekung yang pada kiraannya pakaian demikian dalam solat dan ihram sahaja. Begitulah pemikiran umat yang mengaku umat Nabi Muhammad s.aw. yang mulia. Sekembali di Malaysia ramai yang terkeluar bonjol rambut di kepala. Semua ini kerana tidak merasa bahawa Masjid itu adalah tempat yang mulia.
Justeru itu, betapa penting ilmu Allah di fahami sebenar-benarnya. Untuk melahirkan insan yang ikhlas semata-mata melakukan sesuatu untuk mencari redha Allah. Ramai yang memusuhi agama Allah. Jangan sampai islam yang mudah kita dapat secara keturunan ibu ayah, kita langsung tidak mahu mempelajari apa yang diperintah dan apa yang dilarang dari mengerjakan. Hari ini, umat islam tidak mahu berpegang dengan islam. Mereka bebas melakukan dan mengambil contoh-contoh perilaku yang banyak bertentangan dengan nilai murni islam itu sendiri.
Pastinya semua umat islam perlu turun tangan, mengajar ilmu Allah kepada anak, isteri, keluarga, jiran dan seterusnya mengimarakkan Masjid-masjid. Gesa semua kariah ke Masjid, pelajari ilmu Allah sebaiknya kerana dengan kefahaman ini, islam pasti terbela. Umat islam pasti cemerlang di sisi Allah s.w.t. Jangan pula kita menjadi orang yang Zalim. Bila tidak mahu kepada peraturan Islam, kita jangan pula menjadi penghalang islam itu sampai kepada setiap orang. Keadaan terlalu kronik pada dunia sekarang, terlalu ramai yang telah melanggar hukum Allah. Maka waspadalah... Firman Allah :
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُوْلَـئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلاَّ خَآئِفِينَ لهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan siapakah yang lebih aniaya(zalim) daripada orang yang menghalang halangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (mesjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat." Surah al Baqarah . Ayat : 114
Amat penting sekali kita memastikan ilmu Allah sampai kepada seluruh umat. Agar mereka tidak lagi melakukan kerosakan-kerosakan yang melampaui batas, yang menyebabkan bala Allah turun mengenai kita semua. Alangkah baik bila terjadi kiamat yang pasti semuanya berada dalam redha Allah s.w.t. Kiamat tersangat hampir, maka pentingnya kita bersedia bila-bila masa menterjemah segala perkara agar terhindar kerosakan dari tangan-tangan manusia yang semakin hari semakin jauh dan ingkar dari perintah Allah s.w.t. Firman Allah:-
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Surah Ar-Rum :41
Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya“. (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Samada kita boleh menerima atau tidak, perkara-perkara mungkar ini semua sedang berleluasa sekarang. Maka, pastikan Masjid-masjid ditempat kita berfungsi dengan baik. Pastikan kaki-kaki kita melangkah ke sana untuk mengambil menafaat dari ilmu Allah yang mendatangkan keberkatan, baik di dunia maupun di akhirat kelak .
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment