بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Doa menyambut ketibaan bulan Ramadhan
اللّهُمَّ أَهْلِهُ عَلَيْنَا بالأَمْنِ وَإِلايمَانِ والسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى. رَبُّنَا ورَبُّكَ اللهُ
Maksudnya : Ya Allah ! Jadikanlah kedatangan (Ramadhan) ke atas kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, menyerah diri (dengan agama Islam) dan mendapat taufik bagi perkara yang Engkau suka dan Engkau redha. Tuhan kami dan Tuhan engkau (bulan) ialah Allah.
Ramadhan sangat dinanti-nantikan. Rindunya kepada bulan yang berkat ini mengajak kita sama-sama memikirkan makna sebenar ramadhan itu sendiri. Ramadhan bukan sekadar puasa menahan lapar dan dahaga. Ramadhan adalah satu bulan terhimpunnya segala keberkatan, kebaikan kerana ramadhan juga adalah bulan turunnya al-Quran. Bulan keampunan dan bulan yang juga diberi khusus kepada umat nabi Nabi Muhammad s.a.w.
Bulan ramadhan juga bulan merebut keuntungan berganda. Sayangnya ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan dunia semata, sedangkan keuntungan akhirat itu yang lebih utama yang sepatutnya di rebutkan. Sedari itu, perlulah persiapan yang mencukupi di buat baik diri , dari segi mental dan fizikal.
Satu lagi cara Rasulullah menyambut Ramadan ialah dengan menyampaikan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menjelaskan kebesaran dan keagungan bulan Ramadan.
Pada satu kesempatan pada penghujung Syaaban, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah yang isinya amat menggembirakan dan menenangkan jiwa, yang mengandungi pesan dan janji-janji serta harapan bagi mereka yang beriman yang melaksanakan puasa itu. Bunyi khutbah itu ialah: bermaksud-
"Wahai manusia! Sudah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan dan Allah s. w. t. mewajibkan puasa di dalamnya, bangun di malam harinya merupakan sunnah. Barangsiapa menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan amal kebaikan, samalah dengan mengerjakan yang wajib di bulan lain. Siapa melaksanakan ibadah wajib (fardu), pahalanya seperti tujuh puluh yang wajib di bulan lain. Ramadan adalah bulan kesabaran manakala ganjaran atas kesabaran itu adalah syurga."
Ramai yang menyambut datangnya ramadhan. Namun yang berjaya adalah sangat sedikit. Mereka yang mendapat janji-janji Allah sangat sedikit. Janji tersebut dirakamkan dalam ayat Surah Al Baqarah ayat 183:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! di wajibkan di atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Sedihnya bila berakhir ramadhan sebaik memasuki syawal sahaja, ramai yang sudah tidak bertaqwa. Amat mendukacitakan bila Allah memberi peluang kita masih hidup sehingga hari ini untuk mengecapi ramadhan sekali lagi, peluang ini ramai yang sia-siakan. Ramai yang mengabaikan. Seboleh-bolehnya, anggaplah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir. Tanamkan dalam diri seperti menanamkan ketika menunaikan dalam solat, inilah solat yang terakhir. maka akan timbullah rasa ingin melakukan ibadah ini dengan sungguh-sungguh sekali mengapai keredhaan Allah. Diantara doa yang di ajar kita mengamalkan adalah
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفو ، فَاعْفُ عَنِّي ، اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار .
Maksudnya : “Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka”
Persoalannya, bagaimana untuk mencapainya? Bila kembali melihat keimanan para sahabat mereka adalah insan-insan yang sangat besyukur apabila Allah menakdirkan mereka masih boleh bertemu dengan ramadhan. Mereka mengambil peluang mengumpul dan mengambil seluruh kelebihan ramadhan dengan melakukan sebanyak mungkin amalan. Bulan yang dihapus dan di angkat dosa. Menurut ulama' bulan ampunan dosa seumur hidup, kerana ianya lebih baik dari 1000 bulan. Jarang yang boleh hidup 83 tahun. para sahabat bijak mengambil peluang ini, mengakui dosa-dosa mengharap keampunan yang maha kuasa.
Tidak kurang yang tidak nampak perkara tersebut, lantaran tidak mengambil peluang baik ini. Ini kerana mereka dah rasa selesa. Sudah merasa banyak amal. Merasa umur masih panjang. Rasa selesa dengan dosa. Alasan mereka Allah itu maha Pengasih dan Penyanyang. Ini satu tanggapan yang salah. Sebab itulah apabila keluar dari ramdhan, keadaan diri lebih teruk. Amalan semakin buruk.
Membicarakan oleh ulama' amalan manusia ini terbahagi kepada 3 :-
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”
Oleh yang demikian barang siapa yang masih di beri peluang hidup dan merasai ramadhan lagi ambillah kelebihan ramadhan dengan sungguh-sungguh. Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh sekelian makhluk, bukan hanya manusia sahaja. Bahkan malaikat seluruhnya. Syurga juga menunggu bakal-bakal penghuninya. Allah juga menunggu pada mereka yang beriman dan bertaqwa untuk diberi habuan yang berganda-ganda hebatnya.
Nabi s.a.w. sendiri menganda-gandakan ibadah di bulan ramadhan. Lebih-lebih lagilah pada sepuluh malam yang terakhir. memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain.
Aisyah .a berkata: "Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.
Ramadhan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadhan adalah bulan bersedekah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. yang lain. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud,
“Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Alangkah ruginya siapa yang diberi peluang oleh Allah bertemu ramadhan lantas tidak mendapat pengampunan dari Allah, tidak membuat amalan, Maka Allah jauhkan dia dari rahmat Allah. Perkara yang lebih besar adalah rahmat Allah.
Sabda Nabi :" Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. " (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya) " ' Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, him. 37-39
Sebetulnya sangat rugi bagi mereka yang diberi peluang tetapi tidak mengambilnya. Natijahnya jauh dari rahmat Allah.
Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemu peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Dua perkara yang diminta dalam bulan ramadhan ialah 'keredhaan dan syurga' Allah. Doa yang diajar kepada Aisyah bila datang ramadhan " Ya Allah, aku minta sungguh-sungguh keredhaan dan syurga". Ini kerana redha adalah anugerah Allah yang paling tinggi dalam tingkat taqwa. redha adalah 'rela' dengan Allah. pengiktirafan seorang hamba di sisi Allah. Rela apa saja ketentuan Allah terhadapnya. Ulama' meletakkan ia di tempat yang paling tinggi.
Begitulah, puasa adalah satu ibadah dalaman. Tidak boleh di lihat. Rahsia seorang hamba dengan Allah. Satu bentuk keredhaan dalaman. Redha Allah bermula dengan ketaatan. Bukan dengan maksiat. Tanggapan yang salah jika meletak redha Allah dalam maksiat. Allah tidak redha pada yang ingkar, melanggar dan melawan hukumnya. Kewajipan kita taat dengan perintah Allah. Redha tanpa usaha juga adalah salah. kita kena terus beramal..beramal..beramal... Allah beri redhaNya. Dalam doa kita minta pada Allah redhanya dulu. Redha lebih besar dan lebih tinggi dari syurga Allah. Kemudian barulah minta syurga Allah.
Redha berkait rapat dengan doa. Maka perbanyakkan berdoa. Allah redha yang berdoa dan tidak redha pada yang tinggal doa.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً
“Sahurlah kalian, karena sesungguhnya dalam sahur terdapat barakah.” (Muttafaqun ‘alaih)Al-Imam An-Nawawi t berkata:
“Para ulama telah bersepakat tentang sunnahnya makan sahur dan bukan suatu kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 7/207)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri radiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Makan sahur adalah barakah. Maka janganlah kalian meninggalkannya meskipun salah satu di antara kalian hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah ta’ala dan para malaikat-Nya bershalawat atas orang-orang yang sahur.” (HR. Ahmad, hadits hasan, lihat Shahihul Jami’ish Shaghir, 1/686 no. 3683)
Jelas dan terang, berbagai keberkatan terdapat dalam setiap perkara dalam bulan yang sangat mulia ini, yang datangnya hanya setahun sekali. Kepergiannya jika tidak direbut setinggi-tinggi kebaikan dan keuntungan di dalamnya sangatlah rugi sekali. Belum tentu ramadhan akan datang kita akan hidup lagi... Allahu a'lam.
Tahniah. Very informative. Semoga Allah memberkati dan ganjaran pahala yang besar atas tulisan anda. أمين يارب العالمين
ReplyDelete