Menjadi tetamu Allah...melakukan tawaf mengelilingi Kaabah

Friday, August 13, 2010

PENGARUH MAKANAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar sama ada dari sudut jasmani atau rohani. Kita sekarang ini telah dilalaikan atau telah dikaburkan dengan makanan atau minuman yang hanya memberi faedah kepada jasmani semata-mata tetapi tidak kepada rohani. Makanan dan minuman yang memberikan faedah kepada jasmani belum tentu lagi ianya memberikan manfaat kepada rohani kita.


Melihat keadaan masyarakat yang terlalu kronik sekarang dengan pelbagai masalah, teringat ana tentang perangai babi yang sebut oleh Ustaz. Secara zahir kita memang jijik dengan binatang tersebut. Tetapi bagaimana keimanan kita bila di sebutkan, di kodkan dengan benda haram tersebut. Teringat seorang cina pernah sebut, jangan cakap lah.. itu melayu tak makan babi, banyak makanan cina jual semua taruh babi.. ngerinya bila memikirkan, perkara tersebut. Apatah lagi hari ini kemelut makanan ini, ada sahaja makanan yang biasa kita jumpa, kodnya mengandungi lemak babi.


Apatah lagi seorang cina menceritakan anak angkatnya berbangsa melayu islam. Sewaktu makan, sudah di beritahu, ini orang islam tak boleh makan katanya... lelaki melayu itu kata, apa kira, saya sudah selalu makan ini barang.. ini lah perangai orang yang tidak meletakkan iman sebagai keutamaan. Mereka langsung tiada ketakutan terhadap perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.



Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Al-Baqarah 168 yang bermaksud :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Wahai sekalian manusia, Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”



Satu hadis Rasusulullah s.a.w dari Ibnu Abbas r.a bahawa pada suatu hari terdapat sahabat Rasulullah iaitu Saad bin Abi Waqqas meminta agar Rasulullah berdoa kepada Allah supaya segala doa dan permohonannya dimakbulkan oleh Allah. Rasulullah s.a.w bersabda : “Wahai Saad, Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ada di tangannya, sesungguhnya seseorang lelaki yang memasukkan satu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Barangsiapa di antara hamba Allah itu yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api neraka terlebih baik baginya.”


Nauzubillah... pentingnya kita menjaga makanan yang masuk ke perut kita. Hasil dari inilah, hari ini kita di hadapkan dengan isu bapa, datuk, abang, yang menelan dan meratah anak-anak, cucu dan adik-adik mereka. Perangai lagi biadap dari binatang yang di sebut tadi. Apa tidaknya mereka dikurniakan dengan akal fikiran oleh Allah, tapi perangai lebih buruk dari haiwan.


Itulah pentingnya menjaga makanan yang kita makan. Makanan yang baik belum tentu ia adalah HALAL buat Umat Islam, oleh itu makanan yang baik perlulah dipastikan ia adalah HALAL agar kita dapat menjaga hati kita dari dikotori oleh makanan yang HARAM yang akan memberikan kesan yang amat mendalam terhadap peribadi dan akhlak kita. Justeru, Umat Islam mesti memastikan makanan dan minuman seharian kita adalah benar-benar HALALAN TOYYIBA dari sudut ajaran Islam bukan dari sudut keuntungan atau dari pandangan bukan Islam.


Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment